HAARP
Gempa
bumi. Banjir. Tsunami. Hujan.
Bagaimana
sekiranya anda boleh mengawal cuaca dunia seperti yang di atas? Bukan sahaja
anda dapat mengawal cuaca tersebut, malah anda dengan tepat boleh mengawal
bila, di mana dan bagaimana besar impaknya ke atas penduduk bumi secara amnya
dan penduduk sesebuah negara itu secara khususnya.
Bagaimana
jika aku katakan gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala richter yang menggegarkan
Jepun dan menyebabkan tsunami pada 11 Mac 2011 yang lepas adalah perbuatan
manusia itu sendiri? Bagaimana pula jika dengan ekstremnya aku menyatakan hujan
yang turun adalah dari perbuatan manusia itu sendiri? Mustahil bukan?
Hakikatnya tidak mustahil bagi manusia yang sememangnya gila akan kuasa
sehinggakan cuaca dunia pun mahu dikawalnya.
Mungkin
akan kedengaran suara sumbang yang bakal menyangkal konspirasi ini kerana
kalimah Allah ‘kun-fa-ya-kun’ -’ jadi, maka jadilah ia’. Pada aku, memang benar
tsunami yang melanda negara matahari terbit pada waktu itu adalah ‘kun-fa-ya-kun’
Allah tetapi ‘kun-fa-ya-kun’ yang menyatakan itu adalah dari perbuatan manusia
itu sendiri dengan berbekalkan teknologi HAARP yang berada di dalam tangan
orang-orang tertentu dengan propaganda mereka yang tertentu untuk kalian
fikirkan.
Apakah
itu HAARP? Siapakah empunya HAARP ini? Bilakah bermulanya projek HAARP ini? Di
manakah terletaknya senjata canggih serba moden ini? Bagaimanakah fungsi HAARP
ini sehinggakan cuaca dunia boleh diubah sesuka-hati? Mungkinkah ada kaitannya
HAARP ini dengan Dajjal?
APAKAH
HAARP?
HAARP
adalah ringkasan daripada High-Frequency Active Auroral Research
Project.
HAARP di Alaska
Ianya
adalah satu program penyelidikan ionosfera yang dibiayai bersama oleh Tentera Udara AS, Tentera
Laut Amerika Syarikat (AS), Universiti Alaska, dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
HAARP
terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Lebih tepatnya lagi HAARP berada di
Gakona, Alaska (latitude : 62.39, longitude : 145,15) yang terletak di barat
Taman Nasional Wrangell-Saint Elias.
Kerja
Stesen HAARP bermula pada tahun 1993. Kerja semasa IRI telah siap pada tahun
2007, dan kontraktor utama adalah BAE Systems Advanced Technologies. Pada 2008,
HAARP telah menelan belanja sekitar AS $ 250 juta dalam kos pembinaan.
Operasinya dibiayai oleh cukai dan dibina oleh BAE Advanced Technologies (BAEAT).
Walaupun
HAARP ini didakwa hanya berfungsi untuk menganalisis ionosfera dan
mengenalpasti potensi untuk membangunkan teknologi peningkatan ionosfera untuk
komunikasi dan pengawasan, para pemerhati dan spekulator sememangnya 110% tidak
pernah bersetuju dengan operasi yang mereka dakwa mereka jalankan.
Sekiranya
HAARP ini adalah satu kajian untuk menganalisis ionosfera, mengapa HAARP ini
perlu berada di bawah kawalan dan pengawasan Tentera Udara AS, Tentera Laut
Amerika AS dan DARPA? Mengapa bukan di bawah kawalan dan pengawasan
sebuah badan tertentu yang terkecuali daripada badan-badan ketenteraan
tersebut? Ternyata, mereka mempunyai agenda yang tersembunyi di dalam
menjayakan New World
Order atau One
World Government yang fasa pertamanya telah bermula pada tahun
1990.
Pada
asasnya, HAARP diambil dari sebuah model alat pengesan minyak mentah di bawah
laut. Apabila satu gelombang dipancarkan ke dasar laut dan satu bunyi yang
tertentu yang dikenali sebagai note dipantulkan
kembali ke atas, para peneroka laut dapat mengetahui apakah yang berada di
dasar laut itu seperti minyak mentah dll. Perkara sedemikian dapat dicapai
dengan hanya menggunakan gelombang yang sangat kecil dan sama sekali tidak mengganggu
persekitaran di bawah laut.
Antenna IRI HAARP
Berlainan
pula dengan HAARP. Yang mana model alat pengesan minyak mentah tadi diolah
menjadi sebuah alat penembak angkasa dengan menggunakan gelombang frekuensi
radio rendah mahupun tinggi. Sejumlah 180 antenna IRI yang mampu mengeluarkan
gelombang frekuensi radio antara 2.8Mhz hingga 10Mhz. Kalian buatlah perkiraan
sendiri berapa besar gelombang yang dapat dihasilkan apabila antenna itu
dihidupkan untuk berfungsi pada frekuensi tertinggi dan didarab dengan 180 buah
antenna.
BAGAIMANA
HAARP BERFUNGSI?
Gambaran ringkas bagaimana HAARP
berfungsi
Gelombang
yang dijana dari stesen HAARP akan dipancarkan ke bahagian yang tertentu pada
bahagian ionosfera di mana-mana bahagian di dalam dunia. Gelombang tersebut
seterusnya akan mengganggu kestabilan ionosfera dan menyebabkan akan berlakunya
penolakan ke arah luar bumi. Lapisan ionosfera yang terganggu tadi secara
semulajadinya akan kembali ke keadaan asal. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya satu penolakan gelombang semula ke muka bumi. Gelombang inilah yang
akan menyebabkan kerosakan ke atas muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami,
gempa bumi dll.
Sekiranya
mereka ingin membentuk tsunami seperti yang berlaku di Jepun, mereka hanya
perlu halakan gelombang tersebut ke arah laut kerana gelombang tersebut akan
membelah permukaan laut dan seterusnya menyebabkan gempa di bawah laut. Maka
terhasillah tsunami. Bagi menghasilkan bencana alam atau cuaca yang mereka
ingini, mereka hanya perlu menggunakan frekuensi yang berlainan dan memancarnya
ke arah ionosfera pada tempoh yang tertentu bagi mendapatkan impak yang mereka
ingini. Mudah, bukan?
TSUNAMI
Siapa
boleh melupakan tsunami yang melanda negara Jepun pada 11 Mac 2011? Seluruh
dunia menyaksikan bagaimana sebelah timur Jepun dimamah lautan yang datang
meluru ke arah mereka dan penduduk tempatan hanya mampu melihat harta benda
mereka dimusnahkan sekelip mata. Bagaimana jika aku katakan tsunami tersebut
adalah satu perbuatan laknat yang dirancang dan moderatornya adalah HAARP ini
sendiri?
Untuk
pengetahuan kalian, HAARP di Genoa, Alaska memiliki website mereka
sendiri dan di situ terdapat pengkalan data bila mana HAARP ini dihidupkan.
Dari pengkalan data itulah aku membentuk sebuah unjuran yang tidak seberapa
bagi menunjukkan stesen itu tidak berapa aktif beberapa hari sebelum 11 Mac
2011. Tetapi 48 jam sebelum tsunami Jepun, stesen ini mula beroperasi secara
aktif dengan melancarkan gelombang secara konsisten.
Unjuran data operasi stesen HAARP pada
Mac 2011 (sila klik rajah di atas untuk lebih jelas)
Sekiranya
anda percaya bahawa unjuran ini aku sengaja ada-adakan, kalian sendiri boleh
ke website tersebut
di sini dan klik pada
bahagian inductionmagnetometer yang
datanya sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sama ada stesen ini
beroperasi ataupun tidak dan aku percaya kalian anda dapati data yang
dilihat seperti di atas, masih lagi berada di sana.
Sekiranya
kalian mempunyai tahap ingin tahu yang cukup tinggi, aku percaya kalian akan
mencari semula pengkalan data bagi kes-kes tsunami yang berlaku seperti di Aceh
(2006), China (2008) dan Haiti (2010).
Kata-kata
pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP
dengan gempa bumi
Haiti 2010 langsung tidak dijawab oleh Barack Obama.
Begitu juga kritikan daripada media dan saintis daripada China yang mendakwa
HAARP telah mencetus gempa bumi yang kuat di Sichuan, China pada 2008. Antara percaya
atau tidak, nama-nama besar seperti Hugo Chavez sendiri telah percaya Amerika
Syarikat sedang berusaha mewujudkan satu teknologi yang sangat memberhaya
kepada umat manusia seluruh dunia.
MEMPENGARUHI PEMIKIRAN MANUSIA
Konspirator
juga percaya HAARP juga boleh digunakan sebagai senjata bagi memanipulasi
pemikiran manusia dengan mengirimkan extremely low frequency (ELF)
radiation ke otak manusia, HAARP dikatakan boleh mengawal
emosi dan perasaan manusia. Untuk lebih jelasnya, lihat teori di bawah:
Pada
dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 pulse/sec-nya. Dan dalam
putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.
·
Delta (1-4/sec), Keadaan tidur
·
Theta (4-7/sec), Keadaan mengantuk atau baru
bangun
·
Alpha (7-12/sec), Keadaan Normal dan belajar
·
Beta (tak terhitung), Keadaan Marah atau
sedang dalam emosi yang tinggi
Keupayaan
stesen HAARP bagi menggunakan gelombang berfrekuensi rendah masih lagi di bawah
pengawasan para pemerhati dan mereka percaya dalang-dalang di sebaliknya
mempunyai misi dan visi yang tersendiri.
Pada
hemat aku, Illuminati, Secret
Societies dan Freemason adalah di antara dalang yang dikatakan
mempunyai minat yang mendalam dalam minda kawalan ini kerana mereka ingin
mewujudkan sebuah dunia tanpa Tuhan dan mempercayai akan kehadiran Dajjal (The False Messiah) adalah
penyelamat sebenar.
Mengapa
aku katakan mereka-mereka seperti yang di atas? Kerana mereka adalah penyembah
syaitan laknatullah dan syaitan itu sememangnya ingin membawa bersama umat
manusia seluruhnya ke dalam neraka Jahanam. Aku percaya, syaitan telah menyuruh
mereka buat segala sesuatu yang berada di dalam dunia pada waktu ini dengan
memberi jaminan kepada penyembahnya bahawa mereka akan memperoleh kekayaan,
kuasa dan pengawalan sepenuhnya ke atas manusia di dalam dunia ini.
Wallahu’alam.
Bagaimana
mereka ingin membuat manusia percaya bahawa penyelamat palsu itu adalah
penyelamat sebenar?
Di
sinilah Project Blue Beam memainkan peranannya.
BLUE
BEAM PROJECT
Blue
Beam Project adalah projek rahsia yang melibatkan
NASA dan Perikatan Bangsa-Bangsa. Terdiri dari sebuah rencana yang melibatkan
empat langkah untuk menciptakan sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua
Jesus/Isa A.S ke bumi” (second
coming of Jesus/Isa A.S) untuk mendirikan sebuah “satu
agama dunia” yang
dikendalikan oleh New World Order.
Pertama kali dilaporkan ke pengetahuan awam pada tahun 1994 oleh Serge
Monast, seorang wartawan Kanada.
Serge
Monast dan teman wartawannya, meneliti Blue Beam Project,
meninggal kerana “serangan jantung” dalam selang beberapa minggu antara satu
sama lain, meskipun keduanya tidak memiliki catatan memiliki penyakit jantung.
Ketika itu Serge sedang berada di Kanada dan rakan wartawan Kanada beliau
sedang berkunjung Ireland.
Sebelum
kematiannya, pemerintah Kanada menculik anak perempuan Serge dalam usaha
mencegahnya untuk terus melakukan penelitian ke atas Project
Blue Beam. Sehingga kini, anak perempuannya tidak pernah kembali.
Persoalannya,
adakah Serge Monast tahu terlalu banyak mengenai sesuatu yang beliau dan dunia
tidak patut tahu sehingga mulut beliau terpaksa ditutup dengan cara
membunuhnya? Sudah pasti ada sesuatu yang ‘mereka’ ingin sembunyikan dari
pengetahuan umum.
Blue
Beam Project adalah projek rahsia NASA, di mana
dengan menggunakan teknologi canggih seperti HAARP dengan alat ini
mereka akan menciptakan sandiwara
yang sangat canggih untuk menipu umat dunia.
Mereka
akan mensimulasikan turunnya Jesus/Isa A.S ke bumi, tapi sebelum itu mereka
juga akan mensimulasikan serangan UFO ke bumi terlebih dahulu dengan
bertujuan membuat masyarakat ketakutan sehingga mereka amat mengharapkan
seorang penolong. Di sinilah penyelamat palsu akan turun (Dajjal) dan akan
berpura-pura menjadi penyelamat mereka.
Dajjal
akan menyuruh manusia untuk bersatu menjadi satu pemerintahan (One World Government). Dajjal
seterusnya akan mengaku sebagai Messiah, dan mengakui dirinya sebagai Tuhan dan
menyuruh manusia untuk menyembahnya(One
World Religion)
Ditambah
pula dengan teknologi HAARP yang boleh mengawal pemikiran, emosi dan
perasaan manusia, sehingga seakan-akan manusia di seluruh dunia merasa sedang
berhadapan langsung dengan Tuhannya.
Seperti
sebuah cerita dongeng bukan? Tetapi memang itulah yang mereka harapkan dengan
meyakinkan umat manusia bahawa senario itu benar-benar terjadi. Walhal itu
semua hanyalah satu pembohongan dan keadaan yang hanya direka semata-mata.
Salah satu cara bagi memastikan kejayaan semua program dari golongan hitam
selama ini adalah; membuat seakan-akan semua itu tidak mungkin dan hanya
angan-angan kosong, baik di bidang ekonomi, politik, ideologi, sosial, budaya
dan pertahanan serta keamanan. Tetapi lihatlah, hampir kesemua program dan
projeknya untuk mengambil-alih dunia hampir berjaya dan hampir ke
penghujungnya.
Yang
mana pada penghujungnya, kesemua umat Islam tahu bahawa negara haram Israel
akan menjadi negara dominan di dalam dunia sekali lagi selepas zaman Nabi
Sulaiman a.s. Bukan lagi England, bukan lagi Amerika Syarikat. Lihat sahaja apa
yang berlaku di sekeliling tanah Arab pada waktu ini. Bermula di Tunisia dan
kini di Syria. Satu persatu akan dijatuhkan bagi membolehkan negara haram
Israel bangun sebagai kuasa besar dunia.
KESIMPULAN
Bagi
yang merasa hairan apakah hubungannya antara Dajjal, HAARP dan Blue
Beam Project? Semua ini adalah agenda bagi menjayakan
pembentukan New World
Order. Di mana pelaksana agenda ini adalah orang-orang yang
menyembah iblis/Lucifer.
Dan
Iblis mempersiapkan rencananya dengan baik untuk menyesatkan manusia dengan
bekerjasama dengan para pemujanya, iaitu dengan mempersiapkan kedatangan
Dajjal/Anti-Christ di muka bumi agar semua manusia tidak
menyembah Allah tapi menyembah sang Dajjal.
“Ya
Allah Ya Tuhanku. Engkau lindungilah aku, ahli keluargaku, saudara-maraku,
sahabat-handaiku, kawan-kawanku, serta semua muslimin dan muslimat di dalam
dunia Mu ini daripada fitnah semasa kami hidup, daripada fitnah sesudah kami
mati, lindungilah diri kami dari seksa api neraka Jahanam Mu, Ya Allah dan
Engkau lindungilah kami dari fitnah Dajjal.”
Pergerakan paksi bumi yang tersasar jauh sekarang ini akan menyebabkan perubahan iklim dunia dan mungkin juga kemarau dan kematian haiwan ternak dan tanam-tanaman. Projek HAARP dan sebagainya puak dajjal ni adalah sebagai persediaan mereka untuk menghadapi keadaaan getir tersebut dan secara tak langsung menyebabkan kuasa di tangan mereka lantaran kebanyakan kita yang bodoh dan asik bertelagah. Namun Rasul telah mengajarkan kita cara-cara untuk menghadapi dajjal seperti amalan surah al kahfi dan berzikir untuk menahan kebuluran. Teknologi ciptaan dajjal telah banyak membantu manusia di zaman moden hingga menggugat iman kita dan merasa ajaran Al Quran tidak lagi rasional. Orang sekarang tak takut dah nak sentuh anjing atau babi sebab teknologi dajjal dah ada macm-macam vaksin. Tak perlu nak basuh 7 kali. Orang yang berzina dah tak perlu takut dengan kelahiran anak-ank zina yang merosakkan sistem sosial sebab dah ada pil perancang dsbnya. jadi sekarang ni kita jangan buat benda yang Allah tak suka, yang Allah murka. Itu aje sebabnya. Nak kata penyakit ke, apa ke, dah tak relevan sebab teknologi dajjal dah buat orang gelakkan Rasul.
BalasPadam