RASULULLAH
saw bersabda:
“Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahawa tidak ada
sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi
Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat….”
(HR
Bukhâri dan Muslim).
Seorang
Muslim tentu sudah faham betul bahawa solat merupakan tiang dari dien ini. Oleh
kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin
berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allâh Taala, mengambil air wuduk,
kemudian berbaris rapi di belakang imam solat mereka. Mulailah kaum muslimin
tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala dan begitu khusyuk menikmati solat
sampai imam mengucapkan salam. Dan setelah selesai, masing-masing kembali pada
aktifitinya.
Imam
Hasan al-Bashri rahimahullâh pernah mengatakan: “Wahai, anak manusia. Solat adalah
perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak
menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat.”
Dalam
kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda:
“Barangsiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”
(Tabyinul
Mahaarim).
Kemudian
Rasulullah saw juga bersabda bahawa: “10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah swt, di antaranya:
1.
Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.
Orang lelaki yang melarikan diri.
5.
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6.
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan riba.’
10.
Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar.”
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.”
Hassan
r. a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah
mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan