السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Obelisk. Satu
binaan yang tinggi beberapa meter menghala ke langit. Apakah sinonimnya binaan
ini dalam ketamadunan manusia khususnya? Apakah sinonim binaan ini kepada umat
Islam seluruhnya? Moga dapat membuka minda dan mata kita semuanya
bagaimana kita semua telah dijajah secara senyap-senyap tanpa disedari kita.
Yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya
daripada diri saya sendiri.
Pernahkan
anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat
binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata
dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan
membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk
ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan
Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka
telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga
dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
Tahukah
anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah?
Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah ‘obelisk’ hasil dari tiang
yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan
tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk)
dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib
membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga
benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami
maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa
menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji
batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula,
Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah,
Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan
nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan
pengikut-pengikutnya)
Obelisk
pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith).
Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari
Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di
hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman
kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur
Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki.
Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi
agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan
syaitan ini!
Terdapat
28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches
Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches
Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, ‘Cleopatra’s Needle’, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Pharaoh Tuthmosis III, ‘Cleopatra’s Needle’, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, ‘Cleopatra’s Needle’, di Central Park, New York
Pharaoh Tuthmosis III, ‘Cleopatra’s Needle’, di Central Park, New York
Adakah
Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan
perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di
Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman
web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This
is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC.
Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is
a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare
park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key
moments and events of Malaysia’s history.
Sabda
Rasullulah:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).”
Hadis Riwayat Abu Daud
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia
memberi nasihat kepadanya: ‘Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik
itu adalah satu kezaliman yang besar.”
Luqman 13
Sumber
daripada: Konspirasi Dunia – Kehadiran
Dajjal Semakin Jelas Dirasai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan