السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Jika
sebelum ini, telah aku kongsikan kisahnya Malaikat Jibrail, kali ini aku ingin
kongsikan bersama kisah malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk meniup
tiupan sangkakala pada Hari Kiamat, iaitu Malaikat Israfil.
Wallahualam.
Malaikat
Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan
bersaiz besar di sisi Allah SWT. Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali
tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti malaikat-malaikat yang lain ia
diperbuat dari Nur. Ia berbulu dari kepala hingga kedua telapak kakinya dan
mempunyai banyak mulut dan lidah.
Jika
seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya
tidak setitikpun akan jatuh melimpah.
Jumlah
sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai
ke barat, sayapnya yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh menutupi
seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya.
Ia
mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.
At-Tabrani
meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA: “Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama dengan
malaikat Jibrail, tiba-tiba ufuk langit terpecah, maka menghadaplah satu
lembaga malaikat tertunduk dan condong ke bumi. Berkata malaikat itu: “Hai
Muhammad, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu agar memilih antara menjadi
nabinya hamba atau jadi rajanya nabi”.
Adapun
“Rajanya Nabi” adalah mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya
dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya. Ia
menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara
terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Mereka menghindari
dari sesuatu yang menimbulkan dosa. Nabi yang menjadi raja adalah seperti Nabi
Sulaiman AS, Nabi Daud AS dan lain-lain. Adapun “Nabinya Hamba” adalah tidak
memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah Allah SWT. Ia tidak
memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada
sesiapa yang mengkehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah
Allah SWT.
Rasulullah
SAW bersabda: “Jibrail memberi isyarat kepadaku dengan tangannya agar merendah.
Maka tahulah aku bahawa itu nasihat untukku, maka aku berkata, “Hambanya Nabi”.
Kemudian malaikat itu naik ke langit maka aku berkata, ‘Hai Jibrail, aku
sungguh ingin bertanya hal ini kepadamu, tapi aku melihat halmu menyusahkan aku
untuk mengemukakan pertanyaan itu. Siapakah itu wahai Jibrail?’ Jibrail
menjawab, “Itulah dia Malaikat Israfil. Allah menciptakannya pada hari
kejadiannya di hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf, tidak pernah
mengangkat hujungnya.”
Ia
tertutup di dalam beberapa lapisan dinding. Disebutkan bahawa jarak di antara
malaikat Israfil dengan Arasy dilapisi dengan tujuh dinding yang mana satu
dinding adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan dan jarak malaikat Israfil
dengan malaikat Jibrail kira kira tujuh puluh dinding.
Imam
Ahmad RAH meriwayatkan dari Abu Said RA, Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang
malaikat peniup sangkakala, dengan sabdanya: “Disebelah kirinya ada malaikat
Jibrail dan disebelah kanannya ada malaikat Mikail.”
Salah
satu tiang Arasy berada di atas bahunya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu
bergantungan di bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil
Mahfuzh tersebut.
Adapun
apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil Mahfuzh, maka terbukalah
dinding-dinding yang menghalanginya dan malaikat Israfil pun melihatnya.
Apabila ia adalah tugas malaikat Jibrail, maka malaikat Israfil akan
memerintahkan malaikat Jibrail untuk melaksanakanya, begitu juga apabila untuk
tugasan-tugasan malaikat Mikail dan malaikat Izrail, ia akan memerintah mereka
untuk melaksanakannya.
Malaikat
Israfil sentiasa meletakkan terompet sangkakala di mulutnya.
Disebutkan
bahawa terompet malaikat Israfil itu bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke
barat, satu ke timur, satu ke bawah bumi dan satu diarahkan ke langit yang ke
tujuh.
Adapun
lingkaran kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat
pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puluh rumah di dalamnya. Di
antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia, para jin, syaitan,
binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Abu
Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet
malaikat Israfil: “Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari
cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet
itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua
membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur”.
Warna
malaikat Israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi
kuning adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi
malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: “Bagaimana
manusia boleh merasa senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap
sedia meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap
menunggu perintah“.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan