السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Secara
jujur aku katakan, kali pertama aku membaca kisah ini, perasaan hiba dan
terharu terus menusuk ke dalam hati dan perasaanku. Sesedar, mata aku sudah
bergenang dengan air mata. Hebat sekali pengangan kisah ini terhadap diri aku.
Moga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.
Wallahualam.
Suatu
ketika dahulu ketika di Jepun, pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua
ke hutan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya
sehingga tidak boleh menguruskan kehidupan diri serta anaknya.
Pada
suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si
ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda bergegas menyusuri hutan sambil
menggendong ibunya. Si ibu yang kelihatan tak berdaya berusaha menggapai setiap
ranting pohon yang boleh dicapainya lalu mematahkannya dan menaburkannya di
sepanjang jalan yang mereka lalui.
Apabila
sudah tiba di destinasi yang si pemuda itu rasakan sudah sesuai untuk
‘melepaskan’ ibunya, dia menurunkan si ibu tadi dan mengucapkan kata perpisahan
sambil berusaha menahan sedih kerana dia tidak menyangka dia sanggup melakukan
perbuatan itu terhadap ibunya.
Si
ibu yang nampak begitu tenang dan pasrah dengan apa yang telah dilakukan anaknya
berkata ‘Anakku, ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sehingga dewasa ibu
selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sehingga ke hari ini rasa
sayangku tidak berkurang sedikit pun terhadapmu. Dalam perjalanan tadi, ibu
sudah menanda sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu
kerana ibu khuatir kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di
rumah.’
Setelah
mendengar kata-kata ibunya, si anak menangis dengan sekuat-kuatnya dan lantas
memeluk ibunya. Si anak dengan perasaan sedih dan hiba dengan apa yang telah
dilakukan terhadap ibunya lantas menggendong ibunya untuk membawa si ibu pulang
ke rumah. Pemuda tadi akhirnya menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat ibunya.
Orang
tua bukan barang antik yang boleh kita abaikan atau dibuang setelah tiba saat
beliau tidak berdaya membuat segala apa yang mampu dibuat untuk dirinya serta
orang lain kerana di saat engkau telah berjaya atau engkau di dalam keadaan
susah mana pun, hanya ibubapa kita sahaja yang akan tetap bersama kita kerana
secara lumrahnya, batinnya akan menderita kalau kita menderita. Bukan isteri,
suami, ataupun teman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan