Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 28 Mei 2014

R 46 : RIBA: YAHUDI DAN BANK NEGARA MALAYSIA

Pada tahun 2009, satu undang-undang baru telah diperkenalkan sebagai “CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 (Akta 701),“ yang mana tujuannya adalah “…An Act to provide for the continued existence of the Central Bank of Malaysia…”
Huh? Apakah maksud “for the continued existence“? Sangat tidak masuk akal… 
Di samping itu terdapat beberapa perubahan yang sangat drastik pada undang-undang yang baru ini, terutamanya berkaitan isu yang telah dipersoalkan semenjak beberapa tahun dahulu  di pelbagai platform. Di antara komen-komen saya ada terkandung pada artikel  99.9% manusia dijajah! dan artikel-artikel selainnya. Ringkasannya seperti di bawah:

View this document on Scribd

Perbandingan

Sekarang ini mari kita lihat apakah perbezaan di antara:-
(1) Central Bank of Malaysia Act 1958 (Akta 519)
(2) Central Bank of Malaysia Act 2009 (Akta 701)
Cuba saudara teliti betul-betul perbezaannya dan maksud yang terkandung di sebaliknya…

Central Bank of Malaysia Act 1958 (Akta 519)

 

Central Bank of Malaysia Act 2009 (Akta 701)


Apakah pandangan saudara? Apakah yang sudah terjadi? 

Ujian Akhir Zaman & Pandangan Anda?

Adakah kita akan berbuat sesuatu? Adakah kita akan memikirkan perkara ini? Jika hari ini kita enggan memikirkan dan bertindak ke atas penguasaan mereka, maka janganlah terkejut negara Malaysia akan bankrap pada tahun 2019,


Kita tidak bankrap kerana subsidi, bukan kerana kos pengeluaran yang tinggi (negara ke-3 adalah negara yang paling banyak sumber bahan mentah), bukan kerana kekurangan pelaburan. Juga bukan kerana kenaikan harga barang dan paling tidak boleh dipakai ialah alasan pakar-pakar ekonomi di kaca televisyen. Kesemuanya pakar pembohong belaka dan yang bercakap sebagai agen dan semata-mata hendak muncul di televisyen, popular serta membiakkan KAWAH nasi!!

Hanya satu sebab bagi segala kesengsaraan ini dan seperti mana terkandung  dalam Surah Al-Baqarah!

RIBA yang dilakukan melalui PENGUASAAN BANK NEGARA; dan KUASA PINJAMAN/MEMBELI dengan MENCETAK KERTAS KOSONG!

Inilah faktor utama yang menjatuhkan negara-negara, dan tiada pakar di dalam dunia ini yang boleh mengenepikan Surah Al Baqarah! Inilah faktor yang sebenar dan yang mana telah Allah SWT telah beri peringatan (riba)!
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya.”; al Baqarah : 279
Maksudnya: “Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya.
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat 275)

Inilah ayat yang terakhir, yang diturunkan pada surah terakhir, di dalam kitab yang terakhir, kepada Nabi yang terakhir, pada masa jangka hayat Rasulullah SAW yang terakhir dan kepada umat yang terakhir. Inilah ujian umat akhir zaman, RIBA!!! Tetapi apakah yang akan saudara-saudara lakukan hari ini?
Apakah pula ulama-ulama lakukan hari ini? Baru ini terdapat 12 kes Mahkamah Tinggi memutuskan produk Bank Islam Al-Bai Bithaman Ajil adalah produk haram kerana ditolak oleh keempat mazhab, tetapi kenapa ulama-ulama kesemuanya berdiam diri!!!
Mana perginya badan agama? Ustaz? Imam? Kenapa sibuk dengan kes khalwat sahaja? Kenapa mereka yang sepatutnya bersuara tidak bersuara, sedangkan Hakim yang tidak berkelayakan dalam agama telah bersedia melangkah ke hadapan? Sudah hampir lumat agama Islam dan kesengsaraan umah tetapi masih mengejar kuasa pangkat dan wang. Usah nak berlakon beriman dengan janggut yang panjang kalau sedemikian rupa tindak laku!
Oleh itu sudah tiba masanya ummah zaman ini bangun memandangkan mereka yang sepatutnya dianggap sebagai pewaris Nabi telah dapat kita ertikan sebagai telah MATI! Jiwa yang mati dan beku serta menjadi sangat penakut kerana telah terlampau banyak bergelumang dengan riba! Bukan setakat mati, tetapi malahan menjadi buta dan pekak sehingga bangang menentang pihak yang menegakkan agama Allah SWT. Mereka  menjadi duri dalam daging  dengan agenda mengelirukan umat Islam yang bergantung kepercayaan kepada mereka.
Lihat sahaja kesemua produk bank konvensional terdapat di perbankan Islam! Hanya sebilangan kecil yang kuat imannya bangun di atas agamanya walaupun terpaksa berhadapan pelbagai rintangan serta kehinaan. Tabik!!
“….Bersemangat dengar orang beriman cakap, rasa macam suasana Lord of The Ring dah bermula di Malaysia   …)
Berapa lama lagi perlu kita tunggu untuk ummah bangun? 100 tahun lagi? Fikirkan, siapa jangka mungkin sahaja  penguasaan Imam Mahdi berkait dengan penguasaan ekonomi?
Ini kerana Allah SWT telah mengingatkan ujian terbesar umat akhir zaman adalah berkaitan riba, dan ini berkaitan ekonomi!!!  Selainnya turut rujuk hadis berkaitan kedudukan Imam Mahdi dan perihal emas, ini juga berkaitan ekonomi!!!
Bagaimana pula berkaitan umat Islam kaya raya setelah Dajjal dimusnahkah? Bukankah kekayaan itu berkaitan ekonomi? Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(HR. Muslim dan Ahmad))

Kemudiannya bagaimana pula sebilangan kecil tentera Islam berupaya menguasai dunia yang mengandungi berbillion manusia? Bukankah sebilangan kecil Yahudi hari ini juga berupaya menguasai dunia dengan hanya melalui ekonomi dan penguasaan wang kertas? Bukankah ini berkaitan dengan ekonomi?
Selanjutnya penggunaan senjata moden tidak lagi berfungsi, dan bukankah  jihad ekonomi sememangnya tidak menggunakan senjata? Bagaimana pula dengan turunnya Nabi Isa dan sejarahnya berhadapan persoalan ekonomi dengan kaum Yahudi? Bukankah kesemua ini memberi petunjuk ke arah jihad ekonomi untuk menghapuskan riba wang kertas dan mengembalikan wang dinar emas ke tangan umat Islam?
Oleh itu sekiranya memang benar ianya berkaitan Jihad Ekonomi dan masanya telah tiba, apakah yang perlu kita lakukan? Mengikut… menentang orang Islam yang berada pada jalan Allah… atau berdiam diri?

Maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (“awliya,” pimpinan, ikutan), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu (maksudnya 100% terkeluar daripada menjadi umat  Islam). Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” 
(Surah 5, AL MAIDAH : ayat 51)

Bagaimana pula dengan Dajjal? Siapa jangka  ianya mungkin juga Obama? Seorang Yahudi Falasha pertama menjadi Presiden Amerika dan menguasai dunia? Adakah anda percaya Presiden Amerika dilantik melalui pilihanraya, terutamanya apabila beliau berkulit hitam dan mempunyai nama Islam (Barack Hussein Obama)?
Bagaimana pula situasi beliau yang pernah tinggal di Indonesia dan berkait dengan hadis Rasullulah SAW yang berkali-kali menunjukkan Dajjal akan datang dari Timur? Bukankah Indonesia itu ke arah Timur?  Bukankah beliau berambut kerinting? Berbadan besar? Menggunakan hadis dalam ucapannya? Sokongan ramai sehingga rakyat seluruh dunia berpesta menyambut kemenangannya menjawat jawatan Presiden?

Satu lagi “klue” paling jelas ialah sila beri undi siapa yang merasakan “perjalanan masa” pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan berlalu sangat pantas? Mungkin ini petunjuk yang sangat jelas kerana tiada satu makhluk pun yang dapat menguasai masa!!!
Fakta masa berlalu sangat pantas pada 2010 pula disokong hadis Rasullulah SAW yang menyatakan Imam Mahdi akan muncul mengikut kiraan seperti berikut “…Count two or three decades after the year/decade of Hijri 1400. At that time, the Mahdi emerges…” (narrated by Abu Huraira (ra)); (Asmal Masalik Lieyyam Mahdiyy Maliki Li Kull-id Dunya Biemrillah-il Malik, Qalda bin Zayd, p. 216).
§  Satu tahun mempunyai 354 atau 355 hari (Gregorian 365 hari)
§  Satu dekad = 10 tahun (lebih tepat 9 tahun 7 bulan)
§  1400 Hijri = Tahun 1980
§  Dekad Pertama Selepas 1400 Hijri = Tahun 1989 + 7 bulan
§  Dekad Kedua Selepas 1400 Hijri = Tahun 1999 + 4 bulan
§  Dekad Ketiga Selepas 1400 Hijri = Tahun 2009 + 1 bulan
Rasulullah SAW menyatakan Imam Mahdi muncul di antara “Dua” ATAU “Tiga” dekad selepas tahun 1980 (1400 Hijri). Oleh itu dalam apa keadaan pun Imam Mahdi telah muncul kerana sekarang ini tahun 2010, dan maka itu Dajjal juga telah muncul.
Jika kiraan tepat, Imam Mahdi sudah bersedia untuk berjuang; dan sudah semestinya, ulama-ulama yang pekak dan buta akan menafikan serta menentang walaupun “perjalanan masa” pada tahun 2010 terasa sangat pantas dan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya (masa menjadi pantas kerana hati manusia telah sepenuhnya dikuasai keduniaan, terutamanya pada zaman kemunculan Dajjal). Masanya telah tiba dan orang-orang beriman mestilah bersedia!
Oleh itu apa yang anda tunggu lagi?
Wallahu a‘lam bish-shawab, hanya Allah yang mengatur segala-galanya!

Lihatlah tindakan Amerika dan “koncu-koncu” mereka yang kini semakin gentar dengan kebangkitan Jihad Ekonomi. Sila rujuk page 75 dan lihat cadangan langkah yang akan diambil, yang mana termasuk meletakkan Syariah Advisory Council Bank (ulama bank) di bawah kawalan mereka, serta termasuk mengawal aktiviti semua masjid-masjid!





1 ulasan:

  1. Pergerakan paksi bumi dan kelemahan kuasa magnetik bumi adalah amat ketara sekarang ini. Sampai suatu kedudukan nanti tidak mustahil akan berlaku 1 hari bersamaan setahun, sebulan, seminggu dan sebagainya itu. Rasulullah mengingatkan kita sembahyang dengan anggaran masa biasa jika berlakunya keadaan tersebut. Jadi kita tak perlu susah susah kira pergerakan dajjal ni dari zaman empayar eropah ke penaklukan british ke apa. Ianya memang dalam dimensi masa kita. Kalau tidak masakan Rasul suruh kita ukur waktu sembahyang macam waktu hari-hari biasa. Saya yakin perubahan yang berlaku adalah kerana sunnatullah itu sendiri. Apa kuasapun yang Allah beri akan semakin berkurang samalah juga halnya dengan kuasa magnetik dan graviti bumi yang berkurang akan menyebabkan paksi bumi bergerak. Akan berlakulah perubahan musim dan cuaca dunia. Keadaan inilah yang diambil kesempatan oleh puak dajjal untuk menguasai manusia. Dajjal menampakkan kepada kita bahawa merekalah penyelamat di saat Allah dah tarik keselesaan yang ada di dunia ini.

    BalasPadam