Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi
setiap manusia yang bernyawa di dunia ini, malah ada yang mengutamakan wang
dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata-mata untuk mengaut
sebanyak mungkin wang yang berada di dalam kitaran sistem ekonomi.
Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa
sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya
tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan
utama pergi ke sekolah. "Belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar
boleh kerja gaji besar (wang banyak)." Biasa dengar tak? Atau mungkin itu
yang acapkali anda sebut kepada anak-anak anda sekarang?
Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting
bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah
menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin
meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang
menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya
barang yang semakin mahal.
Walaupun penerangan di atas menggambarkan sistem ekonomi
di Amerika, sistem ini juga sebenarnya diguna di kebanyakan negara termasuklah
Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve
adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli-ahli bank antarabangsa. Ya..
jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan di atas Piramid, ingat
bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve)
menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.
Orang paling kaya di dunia bukan Bill Gates, akan tetapi
pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden
dengan bantuan agen-agen seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan
kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan
perang dan membunuh berjuta-juta insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan
juga, mereka ini jugalah orang kuat di belakang Israel dan apa yang mereka
lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.
Apabila kita meminjam wang dari bank, sama ada pinjaman
rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia
lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau
tak macam mana bank nak beroperasi," akan tetapi secara halusnya kita
secara tidak langsung menzalimi insan-insan lain terutamanya golongan yang
tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak
perlupun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.
Bagaimana cara kita
menzalimi manusia lain?
1. Kita bersubahat men"cair"kan atau
menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta"
wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai sama ada emas atau perak. Lagi banyak
pinjaman, lebih banyaklah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada di dalam
ekonomi.
2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut,
contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah
sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya
permintaan.
Jijiknya Riba itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan
rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, sama ada makan
hasil riba ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba. Disebabkan manusia
semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada
"survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari
kepentingan manusia-manusia lain.
Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah
menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal,
penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk
memastikan kita akan sentiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.
1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana
mengiystiharkan undang-undang negara lebih utama dari undang-undang Allah,
sebagai negara Islam, al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama
undang-undang. Sebaliknya undang-undang ciptaan manusia yang angkuh, dengan
diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang-undang
moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang-undang Allah sudah lapuk
dan tak sesuai lebih-lebih lagi dengan masyarakat yang berbilang kaum.
2. Benih ekonomi Riba - Bank negara diasaskan oleh
British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh
British dengan penubuhan Bank of England(Bank Yahudi) pada kurun ke 17. Melalui
sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga menjadi asas yang
sama untuk penubuhan bank-bank di Negara-negara bekas jajahan mereka termasuk
Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana
adanya applikasi riba.
Dan benih-benih ini sudah lama bercambah dan membesar
menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk
menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan
rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari
semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin-pemimpin yang akan sedar akan
sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak
mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat
semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak
samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil
jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.
Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem
ini sentiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa,
rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yang canggih,
keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di
akhirat. Akan tetapi mereka inilah yang pertama sekali akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas kerosakan di muka bumi. Siapa
mereka ini? Pemimpin..
Akan tetapi semasa perbicaraan di akhirat, mereka ini
akan berhujah balik. "Ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin
mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah
aku di pilihan raya." Siapa pulak mereka itu? Tak lain tak bukan selain
dari kita semua sebagai rakyat.
Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia
mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu-ilmu itu sahaja tidak cukup untuk
menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih-lebih lagi akhirat. Berapa
ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini?
Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak
boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada
iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" di hati.
Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu
melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu.
Pembohongan ini amat sukar dilihat umpama cuba melihat semut hitam, di atas
batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat
dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya
"nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid
57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia
berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Rasul Allah berkata,
"Bagaimana
jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain
memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa
yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang digelarnya syurga adalah
sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) seperti mana Nuh
memperingatkan kaumnya.”
Sahih Bukhari
Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan Federal Reserve Note iaitu wang kertas
Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang
kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak di dalam kitaran. Ada
gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan
mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir?
Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang
bermata satu?
Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut,
"Annuit coeptis" jika
dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)" dan
"Novus Ordo Soclurum"
bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan
menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).
Sama-samalah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar
dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta
kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat
ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu-ilmu yang boleh membebaskan
kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah
dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita ke arah tersebut.
Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk
melihat pembohongan ini. Amin.
Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan yang
lain, In Sya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan