Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 30 Mei 2014

R 63 : TOL DI PADANG MAHSYAR

السلام عليكم
سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

PLAZA TOL. Mana-mana peta dunia yang kita pergi pasti ada tol. Ada tol kenderaan ada tol imegresen. Tapi kita lihat ada orang yang dapat laluan jalan pintas. Tak payah bayar apa-apa dan tak payah isi borang apa-apa di imegresen mahupun tol. Mereka terdiri dari VVIP dan orang-orang yang penting, bersama dengan escort polis bermotor dan berkereta yang mengiringi untuk memudahkan laluan. Tapi kebanyakan kita ada yang guna smart tag, ada yang guna touch n go, ada yang beratur panjang guna syiling ada yang ikut jalan highway, ada yang ikut jalan jauh ada yang guna kenderaan ada juga yang berjalan. Siapalah kita ya? Walaupun ada kereta Ferarri RM10 juta pun kena ikut laluan macam orang lain, tapi bagaimana nak jadi macam VVIP tu? Orang kata….pss….kenalah kenal “somebody”lobi sana sini, political lobbying dan paling penting berpangkat dan berharta.

Itu hanyalah VVIP di dunia. Pangkat, harta dan darjat jadi ukuran, tapi bagaimana pula tiba masanya dunia ini musnah, kita kenalah lalui satu perjalanan yang amat jauh jutaan kilometer untuk mengadap Raja segala Raja, Pemilik dan Pencipta alam semesta, untuk menuju ke suatu destinasi di mana kita akan dihitung segala amalan sama ada ke neraka atau syurga akhirnya. Kita tidak boleh berpatah balik melihatkan dunia tidak boleh lagi di diami.Kita tak boleh toleh ke belakang. Tiada apa yang ada di bumi. Semuanya hancur berkecai. Tiada lagi lautan, langit dan sebarang benda hidup. Berpusu-pusu manusia bergerak beramai-ramai ada yang merangkak, berjalan kaki, berlari, berkuda dan bergerak dengan sepantas cahaya menuju ke suatu destinasi yang abadi.
Tapi apa yang membezakan mereka? Ada yang dapat bergerak sepantas kilat dan cahaya sudah tentulah VVIP di sisi Tuhan. Mereka adalah seorang yang tekun beramal dan beribadah kepadaNYA dan sentiasa menyiapkan bekalan ke negara yang kekal abadi. Harta, pangkat bukan jadi ukuran, tapi niat dan amal kebajikan yang menentukan, lebih-lebih lagi manusia itu pandai menggunakan channel kekasih Tuhan yang terdiri dari nabi-nabi mereka pada zaman mereka. Sekirannya kita hendak dapat laluan VVIP, berkenderaan mewah, laju dan smart tag.Kenalah selalu berselawat ke atas nabi muhamad, mengikut segala ajarannya.Nabi yang terakhir kerana kita adalah umat akhir zaman. Tiada mana-mana manusia paling banyak berkorban jiwa dan raga demi menegakkan agama Tuhan selain nabi-nabi kekasih Allah, dengan mereka (nabi-nabi) punyai pasport VVIP itu jalan pintas untuk bertemu dengan Tuhan, tapi ada juga yang tidak ada passport. Siapakah mereka? Mereka adalah di kalangan yang mendustakan kebenaran Tuhan dan nabi-nabi. Merangkak dan berjalanlah sehingga luka-luka berdarah dan bernanah dan menangislah sehingga basah seluruh badan. Tiada gunanya penyesalan di hari kemudian.

Padang Mahsyar / Mahsyar (Arab: محشر) dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah mahupun tinggi di akhirat. Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah Nabi Muhammad. Hari-hari di Padang Mahsyar itu disebut sebagai Yawm al Mahsyar (Arab:يومالمحشر).

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nazi’at:

“Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), (6)

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); (7)

Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, (8)

“Pemandangannya tunduk gerun.”
(9)

“Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?”
(10)

“Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?” (11)

“Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!” (12)

“(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua).” (13)

“Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.” 
(14)

Firman Allah s.w.t di dalam Surah an-Naba:

“Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,” (17)

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar).”
(18)

Keadaaan bersendirian

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Anaam:

“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya.” (94)

Keadaaan buta

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Taha:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (124)

Keadaaan kelabu matanya

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Taha:

“Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat.” (100)

“Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat,”(101)

“(Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.” (102)

Keadaaan menyeret muka, buta, bisu dan pekak

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Israk:

“Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.”(97)

Keadaaan duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Maryam:

“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam.”(68)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan