السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kata
Imam Al-Ghazali, “Yang jauh itu waktu; Yang dekat itu mati;
Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah; Yang mudah itu berbuat dosa; Yang
panjang itu amal soleh; Dan yang indah itu saling memaafkan.”
MATI
Itulah
fasa yang akan dilalui oleh setiap insan yang hidup di atas muka bumi ciptaan
Allah SWT sebelum dihidupkan semula pada hari kiamat kelak bagi menghadapi
pembalasan yang hakiki. Mustahil bagi seorang yang hidup itu dapat melarikan
diri dari maut. Walaupun disorokkan dirinya di dalam peti besi sekali pun, maut
akan tetap mengundang. Ingin aku kongsikan bersama yang antara lainnya betapa
dekatnya ajal dengan kita semua tanpa kita sedari. Semoga kita mendapat
petunjuk dan hidayah dariNya. In sya Allah.
Wallahualam.
MEMANG
tiada siapapun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu
ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap
yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
(Surah
21, AL ANBIYA : ayat 35)
Tahukah
kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70
kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya
mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh
kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.
Hadis
Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati
wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang
merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka
berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus
oleh Allah untuk mencabut
nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Justeru,
tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan
bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya
esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka
bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya
iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada
seorangpun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman
mereka menghadapi saat kematian.
Ajal
tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah
s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu
seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari
daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi
kematian.
Kalau
hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat
menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul
khatimah (kebajikan).
Salman
Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya
kembang kempis.”
“Manakala
jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan
mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis
riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian
‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada
jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi
orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi
gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu
pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah
bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa
roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan
dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh
malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah
juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika
mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin
ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya
dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi
pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah
itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar.
“Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.”
Malaikat
Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Allah menjadikan sebab
kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut.
Saidina
Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail
berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana
antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada
kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu
kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin
dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka
cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru,
jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu
dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat,
tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan
kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri)
ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti
gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat
Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.
Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan
contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang
dilakukan sebelum kematiannya.
Tiada
siapapun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan
datang tepat pada masanya.
Apabila
sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si
mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam
menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan