Rabu, 28 Mei 2014

R 58 : KENAPA IBRAHIM BIN ADHAM BERTAUBAT?

Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham telah keluar berburu dan setelah lama berada di atas kudanya dia pun berhenti untuk berehat dan menjamah makanannya. Bila hendak dimasukkan saja ke dalam mulutnya makanan itu tadi, tiba-tiba datang seekor burung gagak lalu menyambar rotinya itu. Kerana merasa marah, Ibrahim terus mengejar burung itu hinggalah ia sampai ke puncak bukit dan setelah ia mendekati burung itu, Ibrahim mendapati ada seorang lelaki yang telah terikat kedua kaki dan tangannya.
Ibrahim segera mendekati lelaki ini serta membuka ikatannya lalu bertanya, “Kenapa kamu berada dalam keadaan begini?”

Jawab lelaki itu, “Sebenarnya aku adalah seorang saudagar dan aku telah dirompak lalu mereka mengikat aku dan aku dibiarkan dalam keadaan begini sudah 7 hari. Dengan pertolongan Allah, burung gagak inilah yang selalu membawa makanan untuk aku. Burung ini akan bertenggek di atas bahuku sambuk memotong roti lalu dimasukkan ke dalam mulutku. Sesungguhnya Allah tidak membiarkan aku lapar walau sehari pun dengan berkat pertolongan burung ini.”

Selepas mendengar cerita lelaki tersebut, Ibrahim bin Adham pun terus bertaubat kepada Allah, ia lalu melucutkan pakaian kebesarannya  dan digantikan dengan pakaian sufi. Dia juga telah memerdekakan semua hambanya serta mewakafkan semua harta dan tanah yang dimilikinya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan