Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah
(ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang
masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi
kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya
dengan sedikit dari mata benda dunia.”
H.R.Muslim
Keterangan
Hadis ini
menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman
seseorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia
menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman
di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas
dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam
godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan
imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia
lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah,
beliau menambahkan, “kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan
ilmu.”
Mudah-mudahan
Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan
ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian
yang dahsyat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan