Sinopsis
Akidah seorang mukmin menceritakan tentang kisah-kisah anbia dahulu kala yang hidup dalam pelbagai suasana dan persekitaran.
Di dalam ini terdapat pelbagai cerita antaranya ialah kisah Ibrahim membina bangunan Kaabah. Ibrahim telah membina Kaabah dengan pertolongan daripada anaknya Ismail. Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah di atas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Semasa Ibrahim dan Ismail hampir menyiapkan Kaabah mereka mencari batu yang sesuai untuk diletakkan di penjuru namun tidak ditemui.
Selain itu, ialah
kisah sikap syirik memasuki semenanjung Arab yang menceritakan tentang
perbuatan-perbuatan syirik yang selama ini terpaksa mereka hadapi sebelum
kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian ialah kisah Abdul Mutalib berniat
nazar untuk menyembelih salah seorang anaknya. Abdul mutalib seorang yang
berpegang pada janji dan beliau telah bernazar untuk menyembelih salah seorang
anaknya walaupun tidak sanggup. Muhammad Bin Abdullah berniaga dengan harta
Siti Khadijah menceritakan perilaku Nabi Muhammad sebagai seorang peniaga dan
kisah yang terjadi antara beliau dan Siti Khadijah.
Tuhan memelihara Muhammad
Bin Abdullah pula ialah kisah bagaimana Allah melindungi Nabi Muhammad S.A.W
daripada keburukan dan kerosakan akidah dan akhir sekali ialah Muhammad bin
Abdullah meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya. Nabi Muhammad seorang yang
bijaksana telah menyelesaikan satu masalah yang telah membawa kepada
pendamaian.
Pendahuluan
Akidahan seorang
Islam perlu dijaga dan dikut sebagai pedoman kepada orang ramai.
Islam merupkan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Berkata sayyid sabiq dalam kitabnya Aqaaid Islamiyyah bermaksud “Keimanan merupakan akidah dan pokok yang di atasnya berdiri syariat Islam dan kemudian daripada pokok tersebutlah keluarnya cabang-cabangnya, perbuatan itu merupakan syariat dan cabang-cabang yang dianggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu.” Apa yang di perkatakan oleh sayyid sabiq adalah iman merupakan asas bagi akidah dan tunjang yang kukuh dalam mengukuhkan akidah seseorang. Akidah dan syariat tidak boleh tidak, mesti dan wajib selari antara satu sama lain. Ianya saling memerlukan dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain.
Islam merupkan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Berkata sayyid sabiq dalam kitabnya Aqaaid Islamiyyah bermaksud “Keimanan merupakan akidah dan pokok yang di atasnya berdiri syariat Islam dan kemudian daripada pokok tersebutlah keluarnya cabang-cabangnya, perbuatan itu merupakan syariat dan cabang-cabang yang dianggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu.” Apa yang di perkatakan oleh sayyid sabiq adalah iman merupakan asas bagi akidah dan tunjang yang kukuh dalam mengukuhkan akidah seseorang. Akidah dan syariat tidak boleh tidak, mesti dan wajib selari antara satu sama lain. Ianya saling memerlukan dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain.
Firman Allah : “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki mahupun perempuan dan ianya beriman, maka pasti kami akan memberikan kehidupan yang lebih baik dan pasti kami akan member balasan dengan pahalanya menurut apa yang telah dikerjakan dengan sebaik-baiknya.”
Surah al-Nahl : 96
Firman Allah : “Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai.”
Surah al-Baqarah : 25
Dalam konteks ayat di atas, kita dapat lihat bahawa keimanan dan kelakuan atau perbuatan tidak boleh dipisahkan antara satu lain. Ini kerana kita lihat bahawa orang yang beriman akan menzahirkan keimanannya dengan berbuat amal soleh dan natijahnya adalah seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Dengan demikian itu, kita dapat ketahui bahawa keimanan dan syariat tidak boleh bergerak bersendirian.
Di sini saya ingin menceritakan sedikit kisah-kisah zaman Nabi Muhammad S.A.W. yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada umat islam yang kini semakin lupa mengenai kepentingan akidah dalm kehidupan seharian.
Kisah-kisah
Tajuk
: Akidah seorang Islam
IBRAHIM MEMBINA BANGGUNAN KAABAH
Allah memerintahkan Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anak kecilnya iaitu Ismail supaya ditinggalkan di suatu tempat bernama Mekah. Apabila mereka ditinggalkan di situ Siti Hajar merasa pelik kerana di situ tiada air, makanan dan juga jiran untuk meminta tolong. Dia pula ditinggalkan berdua bersama anaknya yang masih kecil. Puas Siti Hajar bertanya kepada Ibarahim namun tidak diendahkan. Akhirnya Siti Hajar bertanya “Adakah ini perintah dari Allah?” “Benar” jawab Ibrahim. Siti Hajar berkata dengan penuh yakin. “Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita. Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan dari Tuhan Yang Maha Baik itu.”
Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar sudah mula kering, lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan mengharapkan kepada Allah. Berkat rintihannya yang penuh ikhlas Allah menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila Ismail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Telaga ini terletak berdekatan dengan banggunan Kaabah di Mekah.
Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah di atas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Semasa Ibrahim dan Ismail hampir menyiapkan Kaabah mereka mencari batu yang sesuai untuk diletakkan di penjuru namun tidak ditemuinya. Pada masa itu Allah menurunkan batu dari syurga yang disebut Hajar Aswad. Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia. Ibrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak berdekatan dengan Kaabah dan telaga zamzam. Suara Ibrahim didengari oleh semua manusia dan Allah menjatuhkan ke dalam hati semua manusia rasa cinta bagi memuliakan Kaabah.
Sikap syirik masuk ke Semenanjung Arab
Dalam satu
peristiwa,sahabat-sahabat Muhammad bin Abdullah pernah melihat Umar menangis
dan kemudia tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya,
“Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa
sebab yang dapat kami fahami.”
Umar menceritakan,
“Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku
mendapat kabaran bahawa anak perempuan. Daripada saat kelahirannya lagi kebencianku
sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu sehingga umurnya enam tahun, aku tidak
tahan lagi aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka
aku membawanya untuk berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku
mengali lubang. Apabila lubang sudah siap digali aku menolaknya ke dalam lubang
dan menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih kecil tidak tahu niat aku
sebenarnya terus membantuku dan mengibas-gibas pasir di bahu dan janggutku,
tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah
kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat
yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya,
apabila aku teringat akan peristiwa itu aku akan menangis.”
Umar berkata lagi. “Berkenaan
mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari Bandar Mekah. Apabila
keluar dari Mekah kami akan membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan,
tetapi hari itu aku lupa untuk membawa batu tetapi aku membawa kurma, aku
membuat berhala menggunakan kurma untuk membuat berhala dan aku sembah kurma
itu. Apabila makanan aku kehabisan aku makan Tuhan aku itu sedikit demi
sedikit. Apabila aku teringat kisah ini aku akan ketawa sendirian.
Abdul Muttalib Melaksanakan Nazar Menyembelih Salah Seorang Anaknya
Abdul Muttalib
mempunyai 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak
lelakinya adalah Abbas dan Hamzah. Mereka adalah orang yang masuk islam di kalangan
anak-anak Abdul Muttalib. Kemudian Abdul Manaf dan Abu Lahab, mereka berdua
sempat bertemu dengan islam namun tidak masuk islam. Semasa mengali Zamzam,
orang Quraisy menghalang Abdul Mutalib daripada terus menggali. Hanya anaknya
Harith yang mempertahankannya, akhirnya orang Quraisy mengakui Zamzam kepunyaan
Abdul Muttalib. Abdul Muttalib bernazar sekiranya beliau mendapat 10 orang anak
lelaki beliau akan korbankan salah seorang daripada mereka. Allah mengabulkan
doanya. Dia mendapat 10 orang anak lelaki dan salah seorangnya ialah ayah
Muhammad iaitu Abdullah, anak yang paling disayanginya.
Abdul Muttalib pergi
berjumpa kahin iaitu pendeta Kaabah, meminta membuat undi kepada anak-anaknya
yang bakal menjadi korban. Abdul Muttalib berharap undi tidak terkena kepada
Abdullah namun hampa, undian terkena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang
berat dan hiba Abdul Muttalib nekad melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya
tidak mungkin mungkir dengan nazarnya. Abdullah dibawa ke Isaf untuk disembelih
namun dihalang oleh kaum Quraisy dan berlaku pertelingkahan hingga menyebabkan kepala
Abdullah terluka. Kaum Quraisy menasihati Abdul Muttalib agar menghentikan
perbuatannya kerana khuatir akan menjadi ikutan kepada rakyat. Abdul Muttalib
merujuk kepada pendeta suku Saad. Pendeta menyuruh mereka mengorbankan 10 ekor
unta sebagai ganti rugi. Sekiranya undian terkena kepada Abdullah ditambah unta
sebanyak 10 ekor lagi sehingga la undian terkena kepada unta. Sehingga unta
bertambah ke 100 ekor baru undian kena pada unta. Pada masa itu Abdul Muttalib
minta diulang sebanyak tiga kali dan undian masih kena pada unta.
Muhammad Bin Abdullah berniaga dengan harta Siti Khadijah.
Di Mekah pada masa itu ada seorang wanita kaya daripada suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti Khuwailid. Kekayaan adalah menyamai perniagaan semua orang quraisy yang lain. Siti Khadijah telah mendengar berkenaan peribadi Muhammad dan menawarkan kepada Muhammad untuk menjaga perniagaanya di Syam. Muhammad bersetuju dan membawa barang-barang perniagaan Siti Khadijah ditemani oleh Maisarah pembantu Siti Khadijah. Maisarah berasa kagum dengan Muhammad sepanjang perjalanan Muhammad kelihatan mesra, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Rupa-rupanya selepas itu Maisarah melihat perkara yang lebih pelik, sepanjang perjalanan mereka awan menaungi mereka daripada cahaya matahari. Mereka singgah rehat di tempat yang berdekatan dengan rumah ibadah yang pernah didatangi oleh Muhammad semasa beliau mengikut bapa saudaranya suatu masa dulu. Muhammad berhenti di bawah sebatang pokok. Paderi melihat dahan dan ranting-ranting pokok ini bergerak menaungi Muhammad daripada cahaya matahari.
Akhirnya paderi itu
datang bertemu Maisarah, pelbagai soalan diajukan kepada Maisarah sambil
menunjukkan pokok yang menjadi tempat Muhammad berteduh. Rahib itu berkata
“Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di pokok ini.” Maisarah semakin pelik
berbagai perkara ajaib yang disaksikan Maisarah. Akhlak Muhammad, kasih
sayangnya, kemampuan Muhammad berhadapan dengan pelbagai lapisan orang, belas
kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang
kepadanya. Perniagaan Khadijah kali ini mendapat keuntungan berlipat ganda.
Bahkan ini adalah merupakan kali pertama Siti Khadijah mendapta keuntungan yang
banyak sebanyak itu. Hasil daripada perniagaan kali ini membuatkan Siti
Khadijah senang hati dengan Muhammad ditambah pula apabila beliau mendengar
cerita-cerita daripada Maisarah, menambahkan lagi kekaguman beliau kepada
Muhammad.
Oleh kerana terlalu tertarik dengan peribadi ini, Siti Khadijah ingin menjadi isteri Muhammad yang pada ketika itu masih bujang berumur 25 tahun manakala Siti Khadijah pula sudah berumur 40 tahun; janda yang sudah kematian dua orang suami sebelum itu. Khadijah menghantar wakilnya untuk menyampaikan hajatnya kepada Muhammad. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak-anak lelaki antaranya ialah Qasim dan Abdullah namun mereka meninggal dunia sejak kecil lagi. Manakala anak perempuan mereka pula ialah Ruqayah, Zainab, Ummu Khalthum dan Fatimah. Mereka semua hidup hingga zaman Islam. Siti Khadijah seorang isteri yang banyak berkorban kepada Muhammad dan perjuangan beliau. Dia lah yang membantu suaminya dari segi harta dan kedudukannya.
Oleh kerana terlalu tertarik dengan peribadi ini, Siti Khadijah ingin menjadi isteri Muhammad yang pada ketika itu masih bujang berumur 25 tahun manakala Siti Khadijah pula sudah berumur 40 tahun; janda yang sudah kematian dua orang suami sebelum itu. Khadijah menghantar wakilnya untuk menyampaikan hajatnya kepada Muhammad. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak-anak lelaki antaranya ialah Qasim dan Abdullah namun mereka meninggal dunia sejak kecil lagi. Manakala anak perempuan mereka pula ialah Ruqayah, Zainab, Ummu Khalthum dan Fatimah. Mereka semua hidup hingga zaman Islam. Siti Khadijah seorang isteri yang banyak berkorban kepada Muhammad dan perjuangan beliau. Dia lah yang membantu suaminya dari segi harta dan kedudukannya.
Tuhan Memelihara Muhammad Bin Abdullah
Allah memelihara Muhammad Bin Abdullah daripada menyembah berhala dan daripada angkara orang-orang Yahudi yang boleh mencacatkan peribadinya. Muhammad teringin hendak mengikuti majlis-majlis nyanyian tetapi beliau tertidur sebaik sahaja beliau duduk dalam majlis itu. Muhammad berkata “Aku hanya sedar esoknya apabila matahari meninggi mengenaiku.” Esoknya ada kenduri lagi, dan perkara sama berlaku.
Muhammad Bin Abdullah tidak pernah berebut makanan di rumah Abu Talib yang ramai anak. Tetapi kadang-kadang makanan tak mencukupi. Kerana tidak tahu berbuat Muhammad tidur dalam keadaan perut lapar. Akhirnya, Abu Talib menyedari hal ini dan mengkhususkan bahagian tertentu untuk Muhammad bin Abdullah. Selain daripada itu Muhammad tidak pernah bercakap bohong semenjak kecil lagi. Bahkan Muhammad terkenal dengan panggilan Al-amin iaitu jujur dan yang benar. Semasa remaja, Muhammad bin Abdullah pernah menyertai keluarga dan kaumnya bagi mempertahankan Mekah. Muhammad membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Dari situ Muhammad belajar tentang strategi-strategi peperangan dengan lebih dekat. Muhammad juga merupakan salah seorang anggota yang membela nasib mereka yang dizalimi di Mekah. Siapa sahaja yang dizalimi, pakatan ini akan datang membantu. Dengan itu Muhammad terkenal di kalangan lapisan masyarakat sebagai seorang yang peribadi mulia dan dihormati.
Muhammad Bin Abdullah meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya.
Banjir besar telah melanda Mekah sehingga menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Orang Quraisy berpakat membina semula Kaabah. Selepas mengumpul wang, mereka mencari orang yang dapat membina semula binaan Kaabah daripada batu bata. Orang Mekah tidak pandai membina binaan daripada batu kerana rumah-rumah mereka diperbuat daripada tanah. Tuhan menghantar orang yang dapat membantu mereka dalam hal ini. Tetapi mereka menghadapi masalah iaitu bagaimana hendak meruntuhkan binaan yang hampir roboh itu untuk didirikan binaan baru. Pembesar-pembesar Quraisy tidak berani. Mereka menyaksikan bagaimana Allah lakukan kepada tentera Abrahah yang cuba melanggar Kaabah. Akhirnya Walid bin Mughirah ayah Khalid Al Walid memberanikan diri. Selepas melihat tiada apa-apa yang terjadi barulah mereka memberanikan diri membantu sambil berdoa kepada Tuhan. Mereka meruntuhkan binaan lama Kaabah dengan penuh rasa takut dan cemas. Apa yang mereka harapkan ialah kebaikan bukan bagi merosakkan Kaabah.
Apabila sudah siap
dibina semula, sampai pula pada perkara meletak akan hajarul aswad ke tempatnya
kembali. Masing-masing berebut. Bagi mereka ini kemulian yang besar dan semua
orang hendak mendapat kemuliaan ini. Hampir-hampir berlaku perperangan antara
suku dalam quraisy kerana berebut meletakkan hajarul aswad.
Akhirnya mereka mencari hakim. Hakim membuat keputusan, siapa yang pertama masuk ke Masjidil Haram dialah yang akan memutuskan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya. Sedang mereka menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhintungan ini, Muhammad bin Abdullah masuk. Mereka semua senang hati dan bersetuju dengan Muhammad.
Akhirnya mereka mencari hakim. Hakim membuat keputusan, siapa yang pertama masuk ke Masjidil Haram dialah yang akan memutuskan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya. Sedang mereka menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhintungan ini, Muhammad bin Abdullah masuk. Mereka semua senang hati dan bersetuju dengan Muhammad.
Muhammad dengan
kebijaksanaannya menyelesaikan masalah itu dengan penuh aman damai dan
memuaskan hati semua pihak. Muhammad membuka serbannya kemudian meletakkan
Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan semua ketua suku mengangkat serban
ini bersama-sama dari penjuru masing-masing. Apabila tiba di tepi Kaabah,
Muhammad meletakan sendiri dengan tangannya yang mulia. Muhammad menyelamatkan
bangsa Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka.
Penutup
Aqidah merupakan
sesuatu yang sangat penting dalam hidup seorang manusia. Aqidah yang baik dapat
dicontohi daripada kisah-kisah di atas. Sebagai seorang mukmin kita haruslah
menjaga aqidah, adab dan peribadi sebagai seorang muslim. Perkara ini semakin
dikhuatiri apabila pelbagai berita mengenai kerosakan aqidah di kalangan remaja
kini semakin cetek dan kurang. Jadi kita haruslah sama-sama mempunyai
tanggungjawab untuk memelihara aqidah kita ini kerana aqidah lah yang
mengenalkan siapa kita kepada orang lain.
Pelbagai kumpulam
lapisan perlu mementingkan aqidah seperti ibubapa. Ibubapa merupakan insan yang
akan mencorak anak-anak menjadi mahjusi, nasrani atau yahudi. Ini merupakan
tanggungjawab yang sangat besar sebagai pasangan ibubapa. Selain itu juga
adalah para guru iaitu pendidik. Mereka merupakan insan yang juga mempunyai
tanggungjawab untuk membantu kedua ibubapa untuk mendidik soal akidah. Para
pendidik hendaklah mengambil peluang semasa mengajar untuk menceritakan sedikit
tentang akidah dan tidak seharusnya bergantung kepda guru agama sahaja.
Sahabat.banyak
perkara yang berkaitan dengan sahabat tidak kira la baik atau buruk. Sahabat
memainkan peranan yang penting dalam menghasut sahabatnya membina akidah yang
baik dan diberkati Allah. Insan kedua yang rapat dengan kita adalah sahabat.
Justeru itu penting untuk kita mencari sahabat yang baik bertanggungjawab agar
dapat mengelak daripada perkara mazmumah yang membawa kepada kerosakan akidah.
Akhir sekali tanggungjawab pada diri sendiri. Setiap perkara yang kita lakukan kita haruslah sentiasa beringat dan mengingati insan lain yang sentiasa menyayangi kita. Ini kerana setiap akidah yang dipelihara akan mempamirkan ciri-ciri yang baik.
Akhir sekali tanggungjawab pada diri sendiri. Setiap perkara yang kita lakukan kita haruslah sentiasa beringat dan mengingati insan lain yang sentiasa menyayangi kita. Ini kerana setiap akidah yang dipelihara akan mempamirkan ciri-ciri yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan