Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 28 Mei 2014

R 56 : KAUM NABI LUTH DAN POMPEII

Sedang aku melayari internet selepas aku dapat semula password http://www.tonton.my pandangan mata aku kaget melihat satu resolusi yang dikeluarkan oleh gabenor New York, Amerika Syarikat. Tahukah anda resolusi apa yang aku bicarakan?
Ya. Resolusi yang membenarkan perkahwinan sejenis.
Astaghfirullahhal’azim. Na’uzubillah himin zalik.
Tidakkah mereka tahu apa yang telah terjadi kepada kaum Nabi Luth beribu tahun dahulu di atas keingkaran mereka menurut perintah Allah S.W.T?
Tidakkah mereka tahu bencana yang telah Allah S.W.T turunkan kepada mereka yang menghalalkan perhubungan sejenis?
Pada pandangan aku, tidak lama sahaja lagi negeri New York akan diterbalikkan atau ditimpa bencana yang besar atau lebih hebat daripada yang telah terjadi kepada kaum Nabi Luth dahulu selepas resolusi tersebut diluluskan dalam tempoh 30 hari dari sekarang.
Kisah kaum Nabi Luth boleh dilayari di internet dan saya ada sertakan satu link untuk tatapan kita semua.
Tahukah anda terdapat satu negeri di negara Itali yang menerima hukuman daripada Allah S.W.T kerana mengamalkan hubungan homoseksual ini dan mayat-mayat mereka masih lagi terawet rapi untuk tatapan umum?
Negeri tersebut adalah negeri Pompeii. Pompeii merupakan antara negeri yang dikurniakan Allah S.W.T dengan kekayaan dan kemewahan dunia yang amat pada waktu dua ribu tahun dahulu. Namun, mereka semakin jauh meninggalkan suruhan Allah S.W.T dengan mengamalkan pelacuran dan homoseksual.
Jika medan pertarungan permainan gladiator terbesar terletak di Rom, Pompeii merupakan kedua terbesar selepas Rom. Arena kolosium tersebut juga merupakan tempat pembunuhan bagi mereka yang beriman kepada Allah S.W.T.
Berikut merupakan antara gambar yang aku temui di internet yang telah menimpa penduduk Pompeii yang mana mereka telah mati dan berubah menjadi batu akibat letusan gunung berapi Gunung Vesuvius. Yang lainnya, anda boleh cari sendiri di google.

Apakah ini yang akan terjadi kepada New York? Atau mungkin lebih besar bencana yang menimpa? Yang pasti, dunia kita sememangnya sudah tua yang teramat. Siap-siapkanlah diri kamu semua wahai kaum Nabi Muhammad. Kembalilah ke jalan yang benar.

Wallahualam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan