Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 26 Mei 2014

R 20 : KONSPIRASI DUNIA – TOWER OF BABEL

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Buka sahaja mata seluas-luasnya dan pandanglah ke atas apabila anda berada di tengah-tengah hutan bandar. Sudah tentu anda dapat melihat bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit. Di negara kita sahaja, bangunan berkembar KLCC adalah bangunan yang pernah dinobat sebagai bangunan tertinggi di dunia suatu ketika dahulu sekitar akhir 90-an. Kini, negara-negara maju semuanya berlumba-lumba untuk memiliki bangunan pencakar langit. Tetapi tahukah anda apakah kisah disebalik pembinaan bangunan-bangunan tinggi ini? Semoga ini dapat membuka mata, hati dan minda kita semua mengenai apa yang terjadi di dalam dunia kita sebenarnya memandangkan kita adalah umat akhir zaman. Yang buruk datangnya daripada aku sendiri dan yang baiknya datangnya daripada Allah s.w.t.

The Great Architect, Dajjal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah, tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersekongkol dengan Azazil.  Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.
Sebelum ini saya (penulis) sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel saya (penulis) sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan  tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang positif. Konsep yang mudah untuk difahami di sini kan? Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila rujuk The Arrivals di Youtube atau dari lain-lain sumber yang boleh anda temui.
Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajjal ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terdahulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.
Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of Babel!

Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya, adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam alQuran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untukmencabar kekuasaan dan  memperlekehkan Allah s.w.t:

“Dan Firaun pula berkata: ‘Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta.”
Al-Qasas 38

“Dan Firaun pula berkata: ‘Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) ‘(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!’ Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.”
Ghaffir 36-37

Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam Bible tentang Tower of Bible kerana hanya alQuran yang saya jadikan sebagai rujukan. Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.
Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata Firaun. Jadi  pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!
Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai! Bangunan yang diiktiraf sebagai tertinggi di dunia dan semasa pembinaannya dilihat semakin lama semakin tinggi. Berikut adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat darisegenap penjuru Dubai ini.
Ketinggian sebenar Menara Dubai ini mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula dibina pada 21 September 2004 dan telah dibuka secara rasminya pada 4 Januari 2010. Kos pembinaan Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.

Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.
Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan Dajjal ini.
Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu.
Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajjal di seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak dari tenaga posifit dan melalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan