Malaysia
diambang kemusnahan. Mungkin
ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk
sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana
ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.
Sukar
untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi
semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia
terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun
lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih
bersifat kemusnahan “kemanusiaan”. Bencana yang akan mengalirkan air mata
berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak.
Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut
bertoleransi ini bakal diragut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal.
Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.
Kita
toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab
didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk
berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya.
Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah
ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira
kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular
bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah
melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak
semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.
LIBYA SEBENAR bukanlah
seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi
sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang
Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat
liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk
memudahkan penipuan atau menyembunyikan “Hakikat Sebenar” matlamat mereka
dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh
yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah
pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.
Untuk
mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan
Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu
termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti
gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara
selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab
telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui
oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Setelah
Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni
Mubarak dijadikan “kambing Hitam” untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu
NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak.
Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.
Dalam
waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk
menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu
oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.
Kaedah
yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol
zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya
telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu
yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan
Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat
propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel
sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau
alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal
yang sama sedang menular di negara ini.
Senjata
utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah “PEMBOHONGAN”. Pembohongan
bermaksud “Dusta” itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah.
Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan
hilang kewarasannya.
Apabila
terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat
Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu
rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.
Seperti
mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan
pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya
rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini
terhamburlah janji “Gunung Roti” bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai
ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah
diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan
zionis “The Protocols of the Elders of
Zion” perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.
Itulah
keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib
yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan
Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya
diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk
mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.
Siapa
Gaddafi sebenarnya?
Keburukan
demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk
rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini.
Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan
berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya
iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian
besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi
nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.
Dari
saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun
usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi
diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk
melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari
pengetahuan dunia.
Kerana
tidak mahu artikel sebagus ini dipolitikkan.
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah
satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis
la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat
sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di
Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri,
membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau
kepada Barat!
Malang
sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat,
mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat,
memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!
Cuba
lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya di bawah pimpinan Mua’mar Al
Qaddafi:
1.
Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol
Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut
royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan
di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk
rakyatnya!
2.
Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3.
Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba.
4.
Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap
rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa
punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk di dalam khemah;
5.Di
Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6.
Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan
ternakan dan benih percuma;
7.
Tidak ada bil elektrik di Libya;
8.
Pendidikan adalah percuma;
9.
Kemudahan perubatan adalah percuma;
10.
Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah
6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11.
Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12.
Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13.
satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan
pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan
luar;
14.
Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan
negara Afrika yang lain.
15
Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak di bawah subsidi
kerajaan.
16.
Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang
tinggi;
17.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi
terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18.
Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh
daripada Amerika Syarikat;
19.
Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas
makanan;
Sebenarnya
Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa
bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi
zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri
sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada
kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut
kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan
Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah
tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju
kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya.
Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka
Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir
Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan
memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato,
memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah
peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la’natullah, sentiasa tidak redha
dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat
Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat
Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat
malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi
untuk kafir harbi! Na’zubillah min zalik.
Catatan
tambahan:
Kolonel Muammar
Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat))
(lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya.
Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja
Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi
pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini
hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama
memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi
Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan
dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma.
Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan
Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam
Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran
komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza
Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada
awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan
bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan
dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar “mati
syahid” jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar,
menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak
mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan
permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap
kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, permohonan ini diterima dan waran dikeluarkan
terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]
Pada
Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak
lelakinya berjaya melarikan diri.
Kehidupan
awal
Gaddafi
adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering
kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku
Arab Badwi [Berber]], Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar
dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya
di Khoms pada 1911.
Menerima
pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha
di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia
Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada
akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras
revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini
adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan
kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari
Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian,
Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus
dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera
di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain
telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya
yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar
ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih
(British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai
pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada
1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh
Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang
ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja
Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada
2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun,
pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru.
Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota
Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai
“Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi.”
Tidak
seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai
putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa
politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal
hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya “diperintah oleh rakyat”
.Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa
manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera
tinggi daripada leftenan udara.
Sementara
di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel
Oscar Osorio (1950 – 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960)
dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 – 1967).
Rejim
tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan
Arab, nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam.
Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem
pemerintahan secara “langsung, popular demokrasi” dan lebih sesuai
dikenali sebagai “Sosialisme Islam.” Libya kini
membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan
kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi
juga memperkenalkan sistem moral Islam yang melarang
minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah
politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan ‘Buku
Hijau’. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun,
dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis
sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan
dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa
Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh.
Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara.
Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh
di Itali.
Tidak
mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq.
Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya.
Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia
dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil
negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang
NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, “Lebai Malang.”
Demokrasi
adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini.
Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar
syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita
rasakan berada di kelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan
Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal
dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan
KafFaRa di “dahi” Dajjal ini. In Sya Allah.
Kita
bernasib baik kerana kita di antara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal
seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan
begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia
diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang
berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.
Memandangkan
kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan
sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa
kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun
strategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk
menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana
sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.
Malaysia
juga di antara negara yang cuba popularkan “Dinar Emas” satu masa dahulu tetapi
menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal
dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek
“Dinar Emas” ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan
projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai
rezab bijih emas di bawah perut bumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu
mereka berani menyuarakannya.
Apa
yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai
jualan “koleksi” bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem
kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil
langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti.
Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal
sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.
Rekod
mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan “Dinar Emas” sebagai forex
atau tukaran perdagangan antarabangsa di satu masa dahulu masih tersimpan kemas
dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah
melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama
telah menipu dunia melalui terbitan “wang kertas” yang bersandarkan hutang
(debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan
proksi mereka.
Untuk
menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan
proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila
masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya
sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.
Jika
rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat
menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri.
Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru
jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini
kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera
mengumpul “dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia” sekadar yang terdaya.
Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini
menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal
terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan
sebelum dijajah British.
Kemerosotan
nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah
gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah
kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan
dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih
berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama
lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi.
Keadaannya dilapurkan sangat tenat.
Emas
akan mempunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bila mana
nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah
tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar
kepada bon dan “debt” atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan
Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya
memaksa dunia menggunakan wang RIBA.
Tanah
Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi
penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah
berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari
kewujudan Kesultanan Melaka.
Walaupun
beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka
masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai
ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana
tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat.
Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa
yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijih timah.
Tumpuan
mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri
Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah
dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak
di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.
Simpanan
rezab emas “mentah” Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya
telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki,
dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan
dan nilai rezab tersebut.
Kerajaan
sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah
membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan
USD). Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum
demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.
Sebab
itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari
terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana
yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya
melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).
Allah
masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada. Andai sebaliknya
berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua
rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin
suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan
bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan
berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir
berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana
semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.
Walau
bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya
makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah “hak Mutlak” Allah
Subhana Wa Taala. Wallahu A’lam.
Itulah akibatnya kalau menilai pemimpin dari yang buruk semata. Tidak dinafikan Gaddafi menggajikan bodyguard bodyguard wanita. Bodyguard tersebut mungkin agen CIA yang secara tak langsung memburukkan imej Gaddafi sebab benda tu orang senang nampak. Ke sana ke mari dengan betina. Hah...macam tulah halusnya cara mereka. Yang baik bertahun-tahun dilakukan oleh pemimpin rosak dek imej buruk yang nampak di mata. Samalah kat Malaysia ni dengan isu Rosmah tak bertudung. Yang kita rasa tak elok, jangan ikut. Yang elok kita contohi.
BalasPadam