Selasa, 15 April 2014

P 128 : TIGA SIFAT PENGHUNI SYURGA

Muhasabah: Tanda-tanda penghuni Syurga yang disebut oleh Baginda s.a.w :-

1- Penguasa yang adil dan diberi Taufik. Mana-mana pemimpin (Waliyyul Amr) yang Allah s.w.t berkehendak kebaikan kepadanya, maka akan diberikan taufik untuk berbuat adil kepada rakyatnya, lalu pemimpin itu berbuat baik kepada mereka.

2-Seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada ahli keluarganya dan kepada sesama muslim.

3-Seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha bekerja untuk tidak meminta-minta sedangkan ia mempunyai banyak tanggungan keluarganya.

Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Iyadh bin Himar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ahli syurga itu ada tiga jenis: Penguasa yang adil dan diberi taufik, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada kerabatnya dan kepada sesama muslim, serta seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk tidak meminta-minta padahal ia mempunyai banyak keluarga.”       



   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan