Rabu, 16 April 2014

Q 2 : RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA

Sebab Dan Mengapa Riba Diharamkan?

Umum telahpun mengetahui bahawa di dalam agama Islam sendiri amat menegaskan dalam amalan riba iaitu amalan yang amat dikeji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa amalan riba itu sendiri membawa kepada maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu sendiri bahawa bunga berganda yang membebankan. 

Riba telah muncul dan bermaharajalela di kalangan masyarakat sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan bahawa penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – “membantu kemudian membunuh”.
Apabila Islam muncul, riba telah dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba ini diharamkan kerana amalan ini tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang amat melampau. Simboliknya – mengikut kemampuan semasa. 

Klasifikasi Riba:

Riba zaman jahiliah diklasifikasikan kepada dua jenis:

1. Riba Nasi’ah

Riba ini berlaku apabila seseorang penjual itu menaikkan harga sesebuah barang setelah pembeli itu gagal membayar pada tempoh yang telah ditetapkan. 

2. Riba Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang penjual itu menjual sesuatu barangan yang sejenis dengannya disusuli dengan tambahan, seperti menjual gandum dengan gandum, mata wang dengan mata wang dan lain-lain. 

Telah jelas kedua-duanya haram:

Pertama : Berlakunya penindasan terhadap satu pihak. 

Kedua : Kualiti barang tidak sama, walaupun kedua-dua jenis ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli. 

Riba Moden

Sistem Perbankan

Sistem kewangan pada masa kini yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba ialah seperti pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan, pinjaman wang, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Riba atau dipanggil faedah yang dikenakan ke atas peminjam adalah pada kadar yang tinggi, malah jika terlewat membuat sesuatu pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan maka faedah itu dengan sendirinya akan dinaikkan.
 
Insurans – Lazimnya ia adalah pembayaran pampasan kepada pemegang polisi yang akan digunakan melalui tabungan insurans yang kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham. Ini melibatkan syarikat-syarikat yang berurus niaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional yang jelas mempunyai faedah yang tertentu. 

Apakah larangan riba dipandang serius? Mengikut kajian Cyril Glasse dalam buku ensiklopedianya bahawa tidak ada mana-mana Negara Islam moden yang mengamalkan hukum larangan riba sepenuhnya. 

Begitu juga dalam dunia barat, pandangan cerdik pandai teologi mereka mengatakan riba adalah kemusnahan, malah cendekiawan klasik Aristotle suatu masa dahulu pernah mencadangkan untuk mengharamkan riba. Ini disebabkan riba dianggap sesuatu gejala yang tidak sihat. Namun kata-kata itu bagaikan angin mendesir yang hanya tersepoi lalu di pendengaran mereka sahaja. 

Apa pun alasan dan penjelasan, riba disenarai ertikan sifatnya adalah haram dalam lingkungan syariat Islam. Oleh itu orang Islam haruslah menjauhinya. 

~ Mudharabah (perkongsian keuntungan) ~Wadiah (simpanan amanah) ~Musyarakah (usaha sama) ~Murabahah (kos tambahan) ~Ijarah (pajakan)

PENGENALAN RIBA

Definisi Riba

Riba dari sudut bahasa adalah pertambahan dan peningkatan. Manakala pengertiannya dari sudut istilah tidak disepakati dan mempunyai kepelbagaian pandangan berdasarkan kefahaman dan hujah masing-masing. 
Namun demikian, pengertian riba yang paling lengkap dan tepat (jami’ dan mani’) menurut kajiandan takrifan yang seperti berikut: 
Maksudnya : ”Sebarang tambahan dalam item-item tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh.”
Ia merangkumi riba yang terhasil daripada jual beli barangan ribawi dan juga merangkumi riba yang terhasil daripada hutang. 

Hikmah di sebalik Pengharaman Riba

Islam mengharamkan riba dalam segenap aspek. Pengharaman riba termasuk di dalam kategori urusan muamalat sesame manusia. Menurut kebiasaannya, akal manusia mampu untuk mencari dan melihat sesuatu hikmah di sebalik sebarang hukum yang bersangkut paut dengan urusan muamalat. Untuk melihat serba ringkas hikmah dan objektif di sebalik pengharaman riba, di sini disertakan beberapa perkara yang dikira mampu untuk menambah kefahaman kita terhadap keburukan riba ini. Antaranya adalah:

i) Kemudaratan akhlak dan sikap

Di dalam Islam umatnya digalakkan menjaga akhlak yang baik supaya menjadi satu umat contoh yang bekerjasama serta tolong-menolong atas dasar kasih sayang dan akhlak mulia. Islam turut menyebut betapa pentingnya kasih sayang di antara sesama Muslim sehingga Rasulullah S.A.W pernah bersabda di dalam satu hadis yang mafhumnya tidak sempurna iman seseorang selagi dia belum mengasihi Muslim yang lain sebagaimana dirinya. Tatkala itu, amalan riba bercanggah dengan objektif ini. Malah ia akan meruntuhkan perasaan belas kasihan dan menyuburkan perasaan cinta harta yang keterlaluan. Jika tabiat ini dibudayakan, tentu ia akan membiakkan sikap tamak di kalangan pemilik harta dan terus menerus menindas golongan yang memerlukan. 

ii) Mengeksploitasi kesusahan pelanggan dan individu yang memerlukan

Tidak dapat dipastikan sama ada pemberi pinjaman itu adalah sebuah bank atau individu, mereka didapati mengeksploitasi kesesakan dan kesusahan pelanggannya atau sesiapa yang memerlukan. Inilah yang dikatakan bahawa riba itu itu menindas dan menekan. Ini juga boleh dilihat kepada apa yang dilakukan oleh bank-bank konvensional yang mempraktiskan apabila pelanggan gagal membayar bayaran bulanan yang ditetapkan oleh pihak bank. Waktu itu, peminjam dikehendaki membayar penalty pula. Penalti ini bersifat compounding (iaitu akan dimasukkan di dalam modal pinjaman dan berganda faedahnya). Ia adalah riba yang amat mendesak dan menindas. 

iii) Menyuburkan sikap malas bekerja dan kurang dinamik

Melalui riba ini juga secara tidak langsung mewujudkan sikap malas bekerja dengan mencari keuntungan secara jual beli yang boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara. Mereka hanya berfikir untuk mencari untung secara mudah, iaitu dengan memberi pinjaman serta mengenakan faedah. Islam tidak menerima konsep mendapat untung tanpa bekerja keras. 

iv) Kesan kemasyarakatan

Akibat riba yang berleluasa maka semakin bertambah kesan buruk akibat jurang perbezaan di antara si kaya dan si miskin. Mereka yang kaya akan terus bertambah kaya melalui cara penindasan dan tekanan kepada yang miskin. Manakala mereka yang miskin pula akan terus bertungkus-lumus bekerja dan akhirnya membuat pinjaman untuk terus hidup bagi memenuhi keperluan asas mereka. 

Atas sebab itu, para ulama Islam membahagikan risiko kepada dua jenis:

~ risiko yang diharuskan ~risiko yang diharamkan 

Perbezaan Riba dan Jualbeli

Sejak zaman Baginda Nabi SAW lagi, golongan kafir Quraisy dan munafik mempertikaikan perbezaan di antara riba dan jualbeli. Oleh yang demikian, tidak hairan jika terdapat individu pada zaman moden yang turut berfikiran seperti golongan jahiliah. 

i) Jika sekiranya riba itu haram, maka tentulah jualbeli itu juga menjadi haram. Ini kerana jual beli juga turut menghasilkan sesuatu yang lebih, iaitu modal berbanding dan margin keuntungan. Manakala bagi riba pula ialah pokok pinjaman dan kadar bunganya akan menjadi lebih tinggi. 

ii) Jika sekiranya jualbeli itu halal, pastilah riba juga wajar menjadi halal, disebabkan riba itu lebih jelas berbanding jual beli hingga jualbeli dengan riba disamakan dan bukan sebaliknya. Al-Tabari mengatakan inilah tahap yang teruk dan melampaui mereka. Sebenarnya mereka sengaja menyamakan riba dengan jualbeli untuk mengelirukan umat Islam sendiri. 

iii) Riba juga menyamai jualbeli secara muajjal (bayaran tangguh), iaitu apabila dijual satu barang dengan harga tunai sebanyak RM 100, akan menjadi sebanyak RM 150 jika bayaran bertangguh. Apabila terdapat sahaja kelewatan pada masa bayaran maka secara automatik harga akan dinaikkan. Ini disebut sebagai riba. Pertikaian ini juga diterima oleh Rashid Redha di dalam tafsirnya sehingga ia menghalalkan pertambahan bagi kedua-dua pinjaman kewangan dan juga jualbeli. Hasilnya, faedah bank bagi simpanan wang di bank-bank konvensional dianggap halal, pandangan ini juga dikongsi oleh Syeikh Abd. Wahhab Khallaf dan beberapa yang lain. Mereka menjadikan keharusan kenaikan harga pada kontrak jualbeli bertangguh sebagai hujah dan asas keharusan. 

Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba:

Barang yang sama jenis:

1) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya. 
2) Hendaklah sama dengan tunai. 
3) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad. 

Barang yang tidak sama jenis:

1) Hendaklah dengan tunai. 
2) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad. 

Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak. 

Jenis Riba

Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali membahagikan riba kepada dua (2) jenis iaitu:
a) Riba al-Fadhl
b) Riba al-Nasi’ah

Manakala mazhab Syafi’i membahagikan riba kepada tiga (3) jenis iaitu:
a) Ribaal-Fadhl
b) Riba al-Nasi’ah
c) Riba al-Yad

Riba al-Duyun (muncul daripada hutang dan pinjaman)

Riba jenis ini melihat kepada kadar lebihan faedah (riba) yang terhasil disebabkan tempoh, sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu aset. 
Riba al-Duyun terbahagi kepada dua (2) jenis:

1)Riba al-Qardh

Merupakan suatu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok di mana syarat telah diletakkan pada awal kontrak pinjaman (loan contract), yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.
 
Riba jenis ini boleh dikira sebagai riba yang paling popular berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. 

2) Riba al-jahiliah

Merupakan suatu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang melebihi jumlah hutang atau pinjaman yang telah ditetapkan dalam kadar tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Akibatnya, si pemberi pinjaman dapat mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana meminta penangguhan untuk membayar hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan. 

Riba al-Buyu’ (muncul daripada jual beli barangan ribawi)

Secara definisinya, ia adalah riba yang lahir hasil ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi, atau pertukarannya dibuat secara bertangguh. 

Riba al-Buyu’ terbahagi kepada dua (2) jenis:

Riba al-Nasak atau al-Nasiah

Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item ribawi yang sama jenis secara bertangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa)

Riba al-Fadhl

Iaitu berjualbeli atau bertukar di antara satu sama lain dua item ribawi yang sama jenis dengan kadar berat yang berbeza (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti). 

Hukuman Riba dalam Islam

i) Pemakan dan pemberi riba diperangi oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. 
ii) Kehilangan berkat harta dan kehidupan. 
iii) Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. 
iv) Lebih berat atau sama dengan 36 kali perzinaan. 
v) Salah satu daripada tujuh besar.
 
Isu berkaitan Riba

Permainan Forex dan Kaitannya dengan Riba?

Manusia pada masa kini sibuk meraih keuntungan dengan mudah melalui tanpa usaha keras hingga menghalalkan yang haram. Di sini ingin saya tegaskan bahawa individu yang sibuk meraih keuntungan melalui perniagaan mata wang atau forex trading sebenarnya adalah penyumbang-penyumbang kepada inflasi dan menambah lagi masalah money supply yang telah disebutkan kesan akibatnya. 

FATWA yang berkaitan keharusan penggunaan flat money hanya berlandaskan ‘hajjattunnazzal manzilat al-dharurat’, tiba-tiba MUNCUL individu yang mendakwa diri mereka adalah Islam dan menyalahgunakan fatwa ini untuk memuaskan ketamakan diri mereka dengan melibatkan diri dalam forex trading melalui platform pelik-pelik di internet. Ia bukan sahaja ditegah oleh undang-undang Malaysia malah juga dilarang sama sekali oleh Allah SWT dan juga hukum syarak. 

 Isu-Isu kewangan semasa

Mengapa Muslim Jauh dari Bank Islam?

1)Tolak bank Islam kerana politik kepartian. 

2)Tolak atas dasar lebih mahal. 

3)Pergi ke bank riba kerana permohonan di bank Islam ditolak. 

4)Tolak bank Islam kerana bank riba lebih mudah urusannya. 

5)Tolak bank Islam kerana kakitangannya seksi. 

Cabutan Bertuah dan Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden 

Dua Bentuk Pertandingan Berunsur Perjudian

1)Disebabkan oleh jenis permainan:Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya. 
2) Disebabkan oleh hadiahnya: Iaitu apabila hadiahnya diambil daripada kumpulan wang penyertaan semua peserta. 

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqah tersebut mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama:

~Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu. 
~Mengambil harta orang lain dalam situasi mukhatarahatau risiko sama ada akan dapat atau tidak dapat. 

Berdasarkan keputusan tersebut, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi:

i-Secara tunai iaitu berdepan. 
ii-Secara tunai melalui alat telekomunikasi. 
iii-Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM100 sebagai yuran bagi sesiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. 
iv-Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain. 

Jenis cabutan yang halal:

i-Cabutan bertuah Khas untuk Pekerja. 
ii-Cabutan pada Majlis makan malam. 
iii-Cabutan Bertuah di Pasar Raya. 

Dua Bentuk Pertandingan Berunsurkan Perjudian Tetapi Halal:

i-Mempunyai nilai di sisi Islam dan undang-undang seperti komputer, motosikal, televisyen, radio dan lain-lain. 
ii-Bukan benda yang diharamkan seperti arak, babi, bon riba dan lain-lain sepertinya. 
iii-Benda yang tidak dimiliki orang yang mencagar. 
iv-Bukan hutang orang ketiga yang belum sabit statusnya. Ertinya tidak boleh mencagarkan hutang orang lain yang belom pasti pemulangannya kepada kita sebagai cagaran untuk penjelasan hutang kita itu. 

Haram dan dosa besar mencagarkan isteri atau anak perempuan sebagaimana kes yang pernah berlaku pada zaman jahiliah silam dan moden ini. 

Had Keuntungan Dalam Islam 

Tiada dalil khusus dalam hal ini. Maksudnya sebagai contoh tiada penyataan dalam nas atau dalil yang melarang kadar untung tidak boleh melebihi 20% atau 30% daripada modal atau lain-lain peratusan. Ini kerana penetapan keuntungan akan mencongkan transaksi tersebut daripada member keadilan buat pihak yang menjual dan membeli. 
Kesimpulan
Kesimpulannya di sini adalah kita sebagai umat Islam haruslah menjauhkan diri daripada amalan riba ini. Kerana riba bukan sahaja dilarang oleh Negara bahkan ditegah oleh agama juga. Jika amalan riba tidak dibendung maka akhlak seorang muslim akan terjejas. Begitu juga ekonomi Negara yang akan terjejas. Agama Islam dan umatnya sendiri akan dipandang dari setiap aspek oleh Negara-negara bukan Islam. Oleh itu, kita haruslah mengambil tindakan yang betul untuk penambah baikkan Negara kita dan juga umat Islam itu sendiri. Jika kita mengambil tindakan yang betul, mengikut syariat yang telah ditetapkan dan juga mendapat keredhaan Allah maka in Sya Allah segala urusan kita akan dipermudahkan. Sekian sahaja yang saya dapat sampaikan. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan buruk itu adalah kesilapan saya sendiri dan hakikatnya kedua-dua itu datang daripada Allah. Assalamualaikum dan selamat beramal. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan