Satu
perkataaan. Satu makna. Satu definisi. Kalau di ‘wiki’kan, ia akan membawa
maksud seperti berikut:
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan
di mana kuasa menggubal
undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama
ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau
kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau
kerajaaan yang demokratik.
Demokrasi
mula dicerapkan ke dalam minda pelajar apabila mereka mula melangkah ke dalam
alam persekolahan menengah (jika rangka pembelajaran masih tidak diubah ke
sekolah rendah) sehinggalah ke peringkat universiti melalui subjek tertentu
seperti sejarah dan kewarganegaraan (di peringkat universiti). Hasilnya,
wujudlah seperti apa yang sedia ada di atas muka bumi Malaysia ini. Pilihan-pilihanraya,
parti itu, parti ini, kutuk itu, kutuk ini, undi itu, undi ini, pecah sana,
pecah sini dan pelbagai lagi dan yang paling penting, pendukung-pendukung
demokrasi ini akan tetap mempertahankan sistem demokrasi yang mereka sendiri
tidak tahu dari mana asalnya dan apakah ianya tidak bercanggah dengan agama
Islam. Mereka hanya ikut apa orang-orang terdahulu telah lakukan dan
meneruskannya tanpa berfikir panjang dan yang lebih utama membelakangi apa yang
terkandung di dalam al Quran.
Pernahkah
anda mendengar perkataan Taghut? Saya yakin dan pasti, ramai di kalangan umat
Islam tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan Taghut sedangkan di dalam al Quran,
perkataan Taghut ini disebut berulang kali.
Kembali kepada definisi yang telah aku berikan daripada wikipedia tadi,
secara terang demokrasi adalah daripada rakyat dan untuk rakyat. Apa yang
daripada rakyat dan untuk rakyat? Dari pendapat saya yang cetek ini, daripada
rakyat membawa maksud rakyatlah yang akan mengundi siapakah atau parti manakah
yang akan menerajui pemerintahan negara dari segala sudut termasuklah
pembangunan ekonomi, sosial dan lain-lain. Manakala untuk rakyat adalah segala
apa yang dilakukan oleh pemerintah yang telah dipilih adalah untuk kebaikan
rakyat secara amnya. Apa yang membolehkan pemerintah ini terus berkuasa?
Undang-undang yang digubal dan dicipta untuk rakyat secara seluruhnya.
Undang-undang buatan manusia. Undang-undang yang banyaknya membelakangi
perintah Allah s.w.t.
Sebagai
contoh yang terbaik, sistem kehakiman negara. Apakah hukuman yang diberikan
kepada mereka yang mencuri? Apakah hukuman yang diberikan kepada mereka yang
berzina sama ada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin? Tidak ada
satu pun hukuman seperti yang sebutkan di atas yang berlandaskan al Quran.
Paling kuat pun, hanyalah hukuman penjara ataupun sebatan ataupun denda dalam
bentuk wang ringgit atau kesemuanya sekali.
Tidakkah
mereka selaku pemerintah takut akan soal jawab yang akan ditanyakan
kepada mereka pada akhirat kelak kenapa mereka tidak menguatkuasakan hukuman
yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t seperti di dalam al Quran?
Apakah
mereka-mereka yang menegakkan hukuman yang tidak berlandaskan al Quran tidak
mengetahui bahawasanya sesiapa yang menolak atau tidak mengguna pakai apa yang
telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dianggap sebagai seorang yang fasik, zalim
dan kafir? Bukan saya yang mengatakan sebegitu tetapi Allah s.w.t di dalam
Surah Al Maidah ayat 44, 45 dan 47 seperti yang berikut;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang
mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang
menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan
(dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah),
sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab
Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya
(dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi
hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan
patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu
dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain
keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka
itulah orang-orang kafir.”
(5:44)
“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu,
bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung
dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas
dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang
melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.”
(5:45)
“Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa
yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang fasik.”
(5:47)
Contoh
hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t adalah seperti di dalam Surah Al Maidah
ayat-33 dan ayat ke-38 yang maksudnya adalah seperti berikut;
“Hanyasanya
balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana
kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja
dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas),
atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja),
atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman
yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat
kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”
(5:33)
“Dan
orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(5:38)
Siapakah
kita untuk menetapkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta Yang
Maha Agung yang mengetahui segala-galanya? Kita tidak sekali-kali layak untuk
menetapkan hukuman kepada manusia sedangkan kita hanyalah makhluk hina yang
diciptakan daripada tanah yang hitam dan dibentukkan menjadi sedemikian rupa.
Tidakkah mereka terfikir dan terlintas difikiran mereka bahawa sekiranya
hukuman yang telah ditetapkan itu dijalankan, seperti mencuri sudah tentu tidak
akan berlaku gejala seperti mencuri dan meragut yang semakin menjadi-jadi tanpa
mengenal mangsa yang tua, muda mahupun ibu yang sarat mengandung.
Terdapat
satu risalah yang telah diterbitkan oleh seorang sheikh lebih daripada
satu dekad yang lalu yang menerangkan secara jelas dan terperinci dari mana
datangnya ajaran demokrasi ini dan kenapa dan bagaimana ianya bercanggah sama
sekali dengan ajaran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan