Apa itu riba? Jawabnya: Riba adalah beberapa jenis transaksi yang diharamkan
dalam islam. Berbagai jenis riba yang diharamkan itu telah merajalela di tengah masyarakat
kita. Antara satu jenis riba dengan jenis yang lain kadang terlihat
sangat berbeza. Oleh kerana itu, sulit bagi kita untuk merangkum berbagai jenis
riba tersebut dalam
sebuah definisi yang pas. Maka, dari pada kita menghabiskan tempat untuk
berpayah-payah mencari definisi
riba, lebih baik kita langsung bicara tentang contoh konkret dari jenis-jenis riba yang ada.
Jenis-Jenis Riba
Majoriti ulama menyatakan bahawa riba boleh terjadi dalam
dua hal, iaitu dalam hutang (dain) dan dalam transaksi jual-beli (bai’).
Keduanya biasa disebut dengan istilah riba hutang (riba duyun)dan riba
jual-beli (riba buyu’). Mari kita tinjau satu persatu:
Riba Dalam Hutang
Dikenal dengan istilah riba
duyun, iaitu manfaat tambahan terhadap hutang. Riba ini terjadi dalam
transaksi hutang-piutang (qardh) ataupun dalam transaksi tak tunai
selain qardh, semisal
transaksi jual-beli kredit (bai’ muajjal). Perbezaan antara hutang yang
muncul kerana qardh dengan hutang kerana jual-beli adalah
asal akadnya. Hutang qardh muncul kerana semata-mata akad hutang-piutang,
iaitu meminjam harta orang lain untuk dihabiskan lalu diganti pada waktu lain.
Sedangkan hutang dalam jual-beli muncul kerana harga yang belum diserahkan pada
saat transaksi, baik sebahagian atau keseluruhan.
Contoh riba dalam hutang-piutang (riba qardh),
misalnya, jika si A mengajukan hutang sebesar Rp. 20 juta kepada si B dengan
tempoh satu tahun. Sejak awal keduanya telah menyepakati bahawa si A wajib
mengembalikan hutang ditambah bunga 15%, maka tambahan 15% tersebut merupakan
riba yang diharamkan.
Termasuk riba
duyun adalah, jika kedua belah pihak menyepakati ketentuan apabila
pihak yang berhutang mengembalikan hutangnya tepat waktu maka dia tidak dikenai
tambahan, namun jika dia tidak mampu mengembalikan hutangnya tepat waktu maka
tempohnya diperpanjang dan dikenakan tambahan atau denda atas hutangnya
tersebut. Contoh yang kedua inilah yang secara khusus disebut riba jahiliyah kerana banyak dipraktikkan pada
zaman pra-Islam, meski asalnya merupakan transaksi qardh (hutang-piutang).
Sementara riba hutang yang muncul dalam selain qardh (pinjam) contohnya adalah apabila si X
membeli motor kepada Y secara tidak tunai dengan ketentuan harus lunas dalam
tiga tahun. Jika dalam tiga tahun tidak berhasil dilunasi maka tempoh akan
diperpanjang dan si X dikenai denda berupa tambahan sebesar 5%, misalnya.
Perlu diketahui bahawa dalam konteks hutang, riba atau
tambahan diharamkan secara mutlak tanpa melihat jenis barang yang dihutang.
Maka, riba jenis ini boleh terjadi pada segala macam barang. Jika si A berhutang
dua liter bensin kepada si B, kemudian disyaratkan adanya penambahan satu liter
dalam pengembaliannya, maka tambahan tersebut adalah riba yang diharamkan.
Demikian pula jika si A berhutang 10 kg buah epal kepada si B, jika disyaratkan
adanya tambahan pengembalian sebesar 1kg, maka tambahan tersebut merupakan riba
yang diharamkan.
Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya menyatakan, “kaum
muslimin telah bersepakat berdasarkan riwayat yang mereka nukil dari Nabi
mereka (saw) bahawa disyaratkannya tambahan dalam hutang-piutang adalah riba,
meski hanya berupa segenggam makanan ternak.”
Bahkan, majoriti ulama menyatakan jika ada syarat bahawa
orang yang berhutang harus memberi hadiah atau jasa tertentu kepada si pemberi hutang,
maka hadiah dan jasa tersebut tergolong riba, sesuai kaedah, “setiap qardh yang menarik manfaat maka ia adalah
riba.” Sebagai contoh, apabila si B bersedia memberi pinjaman wang kepada si A
dengan syarat si A harus meminjamkan kendaraannya kepada si B selama satu
bulan, maka manfaat yang dinikmati si B itu merupakan riba.
Riba Dalam Jual-beli
Dalam jual-beli, terdapat dua jenis riba, yakni riba fadhl dan riba
nasi’ah. Keduanya akan kita kenal lewat contoh-contoh yang nanti akan kita
tampilkan.
Berbeza dengan riba dalam hutang (dain) yang
boleh terjadi dalam segala macam barang, riba dalam jual-beli tidak terjadi
kecuali dalam transaksi enam barang tertentu yang disebutkan oleh Rasulullah
saw. Rasulullah saw bersabda:
“Jika
emas ditukar dengan emas, perak ditukar dengan perak, bur (gandum) ditukar
dengan bur, sya’ir (jewawut, salah satu jenis gandum) ditukar dengan sya’ir,
kurma ditukar dengan kurma, dan garam ditukar dengan garam, maka jumlah
(takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa
menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang
mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.”
(HR. Muslim no. 1584)
Dalam riwayat lain dikatakan:
“Emas
ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, jewawut dengan
jewawut, kurma dengan kurma, garam dengan garam, harus semisal dengan semisal,
sama dengan sama (sama beratnya/takarannya), dan dari tangan ke tangan
(kontan). Maka jika berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka kamu asalkan dari
tangan ke tangan (kontan).”
(HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532; Abu Daud
III/248).
Ada beberapa poin yang boleh kita ambil dari hadits di
atas:
Pertama, Rasulullah saw dalam kedua hadits di
atas secara khusus hanya menyebutkan enam komoditi saja, iaitu: emas, perak,
gandum, jewawut, kurma dan garam. Maka ketentuan/larangan dalam hadits tersebut
hanya berlaku pada keenam komoditi ini saja tanpa bpleh diqiyaskan/dianalogkan
kepada komoditi yang lain. Selanjutnya, keenam komoditi ini kita sebut sebagai barang-barang
ribawi.
Kedua, Setiap pertukaran sejenis dari keenam barang
ribawi, seperti emas
ditukar dengan emas atau garam ditukar dengan garam, maka terdapat dua
ketentuan yang harus dipenuhi, iaitu: pertama takaran atau timbangan keduanya
harus sama; dan kedua keduanya harus diserahkan saat
transaksi secara tunai/kontan.
Berdasarkan ketentuan di atas, kita tidak boleh menukar
kalung emas seberat 10 gram dengan gelang emas seberat 5 gram, meski nilai seni
dari gelang tersebut dua kali lipat lebih tinggi dari nilai kalungnya. Kita
juga tidak boleh menukar 10 kg kurma kualiti buruk dengan 5 kg kurma kualiti
bagus, kerana pertukaran kurma dengan kurma harus setakar atau setimbang. Jika
tidak setimbang atau setakaran, maka terjadi riba, yang disebut riba fadhl.
Disamping harus sama, pertukaran sejenis dari barang-barang
ribawi harus
dilaksanakan dengan tunai/kontan. Jika salah satu pihak tidak menyerahkan
barang secara tunai, meskipun timbangan dan takarannya sama, maka hukumnya
haram, dan praktik ini tergolong riba
nasi’ah atau ada sebagian
ulama yang secara khusus menamai penundaan penyerahan barang
ribawi ini dengan
sebutan riba yad.
Ketiga, Pertukaran tak sejenis di
antara keenam barang ribawi tersebut hukumnya boleh dilakukan
dengan berat atau ukuran yang berbeza, asalkan tunai. Ertinya, kita boleh
menukar 5 gram emas dengan 20 gram perak atau dengan 30 gram perak sesuai
kerelaan keduabelah pihak. Kita juga boleh menukar 10 kg kurma dengan 20 kg
gandum atau dengan 25 kg gandum, sesuai kerelaan masing-masing. Itu semua boleh
asalkan tunai alias kedua belah pihak menyerahkan barang pada saat transaksi.
Jika salah satu pihak menunda penyerahan barangnya, maka transaksi itu tidak
boleh dilakukan. Para ulama menggolongkan praktik penundaan penyerahan barang
ribawi ini ke dalam
jenis riba nasi’ah tapi ada pula ulama yang
memasukkannya dalam kategori sendiri dengan nama riba yad.
Keempat, Jika barang ribawi ditukar dengan selain barang
ribawi, seperti perak ditukar dengan ke kayu, maka dalam hal
ini tidak disyaratkan harus setimbang dan tidak disyaratkan pula harus kontan kerana
kayu bukan termasuk barang ribawi.
Kelima, Selain keenam barang-barang
ribawi di atas, maka
kita boleh menukarkannya satu sama lain meski dengan ukuran/kuantiti yang tidak
sama, dan kita juga boleh menukar-nukarkannya secara tidak tunai. Sebagai
contoh, kita boleh menukar 10 buah kelapa dengan 3 kg kedlai secara tidak
kontan kerana kelapa dan kedlai bukan barang ribawi.
Memahami Riba Fadhl dan Riba Nasi’ah
Fadhl secara bahasa bererti
tambahan atau kelebihan. Sedangkan nasii’ah secara bahasa maknanya adalah
penundaan atau penangguhan.
Nah, sekarang mari kita mencuba untuk memahami apa yang
dimaksudkan oleh para ulama dengan istilah riba fadhl dan riba
nasi’ah, meskipun sebenarnya, setelah kita memahami fakta tentang
jenis-jenis riba, bukan suatu hal yang wajib untuk mengenal nama-namanya.
Hanya saja, kerana istilah riba fadhl dan nasi’ah ini sangat sering kita baca atau
kita dengar, maka kita akan menemukan kesulitan untuk memahami tulisan atau
pembicaraan yang mengandung kedua istilah tersebut.
Silakan cermati kembali poin dua dan poin tiga pada
penjelasan hadits yang baru saja kita lewati, setelah itu in sya allah kita boleh memahami apa yang disebut
dengan riba fadhl dan riba
nasi’ah. Riba fadhl adalah tambahan kuantiti yang terjadi
pada pertukaran antara barang-barang ribawi yang sejenis, seperti emas 5 gram
ditukar dengan emas 5,5 gram. Sedangkan riba
nasi’ah adalah riba yang
terjadi kerana penundaan, sebab, nasi’ah sendiri maknanya adalah penundaan atau
penangguhan.
Semua riba hutang (riba duyun) yang telah kita
bahas sebelumnya tergolong riba nasi’ah,
kerana semuanya muncul akibat tempoh. Dalam konteks hutang, riba nasi’ah berupa tambahan sebagai kompensasi
atas tambahan tempoh yang diberikan. contohnya hutang dengan tempoh satu tahun
tidak berhasil dilunasi sehingga dikenakan tambahan hutang sebesar 15%,
misalnya. Maka, tambahan 15% ini merupakan riba
nasi’ah. Juga dalam riba
qardh di mana keberadaan
tambahan telah disepakati sejak awal, semisal ada ketentuan untuk mengembalikan
hutang sebesar 115%. Ini juga termasuk riba nasi’ah (meski sebagian ulama ada yang
memasukkannya dalam ketegori riba
fadhl ditinjau dari segi bahawa
ia merupakan pertukaran barang sejenis dengan penambahan).
Sementara itu, dalam konteks jual-beli barang ribawi, riba nasi’ah tidak berupa tambahan, melainkan
semata dalam bentuk penundaan penyerahan barang ribawi yang sebenarnya
disyaratkan harus tunai itu, baik keduanya sejenis mahupun berbeza jenis.
Contohnya seperti membeli emas menggunakan perak secara tempoh, atau membeli
perak dengan perak secara tempoh. Praktik tersebut tidak boleh dilakukan kerana
emas dan perak merupakan barang ribawi yang jika ditukar dengan sesama barang
ribawi disyaratkan harus kontan. Itulah mengapa, pertukaran barang ribawi
secara tidak tunai digolongkan ke dalam riba nasi’ah.
Sebahagian ulama menyebut penyerahan tertunda dalam pertukaran sesama barang
ribawi ini dengan istilah khusus, yakni riba
yad.
Kesimpulan
Riba boleh terdapat dalam hutang dan transaksi jual-beli.
Riba dalam hutang adalah tambahan atas hutang, baik yang
disepakati sejak awal ataupun yang ditambahkan sebagai denda atas pelunasan
yang tertunda. Riba hutang ini boleh terjadi dalam qardh (pinjam/hutang-piutang) ataupun selain
qardh, seperti jual-beli kredit. Semua bentuk riba dalam hutang tergolong riba nasi’ah kerana muncul akibat tempoh
(penundaan).
Riba dalam jual beli terjadi kerana pertukaran tidak seimbang di
antara barang ribawi yang sejenis (seperti emas 5 gram ditukar dengan emas 5,5
gram). Jenis ini yang disebut sebagai riba fadhl.
Riba dalam jual-beli juga terjadi kerana pertukaran antara
barang ribawi yang tidak kontan, seperti emas ditukar dengan perak secara
kredit. Praktik ini digolongkan ke dalam riba
nasi’ah atau secara khusus
disebut dengan istilah riba
yad.
Wallahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan