AL ZOHIR ( الظاهر ) ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...
Rabu, 16 April 2014
Q 5 : ZAKAT .....EMAS, PERAK DAN WANG KERTAS
Telah
berkata Imam as shafie di dalam Kitabnya ar Risalah :
"Tiada harus diqias dengan emas dan perak
atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat.”
Maka tiada wajib zakat duit
tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua-duanya emas dan perak dan bukan
binatang ternakan bukan buah-buahan dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan
bukan zakat 'ain wang kertas.
Dan berkata Sheikh Ahmad Khatib
iaitu di dalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 ertinya : "Bahkan jika berkehendak oleh seorang
mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram
mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat
wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak
terpakai, sia-sia dan lagi buat zalim akan tuan-tuan harta dengan
memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta
manusia dengan jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau
begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal
barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan