Ketika
Salahuddin Al Ayubbi masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak yang lain
di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari
tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi
Salahuddin dengan kedua belah tangannya.
Ayahnya
seorang lelaki yang berbadan tegap berkata;
“Aku
menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan
kanak-kanak yang lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu
adalah supaya kamu MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!”
Kemudian
ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya dan Salahuddin pun jatuh ke
tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya dan tahu bahawa anaknya itu sedang menahan
kesakitan.
Lantas
ayahnya bertanya: “Sakitkah jatuh tadi?”
Salahuddin
menjawab: “Sakit.”
Ayahnya
bertanya lagi: “Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?”
Salahuddin
membalas: “Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu
berteriak / meraung kesakitan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan