Konsep Riba Dalam
Islam
Bab I
Konsep Riba
1. Pengertian Riba
Riba secara bahasa
bermakna; ziyadah (tambahan). Dalam pengertian lain, secara linguistik riba
juga bererti tumbuh dan membesar.[1] Menurut
istilah teknis, riba bererti pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal
secara batil[2]. Kata riba juga bererti ; bertumbuh
menambah atau berlebih. Al-riba atau ar-rima makna asalnya ialah tambah tumbuh
dan subur. Adapun pengertian tambah dalam konteks riba adalah tambahan wang
atas modal yang diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan syarak, apakah
tambahan itu berjumlah sedikit mahupun berjumlah banyak seperti yang
disyaratkan dalam al Quran. Riba sering diterjemahkan orang dalam bahasa
inggris sebagai “usury” yang
ertinya“the act of lending money at an exorbitant or illegal rate of
interest” sementara
para ulama’ fikih mendefinisikan riba dengan “kelebihan harta dalam suatu
muamalah dengan tidak ada imbalan atau gantinya.” Maksud dari pernyataan ini
adalah tambahan terhadap modal wang yang timbul akibat transaksi hutang piutang
yang harus diberikan terhutang kepada pemilik wang pada saat hutang jatuh tempoh[3].
Ada beberapa pendapat
dalam menjelaskan riba, namun secara umum terdapat benang merah yang menegaskan
bahawa riba adalah pengambilan tambahan baik dalam transaksi jual beli, mahupun
pinjam meminjam secara batil atau bertentangan dengan prinsip mua’amalat dalam
Islam. Mengenai hal ini Allah mengingatkan dalam al Quran Surat An-Nisa’ :
29
Ertinya : “Hai
orang-orang yang beriman janganah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan
batil.”
Dalam kaitanya dengan
pengertian al-batil dalam ayat tersebut, ibnu ArobiAl-Maliki menjelaskan
seperti yang dikutif oleh Afzalurrohman.[4]
“Pengertian riba’ secara bahasa adalah
tambahan, namun yang dimaksud riba dalam ayat al Quran iaitu setiap penambahan
yang diambil tanpa adanya satu transaksi pengganti atau penyimbang yang
dibenarkan syari’ah.
Yang dimaksud dengan
transaksi pengganti atau penyimbang iaitu transaksi bisnes atau komersial yang
melegitimasi adanya penambahan tersebut secara adil, seperti transaksi jual
beli, gadai, sewa, atau bagi hasil projek. Dalam transaksi sewa, si penyewa
membayar upah sewa kerana adanya manfaat sewa yang dinikmati, termasuk
menurunnya nilai ekonomi suatu barang kerana penggunaan si penyewa. Mobil
misalnya, sesudah dipakai maka nilai ekonominya pasti menurun jika dibandingkan
sebelumnya. Dalam hal jual beli, si pembeli membayar harga atas imbalan barang
yang diterimanya.
Demikian juga dalam
projek bagi hasil, para peserta perkongsian berhak mendapatkan keuntungan kerana
disamping menyertakan modal juga turut serta menanggung kemungkinan risiko
kerugian yang boleh saja muncul setiap saat.
Dalam transaksi
simpan pinjam dana, secara konvensional si pemberi pinjaman mengambil tambahan
dalam bunga tanpa adanya suatu penyimbangan yang diterima si peminjam kecuali
kesempatan dan faktor waktu yang berjalan selama proses peminjaman tersebut.
Namun, yang tidak adil di sini adat peminjam diwajibkan untuk selalu dan pasti
untung dalam setiap penggunaan kesempatan tersebut. Demikian juga dana itu
tidak akan berkembang dengan sendirinya, hanya dengan faktor waktu semata tanpa
ada faktor orang yang
menjalankan dan mengusahakannya. Bahkan ketika orang tersebut mengusahakan boleh
saja untung boleh saja rugi.
Pengertian senada
disampaikan oleh jumhur ulama’ sepanjang sejarah Islam dari berbagai madzahib
fiqhiyyah, di antaranya sebagai berikut.
a. Badr Ad-Din Al-Ayni pengarang Umdatul
Qari’ syarah Shahih Al-Bhukhari.
Prinsip utama dalam
riba adalah penambahan. Menurut syari’ah riba bererti penambahan atas harta
pokok tanpa adanya transaksi bisnes rill.[5]
b. Imam zarkasi dari madzab Hanafi
Riba adalah tambahan
yang disaratkan dalam transaksi bisnes tanpa adanya iwadh (atau padanan yang dibenarkan
syari’ah atas penambahan tersebut.
c. Raghib Al-Asfahani
Riba adalah
penambahan atas harta pokok.
d. Imam An-Nawawi dari Madzab Syafi’i[6].
Berdasarkan
penjelasan Imam Nawawi di atas, dapat difahami bahawa salah satu bentuk riba
yang dilarang oleh al Quran dan As Sunnah adalah penambahan atas harta pokok kerana
unsur waktu. Dalam dunia perbankan, hal tersebut dikenal dengan bunga kredit
sesuai lama waktu pinjaman.
e. Qatadah
Riba Jahiliyah adalah
seseorang yang menjual barangnya secara tempoh hingga waktu tertentu. Apabila
telah datang saat membayar dan si pembeli tidak mampu membayar, maka ia
memberikan bayaran tambahan atas penangguhan.
f. Zaid Bin Aslam
Yang dimaksud dengan
riba jahiliyah yang beramplikasi pelipatgandaan sejalan dengan waktu adalah
seseorang yang memiliki piutang atas mitranya. Pada saat jatuh tempoh ia
berkata “bayar sekarang atau tambah.”
g. Mujahid
Mereka menjual
daganganya dengan tempoh. Apabila telah jatuh tempoh dan (tidak mampu membayar)
si pembeli memberikan “tambahan” atas tambahan waktu.
h. Ja’far As-Shodiq dari kalangan Madzab
Syi’ah
Ja’far As-Shodiq
berkata ketika ditanya mengapa Allah SWT mengharamkan riba supaya orang tidak
berhenti berbuat kebajikan kerana ketika diperkenankan untuk mengambil bunga
atas pinjaman maka seseorang tadi tidak berbuat makruf lagi atas transaksi pinjam meminjam
dan seterusnya. Padahal Qord bertujuan untuk menjalin hubungan yang erat dan
kebajikan antara manusia.
i. Imam Ahmad Bin Hambal. Pendiri Madzab
Hambali
Imam Ahnad Bin Hambal
ketika ditanya tentang riba beliau menjawab sesungguhnya riba itu adalah
seseorang memiliki hutang maka dikatakan kepadanya apakah akan melunasi atau membayar lebih. Jikalau tidak
mampu melunasi, ia harus menambah dana (dalam bentuk bunga pinjaman) atas
penambahan waktu yang diberikan.
2. Jenis-Jenis Riba
Secara garis besar riba dikelompokkan menjadi
dua. Masing-masing adalah riba hutang-piutang dan riba jual-beli. Kelompok yang
pertama terbagi lagi menjadi riba jahiliyah dan qardh. Sedangkan kelompok kedua
riba jual beli terbagi menjadi riba Afdhl dan riba nasi’ah. Adapun
penjelasannya sebagai berikut[7]:
a. Riba Qardh
Suatu manfaat atau
tingkat kelebihan tertentu yang disaratkan terhadap yang berhutang (Muqtaridh).
b. Riba Jahiliyah
Hutang dibayar lebih
dari pokoknya, kerana si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu
yang ditentukan.
c. Riba fadhl
Pertukaran antar
barang sejenis dengan kadar atau takaran yang berbeza, sedangkan barang yang
dipertukarkan itu termasuk jenis barang ribawi.
d. Riba nasi’ah
Penangguhan,
penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis
barang ribawi lainya. Riba dalam nasi’ah muncul kerana adanya perbezaan,
perubahan atau tambahan antara yang diserahkan saat ini dengan yang diserahkan
kemudian.
Dalam kitab Fathul
Mu’in riba dibagi menjadi tiga iaitu[8] :
1. Riba Fadhl
Iaitu selisih barang
pada salah satu tukar menukar dua barang yang sama jenisnya. Termasuk dalam
macam ini adalah riba qordh iaitu jika dalam hutang kembali kepada pihak
pemberi hutang.
2. Riba yad
Iaitu jika salah satu
dari penjual dan pembeli berpisah dari akad sebelum serah terima.
3. Riba Nasa’
Iaitu jika
mensaratkan ada penundaan penyerahan dua barang ma’qud alaih dalam penukaranya
(jual-beli).
3. Hukum Riba
Hukum riba dalam
Islam telah ditetapkan dengan jelas, yakni dilarang dan termasuk dari salah
satu perbuatan yang diharamkan. Namun proses pelarangan riba dalam al Quran
tidak diturunkan oleh Allah SWT sekaligus, melainkan diturunkan dalam empat
tahap[9].
1. Allah memberikan pengertian bahawa
riba tidak akan menambah kebaikan di sisi Allah SWT. Allah berfirman :
Arrum Ayat 39
2. Allah SWT memberikan gambaran siksa
bagi yahudi dengan salah satu karaktornya suka memakan riba.
(Surah 4, An Nisa’ : ayat 160-161)
3. Allah melarang memakan riba yang
berlipat ganda
(Surah 3, Ali Imran : ayat 130)
4. Allah melarang dengan keras dan tegas
semua jenis riba.
(Surah 2, Al Baqarah : ayat 278-279)
Untuk lebih
memperjelas keharaman riba, Rasulullah SAW juga menjelaskan dan beberapa hadits
di antaranya[10]:
Ertinya : Daripada
Jabir ia berkata Rasulullah SAW mengutuk orang yang menerima riba, orang yang
membayarnya dan orang yang mencatatnya, dan dua orang saksinya, kemudian beliau
bersabda mereka itu semuanya sama.
( HR. Muslim)
hadis
Hakim meriwayatkan
daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya nabi saw telah bersabda :
“Riba
itu mempunyai 73 tingkatan, yang paling rendah (dosanya) sama dengan seseorang
yang berzina dengan ibunya.”
(HR. Mutafaqun Alaihi)[11].
Bahkan dalam suatu
hadis dinyatakan bahawa dosa orang yang mengerjakan riba lebih besar beberapa
kali lipat daripada dosa orang yang berzina. Hal ini didasari oleh logik bahawa
zina biasanya terjadi akibat gejolak syahwat yang tidak tertahan dan dilakukan
tanpa fikir panjang, sementara praktik riba dilakukan dengan pertimbangan yang
matang, jelas dan telaten[12].
Hakikat larangan
tersebut tegas, mutlak, dan tidak mengendung perdebatan. Tidak ada ruang untuk
mengatakan bahawa riba mengacu sekadar pada pinjaman dan bukan bunga, kerana
Nabi melarang mengambil, meskipun kecil, pemberian jasa atau kebaikan sebagai
syarat pinjaman, sebagai tambahan dari wang pokok.
Larangan bunga ini
tidak hanya berlaku dalam agama Islam tetapi dalam agama non Islampun juga
dilarang. Seperti halnya orang-orang Yahudi yang dilarang mempraktikkan riba.
Pelarangan dimaksud banyak terdapat dalam kitab suci mereka, baik dalam
perjanjian lama (oldtestament). Mahupun undang-undang talmud. Dalam
Agama Kristian kitab perjanjian baru tidak menyebutkan permasalahan ini dengan
jelas. Namun, sebahagian kalangan kristiani menganggap bahawa ayat yang
terdapat dalam Lukas 6 : 34-5 sebagai ayat yang mengecam praktik pengambilan
bunga. Disamping itu, para pendeta Agama kristian pada awal abad I – XII M.
Juga berpandangan bahawa pengambilan bunga dilarang oleh ajaran agama.
Dalam kalangan Yunani
dan Romawi sejak abad 6 SM. Hingga 1 M. Telah terdapat beberapa jenis bunga.
Meskipun demikian, praktik pengambilan bunga dicela oleh para ahli filsafat.
Dua orang ahli filsafat yunani terkemuka, plato (427-347 SM) dan Aristoteles
(384-322 SM), mengancam praktik bunga. Begitu juga dengan Cato (234-149 SM) dan
Cicero (106-43 SM). Para ahli filsafat tersebut mengutuk orang-orang romawi
yang mempraktikkan pengambilan bunga[13].
Dari sedikit huraian
di atas dapat ditarik kesimpulan bahawa apapun bentuk riba mahupun bunga
dilarang secara mutlak oleh semua Agama, terutama Agama-Agama samawi. Hal ini
dikeranakan dampak yang dikeranakan oleh adanya riba atau bunga tersebut
dipandang merugikan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan