Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 28 Mei 2014

R 57 : KITA SENTIASA BERALASAN

Pada hari Kiamat nanti, Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia, iaitu:

1. Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.”Firman Allah swt kepadanya,

“Kekayaanmu tidaklah setanding degan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa mengingati Aku.”

2. Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah swt kepadanya,

“UtusanKu yang bernama Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu.”

3. Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menybabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.”Firman Allah swt kepadanya,

“Kemiskinan yang kamu rasai tidak semiskin sebagaimana seorang utusanku iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepadaKu.”

4. Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu.” Firman Allah kepadanya,


“Penyakitmu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan  namaKu.”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan