السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Artikel kali ini aku
ingin kongsikan bersama bagaimana agama telah diperkotak-katikkan oleh
insan-insan yang telah disesatkan oleh syaitan laknatullah agar berpaling dari
ajaran yang lurus dan benar iaitu Islam. Sesungguhnya mereka
sama sekali tidak akan merasa aman dan tenteram selagi mana umat
Nabi Muhammad s.aw tidak mengikut ajaran mereka dan syaitan laknatullah sememangnya
amat gembira dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam menyesatkan
cucu cicit Nabi Adam a.s. Bersyukurlah kita semua yang telah dikurniakan iman
dan kita hanya perlu menguatkan iman kita dengan menjalankan perintah Allah
S.W.T dan meninggalkan laranganNya. In sya Allah kita semua akan dirahmatiNya.
In sya Allah.
Seperti
mana yang kita maklum, Dajjal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang
Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Contoh yang
paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama
pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah dirosakkan dan
diselewengkan oleh ‘tangan ghaib’ dan agama Kristian sekarang BUKANLAH ajaran
asal Nabi Isa a.s. Hanya al Quran masih terpelihara kebenaran dan keasliannya
tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah
ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;
(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan
mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
(Surah
3, Ali Imran : ayat
19)
Diharap
dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang bukan
beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya
sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda
untuk menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.
Pertamanya
saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan
diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk
menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah individu,
matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama menyembah satu
tuhan yang esa ialah Islam.
Nabi
Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, ‘Shamma israelu addena
ilakhin, addena ikhad’. Yang bermaksud, ‘Dengarlah wahai bani Israel, tuhanmu
hanyalah SATU’. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi Isa a.s telah mengulangi
kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu. Lebih kurang 600 tahun
selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah s.a.w di Madinah
dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-Nabawi dan salah
seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah s.a.w, ‘Apakah konsep tuhan
kamu?’ Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, ‘QulhuAllahu Ahad’. Tuhanku ialah
Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa
ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha
Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang
serupa denganNya.”
(Surah
112, Al Ikhlas : ayat
1-4)
“Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya
mereka dapat menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan
dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). Wahai
Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah
padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur
adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran
padahal kamu mengetahuinya?”
(Surah
3, Ali Imran : ayat
69-71)
Berbalik
kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya
dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda
juga boleh membaca artikel tentang persamaan Jesus
dan Horus.
Ingin ditegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi
Isa a.s. Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa
pagan. Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang
dibawa oleh Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah
ajaran asal Nabi Isa dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri
dengan memasukkan unsur-unsur pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan
dengan agama mereka.
Contoh
yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan
dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Ke manakah
penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja. Pernahkah anda
(penganut Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama
anda? Contoh lain paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa
Claus! Poseidon atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno,
ialah Dewa laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan