بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ
وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ
كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً
ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ
وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah
permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak (semuanya itu terhad
waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau
subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya,
kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu
engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan
(hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan
bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula)
keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang
mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang
menipu.”
(Surah 57, AL HADIID : ayat 20)
Rasulullah SAW pernah
berpesan kepada Abdullah bin Umar r.a.,
“Jadilah
kamu di dunia ini seperti orang asing atau bahkan seperti orang musafir.”
(Hadits Riwayat Al
Bukhari)
Rasulullah SAW
bersabda,
“Seandainya
dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap
nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk
airpun.”
(Hadis Riwayat
At-Tirmidzi)
Orang-orang yang
beriman lagi berakal mengetahui bahawa Allah SWT telah menghina nilai duniawi,
mereka yang memahami hakikat pasti tidak mahu ditenggelamkan diri dengan fitnah
kesenangan duniawi yang bersifat sementara lagi mengundang bencana. Fahamilah
bahawa Nabi Muhammad SAW hidup di dunia ini penuh dengan kezuhudan dan sentiasa
memperingati para sahabatnya akan fitnah dunia. Mereka mengambil dunia hanya
untuk mencukupi, tidak berlebihan, mereka meninggalkan yang melalaikan, dan
menggunakan kelebihan yang ada di dunia untuk Allah SWT dengan sebaik mungkin. Allah
SWT berfirman:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ
اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ
غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)
terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipatuhinya,
dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur
ingkar), dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
lapisan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk
sesudah Allah (membiarkannya sesat). Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang
yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
(Surah 45, AL JAATSIYAH : ayat 23)
Kemewahan hidup banyak
menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, seperti mana yang
berlaku pada dunia ini oleh kerana masa yang dihidupkan digunakan dan
diusahakan untuk mendapat kenikmatan duniawi. Segala yang kita miliki kalaupun
tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi, tetapi apabila dibanding
dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan
ibadah dan amalan kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang
ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk
menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih
banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW,
“Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia
berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam
tanah (menemui kematian).”
Begitulah gambaran
yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia
sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika
itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat
itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan
dalam mencari harta kekayaan yang akhirnya ditipu dengan nikmat duniawi yang
tiada nilainya di sisi Allah SWT. Kehidupan umat Islam dunia moden kini tidak
mengira hasil pendapat yang diperolahi secara halal atau haram, yang penting
dapat memperoleh harta dan kekayaan dengan cara yang mudah dan cepat sehingga
boleh menjadi seorang yang syirik disebabkan harta.
Tidak kira waktu
solat, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita
mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah
digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma
dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang
bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat berkebun tanam dan akhirat tempat memetik hasil buahnya.
Daripada Abu Hurairah
r.a., katanya, Rasulullah
SAW selalu berdoa meminta perlindungan dari seksa kubur dan seksa neraka
jahanam dan fitnah Dajjal.
(Hadis Riwayat
Muslim)
Lupakah kita akan
pesanan Nabi Muhammad SAW terhadap umat akhir zaman (kita) akan fitnah yang
terhebat dalam sejarah kehidupan manusia?
Daripada Abi Umamah
Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan
kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda
SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya
tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang
dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah
umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku
adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku,
maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga
orang-orang mukmin.”
(Hadis Riwayat
Muslim)
Sejauh manakah kita
sedar akan fantasi dan realiti fitnah akhir zaman ini?
"Api"
sebenarnya adalah "Air"
"Air"
sebenarnya adalah "Api"
Daripada Hudzaifah
r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Dajjal
keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai api
sebenarnya adalah air yang dingin, dan yang dilihat manusia sebagai air
sesungguhnya dia adalah api yang membakar. Maka siapa di antara kalian yang
berjumpa dengannya hendaklah mengambil yang di tangannya yang nampak seperti
api kerana itu adalah air yang segar lagi dingin.”
(Hadis Riwayat Al
Bukhari)
Jelas terbukti bagi
umat Islam yang patuh beriman mengikut, mengamalkan dan mempraktikan 100%
ajaran Islam berpandukan acuan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam
diri dan kehidupannya akan menghadapi masalah dan kesukaran untuk melaksanakan
segala suruhan, tuntutan dan amalan Islam di dunia moden yang dipenuhi dengan
fitnah Dajjal.
Daripada Anas r.a.
bekata, Rasulullah saw. bersabda,
“Akan
datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya
laksana menggenggam bara api.”
(Hadis Riwayat
at-Tirmizi)
Sekarang ini ialah
zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran
agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat.
Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya.
Ini adalah disebabkan suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia
menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada di sekelilingnya mendorong
untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan akidah dan
keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqkan. lni juga bermaksud, orang
Islam telah dihimpit dan tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di
samping tidak mendapat kemudahan dan dikurangkan kebebasan.
Sebuah Hadis Qudsi
yang lain (Riwayat Muslim) menyebutkan bahawa Nabi Adam a.s. diperintahkan
Allah SWT untuk memisahkan anak-anak keturunannya yang akan dimasukkan ke
neraka dan ke syurga, dengan perbandingan 999 ke neraka dan 1 ke syurga atau 1
dari 1000 orang manusia. Nabi SAW bersabda (dalam Hadis ini) bahawa 999 dari tiap 1000 itu
adalah dari (mereka yang berafiliasi, menjadi segolongan) dengan kaum Yakjuj
dan Makjuj, sedangkan yang 1 dari setiap 1000 itu adalah orang-orang yang
(benar-benar) Muslim.
Maksudnya sebahagian
besar manusia akan dibawa dan terseret masuk ke dalam golongan Yakjuj dan Makjuj
sehingga jumlah orang yang benar-benar beriman hanya tinggal seorang dari
setiap 1000 orang. (iaitu Mukmin Ghuraba)
Mereka ialah
pengikut, pengamal, penerima, pemakai dan pengguna sistem atau tatacara
kehidupan dalam tamadun fasad Yakjuj dan Makjuj dan bakal dipimpin oleh Maharaja
Israel, iaitu Al Masih ad Dajjal.
Apakah itu tamadun Yakjuj dan Makjuj?
Majoriti umat Islam
dunia moden kini mengikut jejak langkah ataupun “cara hidup” golongan Yahudi
dan Nasrani laknatullah, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara
yang tidak munasabah. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan
Rasulullah SAW iaitu ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam
kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” golongan Yahudi dan Nasrani sama
ada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan
tipu helah golongan Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat
dan tali barut mereka.
Ya Allah! Ya Tuhanku! Selamatkanlah kami daripada hidangan fitnah mereka.
1) Sistem Ekonomi
Dunia Berteraskan Amalan RIBA
Siapakah yang mengaut
kekayaan dunia hasil dari pengunaan wang kertas yang palsu lagi haram untuk
membeli hasil maksum seperti minyak dan galian mineral lain, kaji sejarah
Ashkenazi Jews: Rothschild Family dan Rockefeller. Rujuk sejarah dunia, Dinar
emas dan Dirham perak dihapuskan secara total dan digantikan kepada wang kertas
pada hari ini yang ternyata palsu lagi haram dan tidak lagi bersandarkan kepada
molekul dan nilai emas. Kenapa wang kertas adalah palsu? Kerana ia adalah
helaian kertas yang dicop (print) dengan sedikit corak dan bernombor untuk
menunjukkan nilai par. Sedangkan dinar dan dirham terdiri daripada emas dan
perak yang jelas nilai matawang ini terkandung di dalam wang tersebut. Rujuk
apakah itu Perjanjian Bretton Woods dan apa yang President Amerika, Richard
Nixon buat pada 1971.
Fasad yang melanda
dunia kini di dalam sistem ekonomi, perdagangan dan kewangan ribawi, tidak
memiliki nilai intrinsik. Allah SWT berfirman:
وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْباً قَالَ يَا
قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءتْكُم بَيِّنَةٌ
مِّن رَّبِّكُمْ فَأَوْفُواْ الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ
وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم
مُّؤْمِنِينَ
“Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi
Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya)
tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu
keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan
timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan
perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di
muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya.
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang
beriman.”
(Surah 7, AL A'RAAF : ayat 85)
Daripada Abu Hurairah
r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Jalan
ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka
dibentangi dengan syahwat (naluri keinginan / nafsu).”
(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
RIBA!
“Tidak
boleh ada dua akad dalam satu akad jual beli. Sesungguhnya Rasulullah SAW
melaknat pemakan riba, yang memberi makan orang lain dengan riba, dua saksinya,
dan pencatatnya.”
(Hadis Riwayat Ibnu
Hibban no. 1053, Al-Bazzar dalam Musnad-nya no. 2016 dan Al-Marwazi dalam
As-Sunnah (159-161) dengan sanad hasan)
4 GOLONGAN RIBA
1)
Pemakan Riba
Contohnya sistem
perbankan Standard Chartered, RHB Bank, CIMB Bank, Maybank, Public Bank dan
lain-lain iaitu dikenali "Front Door
Riba". Manakala Maybank Islamic, RHB Islamic, CIMB Islamic i.e. undercover Islamic Banking "Back Door
Riba". Sistem yang diaplikasi ini adalah masih sama dengan fundamental
kewangan konvensional.
2)
Memberi Makan Kepada Orang Lain dengan Riba
Saya, Kita, Anda dan
Mereka: rujuk Ptptn, Pekej Pinjaman seperti pinjaman Peribadi, Pembelian Rumah,
Kenderaan dan lain-lain atas nama Faedah, Bunga dan Keuntungan.
3)
Dua Orang Saksinya
Pekerja bank, pegawai
bank, pengurus bank dan pihak berkaitan.
4)
Pencatatnya (Perekodan)
Pekerja bank, pegawai
bank, pengurus bank dan pihak berkaitan
Definisi paling
ringkas dan bagus adalah yang diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih
Al-Utsaimin r.a. dalam Syarah Bulughul Maram, Bahawa makna riba adalah:
“Penambahan pada dua
perkara yang diharamkan dalam syariat, adanya tafadhul (penambahan) antara
keduanya dengan ganti (bayaran), dan adanya ta`khir (tempoh) dalam menerima
sesuatu yang disyaratkan qabdh (serah terima di tempat).”
(Syarhul Buyu’, hal.
124)
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ
إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ
قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ
الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ
إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan
mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti
riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.”
(Surah 2, AL BAQARAH :
ayat 275)
2) Sistem Politik
Sekular
Menolak negara
Khilafah Islam, Menerima Konsep Negara Bangsa Barat: rujuk: Young Turks,
Mustafa Kemal Ataturk, Konsep Negara Bangsa yang memisahkan sebuah kerajaan
Khilifah Islam kepada negara bangsa yang kita lihat pada hari ini mempunyai
sempadan dan warna bendera yang berlainan. Rujuk: Sejarah negara bangsa Saudi
sebuah negara monarki Wahabi dan sekutu Amerika dan Zionist Israel.
3) Sistem Sosial
Kehidupan
Blue Jeans Jamaah,
dan perempuan-perempuan yang berpakaian seperti telanjang, yang bercampur-gaul
antara lelaki dan perempuan di khalayak masyarakat seperti keldai. Kepada yang
ingin mempertahankan BLUE JEANS JEMAAH, Tidak perlu!. Rujuk tamadun Yakjuj dan Makjuj.
Bukan soal aurat jika seluarnya longgar, ia soal pembudayaan yang dimuntahkan
oleh Yakjuj dan Makjuj atas nama Barat yang anda jilat dan pertahankannya malah
anda berbangga memakainya. Contoh: Kaji pasal seluar Levi’s, nama salah satu
suku bangsa Yahudi dari kalangan bangsa Yakjuj dan Makuj.
4) Hiburan dan
Pemakanan
Segala macam makanan
segera (fast food) yang akan melembabkan otak anda di samping wujudnya pelbagai
jenis penyakit yang semakin pelik. Otak tidak mampu berfungsi secara Islamik,
sebab itu anda ‘just like cattle’
kerana tidak mampu menggunakan mata telinga dan hati untuk benar-benar melihat,
mendengar dan memahami. Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ
الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ
يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ
بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya
ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya
bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar
dengannya ajaran dan nasihat ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi ; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah 7, AL A'RAAF : ayat 179)
5) Golongan Wanita -
(REVOLUSI FEMINIS)
Nabi Muhammad SAW
bersabda:
"Golongan
terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa
pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk
menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."
Ia merujuk kepada
revolusi feminis moden yang berjuang atas nama kebebasan dan hak wanita.
Apabila kita melihat revolusi feminis di tempat kerja, intipati utamanya
revolusi feminis adalah pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita
untuk mengambil alih tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan
utama mereka. Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita.
Lelaki mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas
mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan 'tidak' kepada semua ini. Mereka
mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. rujuklah al Quran.
Allah SWT berfirman:
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
“Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),
وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى
Demi siang apabila terang benderang,
وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى
Demi penciptaan lelaki dan perempuan,
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى
Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam.”
(Surah 92, AL LAIL : ayat 1-4)
Penciptaan malam dan
siang sama seperti Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan. Allah SWT mahu
siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal sebagai malam.
Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza yang ditetapkan
fungsinya bagi menyempurnakan kehidupan dunia ini. Jika dilihat kepada revolusi
feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini
pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya, seolah-olah bulan mahu menjadi
matahari di waktu siang bagi menjadikan ia waktu siang yang terang seperti
sinaran matahari. Allah SWT berfirman:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا
قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula)
bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu
ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat,
sesat yang nyata.”
(Surah 33, AL AHZAB : ayat 36)
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى
حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ
أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ
وَلاَ نَصِيرٍ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepada kamu sehingga kamu menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama
Islam itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika kamu menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepada kamu (tentang kebenaran), maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu.”
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat 120)
Daripada Abu Sa’id
Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu
akan mengikuti mereka.”
Sahabat
bertanya,
Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?
Nabi
SAW menjawab,
Siapa
lagi kalau bukan mereka.”
(Hadis Riwayat
Muslim)
Benar sekali peringatan Allah SWT di dalam al Quran dan juga sabdaan Rasulullah SAW sejak dari dulu lagi. Ramai orang Islam yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kemasiatan dan hina untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran tetangga dan pengaruh masyarakat sekeliling. Itulah hakikat masa kini, fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya. Sebanyak mana dunia yang dicari, tidak akan habisnya, marilah tingkatkan bekalan amalan kita, menuju destinasi kerana mati memang pasti menghampiri! semoga Allah SWT menambahkan kefahaman ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..
Umat
Islam Melawan Thaghut Internasional
di Akhir Zaman
KITA
saat ini hidup di zaman yang penuh dengan kesyirikan, kekufuran, kemunafikan,
kemungkaran, dan kemaksiatan. Kita saat ini hidup di zaman dominasi sistem thaghut dalam semua lini kehidupan. Di
bidang akidah, sistem thaghut paganisme,
pluralisme, liberalisme, sekularisme, materialisme, humanisme dan lainnya
menancapkan kuku-kukunya dan menyemburkan racun-racunnya untuk merosak akidah
kaum muslimin.
Di
bidang politik, sistem thaghut sekularisme,
demokrasi, dan zionisme menjajah
negeri-negeri kaum muslimin, merosak akidah, akhlak, politik dan tatanan
kehidupan kaum muslimin. Di bidang ekonomi, sistem thaghut kapitalisme dan sosialisme
mencekik leher kaum muslimin, merompak kekayaan alam negeri-negeri kaum
muslimin, dan memperbudak kaum muslimin dengan belenggu hutang, investasi
asing, dan pasar bebas.
Di
bidang sosial dan budaya, sistem thaghut
liberalisme merosak kaum muslimin melalui musik, film, seks bebas, dan gaya
hidup hedonis. Di bidang militer, aliansi zionis-salibis-paganis-komunis dan
sekuleris internasional bersatu padu memerangi para pejuang Islam lewat
skenario perang global melawan ‘terorisme’.
Kita
saat ini hidup di zaman yang penuh dengan tentangan dan gangguan terhadap
kelurusan akidah, ibadah, akhlak, dan mu’amalah Islam. Beragam bentuk syubahat
dan syahwat datang silih berganti, mendera, mencuba untuk melemahkan komitmen
kita terhadap dien Allah. Bahkan mencuba untuk memurtadkan kita!
Sebuah
zaman yang diumpamakan dengan potongan-potongan malam yang kelam dan gelap
gulita. Sebuah zaman yang boleh merubah keislaman dan keimanan seorang muslim
dengan begitu cepat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «بَادِرُوا
بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ
مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ
دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا»
Daripada
Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Bersegeralah untuk melakukan amal-amal kebaikan sebelum datang
fitnah-fitnah (ujian-ujian) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gulita.
Pada waktu pagi seseorang masih beriman, namun pada waktu petang ia sudah
menjadi orang kafir. Dan pada waktu petang seseorang masih beriman, namun pada
waktu pagi ia sudah menjadi orang kafir. Ia menjual agamanya demi mendapatkan
sedikit kenikmatan dunia.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: ” بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ
سِتًّا: الدَّجَّالَ، وَالدُّخَانَ، وَدَابَّةَ الْأَرْضِ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ
مِنْ مَغْرِبِهَا، وَأَمْرَ الْعَامَّةِ، وَخُوَيْصَّةَ أَحَدِكُمْ “
Daripada
Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda,
“Bersegeralah mengerjakan amal-amal kebaikan sebelum datang enam
perkara: Dajjal, Dukhan (asap tebal yang menyelimuti seluruh bumi), Daabbah
(binatang yang keluar dari perut bumi dan boleh berbicara kepada manusia),
matahari terbit dari tempat tenggelamnya, urusan umum (kesibukan memimpin
rakyat), dan urusan peribadi (kematian) salah seorang di antara kalian.”
Dalam
situasi zaman seperti ini, setiap muslim dituntut untuk meneguhkan iman dan
menguatkan pegangan kepada petunjuk hidup yang Allah SWT turunkan kepada
Rasulullah SAW. Setiap muslim harus memperbarui ilmu, amal, dan niatnya dalam
setiap waktu dan keadaan. Setiap muslim harus memahami dengan baik ajaran dien
Islam sebagai pedoman hidup yang lurus, dan menjauhi semua ajaran dan jalan
yang menyimpang dari Islam. Baik ajaran dan jalan orang-orang yang mengetahui kebenaran
namun enggan mengamalkannya mahupun ajaran dan jalan orang-orang yang beramal
tanpa landasan ilmu kebenaran.
Wallahu’alam
bi showab. [granada media tama]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan