Ketika
musim banjir, pakcik Ismail membuat baju dan mendermakan baju untuk didermakan
pada mangsa banjir. Satu hari ketika pulang daripada membungkus baju kepada
mangsa banjir di masjid, Pakcik Ismail mendapati kaca mata beliau kehilangan.
Pakcik
Ismail memikirkan balik ke mana hilangnya kaca mata baru beliau. Rupa-rupanya
ia terjatuh ke dalam salah satu bakul baju untuk didermakan ke Pahang.
Pakcik Ismail merasa sedih kerana kaca mata baru itu adalah hadiah pertama daripada anak sulungnya yang baru bekerja. Beliau merasa kecewa kerana menghilangkan hadiah dan terpaksa membuat kaca mata yang baru.
Pakcik Ismail merasa sedih kerana kaca mata baru itu adalah hadiah pertama daripada anak sulungnya yang baru bekerja. Beliau merasa kecewa kerana menghilangkan hadiah dan terpaksa membuat kaca mata yang baru.
"Mengapa
layan saya begitu, Ya Allah? Saya dah bantu membantu, mengapa hilangkan benda
terpenting saya?" rungut Pakcik Ismail di hati.
Setelah
enam bulan daripada peristiwa tersebut, pakcik Ismail kebetulan melawat
masjid-masjid yang menerima bantuan banjir.
Seorang
pakcik tua sedang memberikan ucapan penghargaaan kepada mereka yang mendermakan
bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
“Ketika
itu saya cuba membawa cucu ke atas bot, terdapat satu ombak melanggar saya dan
cermin mata saya terjatuh ke dalam air. Saya tidak dapat mencari kerana air
deras. Ketika itu, saya cemas memikirkan bagaimana saya hendak melalui
saat-saat derita ini, kerana tanpa cermin mata saya, saya cepat sakit kepala.
Di kawasan kita, kedai cermin mata pun kena banjir.
Setibanya
di masjid ini, saya dan anak saya membuka kotak baju derma. Tergamam saya
melihat ada sepasang cermin mata di dalamnya. Power ia sama dengan power cermin
mata saya. Saya cukup bersyukur pada mereka yang mendermakan cermin mata itu,
dan pada Allah yang menjawab doa saya,” kata atuk itu.
Ahli-ahli
masjid yang mendengar terkejut dengan kata-kata atuk kerana ketika menyediakan
bantuan, cermin mata bukanlah antara barangan yang diterima untuk dijadikan
derma. Dari mana datang cermin mata atuk itu?
Tapi
di tepi, mereka melihat ada seorang pakcik mengalirkan air mata.
Itu
adalah Pakcik Ismail.
“Ya
Allah, maafkan saya. Rupa-rupanya kaca mata saya tidak kehilangan, ia cuma
diberikan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Maafkan saya kerana bersangka
buruk padaMu, ya Allah,” bisik di hati pakcik Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan