Daripada Irbadh bin Sariyah r.a, katanya : Telah menasihati kami
oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan
menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, ‘Ya
Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah
pesanan kepada kami.
Lalu Baginda saw
bersabda,
“Aku
berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan dan mendengar
serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang
hamba.
Sesungguhnya
sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti akan melihat perselisihan yang
banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnah ku dan sunnah para
Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali r.a) dan
gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara
yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah
itu sesat.”
(Riwayat Abu Daud dan
At-Tirmidzi)
Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Sentiasa bertakwa kepada Allah yang Maha Agung iaitu, beriman dan beramal soleh. Mengerjakan segala yang diperintah dan menjauhi segala laranganNya.
[b]. Mentaati pemerintah walaupun ia dari keturunan hamba.
[c]. Perselisihan yang banyak akan terjadi selepas kewafatan Nabi saw dan hendaklah kita tetap berpegang pada sunnah Nabi saw dan para sahabatnya walaupun bersendirian.
[d]. Menjauhi perkara-perkara ibadah yang direka-reka kerana ia membawa kepada kesesatan. Maksudnya; mengandaikan penyampaian Nabi saw tidak sempurna lalu dibuat ibadah yang tiada sumbernya dari Rasulullah saw.
Daripada Zainab binti Jahsy r.a (isteri Rasulullah saw), katanya : Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil bersabda, “La ilaa ha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (bencana) yang sudah hampir menimpa mereka.
Pada
hari ini telah terbuka dinding Yakjuj dan Makjuj,” dan Baginda saw menemukan
ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu
mengisyaratkan seperti bulatan.
Saya
(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa
sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang soleh?’ Lalu Nabi saw
bersabda, “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.”
[Riwayat Bukhari dan
Muslim]
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Rasulullah saw berasa cemas akan malapetaka akibat keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Perlu diingat, perkara yang membuatkan Rasulullah saw sendiri cemas, maka apalagi kita. Bersamalah kita berdoa agar terselamat dari huru-hara itu.
b. Walaupun disebutkan bangsa Arab secara khusus namun lafaznya adalah umum kepada umat manusia.
c. Kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku hendaklah segera dibasmikan kerana bencana yang berlaku pada sesuatu kaum yang jahat, turut menimpa penduduk yang berada di sekitar mereka.
Daripada Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Hampir
tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang
mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan
mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka
salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit
pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai)
sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa
gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke
dalam hati kamu penyakit ‘wahn’.”
Seorang
sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta
pada dunia dan takut pada mati.”
[Riwayat Abu Daud]
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Sepertimana kita lihat umat Islam pada ketika ini berjumlah lebih kurang 1.6 billion seluruh dunia tetapi kita dijadikan seperti ‘lauk di dalam talam’ oleh orang kafir. Maha Benar Allah dan RasulNya.
b. Hadis ini merupakan motivasi kepada seluruh umat Islam agar bangkit dan kembali dengan sebenar-benar kembali kepada al Quran dan as Sunnah dan bukannya hanya menyerah dan lembik kepada orang kafir.
c. Allah yang Maha Agung akan mencabut kemuliaan orang Islam apabila umat Islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan takut berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Bahawasanya
Allah Subhana wa Taala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan
sekaligus dari manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah tiada alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin
yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka
sesat dan menyesatkan orang lain.”
[Riwayat Muslim]
Penjelasan dan Pengajaran :
Pelbagai usaha perlu dilakukan agar mengembalikan semula atau mengganti semula para alim ulama yang sudah tiada. Ketiadaan para alim ulama akan menyebabkan manusia berada dalam kebingungan hingga tidak mengenal yang mana benar dan yang mana batil.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Kamu
akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu
akan mengikuti mereka.”
Sahabat
bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?’ Nabi
saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”
[Riwayat Muslim]
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Umat Islam akan mengikut cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam pelbagai keadaan, baik dari segi pemerintahan mahupun yang lebih parah lagi; dari segi pemikiran dan kerohanian.
b. Umat Islam perlu kembali kepada al Quran dan as Sunnah dari semua aspek kehidupan, iaitu menghidupkan kerohanian keIslaman (rasa cinta pada Islam atas dasar tauhid), pemerintahan Islam, pendidikan Islam, perundangan Islam, ekonomi Islam dan sistem kemasyarakatan berasaskan Islam.
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Hampir
tiba di suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadis ku
(Hadis Nabi saw), Maka ia (golongan anti hadis) berkata, ‘Pegangan kami dan
kamu hanyalah kitabullah al Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al Quran
kami halalkan; dan apa yang diharamkan, kami haramkan.’ Kemudian bersabda Nabi
saw, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw samalah hukumnya dengan
apa yang diharamkan oleh Allah SWT.”
(Riwayat Abu Daud dan
Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran :
Telah ada golongan anti hadis ini merosakkan akidah umat Islam, oleh itu kita perlu berhati-hati dan peka serta membasmi pemikiran mereka ini sedaya-upaya.
Daripada Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Umat
ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.”
Sahabat bertanya, ‘Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?’ Nabi saw
menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah :
(1).
Terlalu banyak berseronok,
(2). Terlalu
mewah,
(3).
Menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4).
Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5).
Saling memarahi,
(6).
Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi.”
(Riwayat Hakim)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Penyakit-penyakit tersebut jelas terpampang di depan mata kita sekarang ini. Penyakit tersebut adalah penyakit rohani yang melanda umat Islam kini.
b. Jika diperhatikan, kesemua penyakit di atas adalah kerana hilangnya nilai-nilai akhlak murni. Hilangnya nilai-nilai akhlak tersebut kerana sistem pendidikan yang hanya mementingkan nilai akademik semata-mata tanpa menghiraukan pendidikan agama dan moral.
c. Krisis kerohanian ini hanya boleh diselesaikan apabila umat Islam kembali kepada al Quran dan as Sunnah dalam setiap aspek kehidupan, pendidikan terutamanya.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a : Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.
Tatkala
Rasulullah saw melihat kepadanya, Baginda saw menangis dan menitiskan air mata
kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu; dan kerana
memandang nasib Mus’ab sekarang (dalam kemiskinan sebagai seorang Muhajirin dan
meninggalkan segala kemewahan).
Kemudian
Nabi saw bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di
waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang
lain pula (dalam sehari bertukar-tukar pakaian).
Dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain (mewah dengan makanan). Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?”
Maka
jawab sahabat, ‘Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik dari
hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak
usah (perlu) mencari rezeki.’
Lalu
Nabi saw bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih daripada
keadaan kamu di hari itu.”
(Riwayat Tirmidzi)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Kemewahan hidup membuatkan kita terleka untuk beribadat kepada Allah SWT. Maksud kemewahan adalah, melebihi apa yang diperlukan.
b. Perbezaan besar antara sahabat Rasulullah saw dengan umat Islam sekarang. Para sahabat sentiasa berfikir bagaimana hendak menambahkan ibadat, sebaliknya umat Islam sekarang sibuk berfikir bagaimana hendak menambah harta.
Para sahabat sanggup meninggalkan kemewahan demi agama, umat Islam sekarang sanggup meninggalkan agama demi kemewahan. Maha Benar Allah dan RasulNya.
c. Sepatutnya umat Islam kini perlu lebih beribadat kerana segala kemudahan berada di depan mata. Sumber air, elektrik, masjid, jalan, kenderaan dan pelbagai lagi kemudahan sudah tersedia, tetapi sayangnya umat Islam sekarang telah kufur pada nikmat Allah yang Maha Agung.
Daripada Muadz bin Jabal r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Ambillah
pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah
menjadi rasuah dalam pandangan agama, maka kamu jangan mengambilnya. Namun
kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut
(menjadi) fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya.”
(Riwayat At-Thabrani
dan Abu Nuaim)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Di akhir zaman, rasuah akan menjadi-jadi. Wang menjadi kuasa untuk membeli pangkat atau jawatan dalam sesuatu organisasi atau pertubuhan; dan pelbagai lagi punca kepada rasuah.
b. Punca kepada rasuah adalah kerana penyakit ‘wahan’.
c. Akhir zaman, manusia tidak peduli lagi yang mana halal atau haram. Apa yang penting bagi mereka, hajat hawa nafsu mereka terlaksana.
Daripada ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Tidak
akan berlaku kiamat sehingga;
(1).
anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya),
(2).
hujan akan menjadi panas (hujan berkurangan dan cuaca menjadi semakin panas),
(3).
akan bertambah ramai orang yang tercela,
(4).
akan berkurangan orang yang baik,
(5).
anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan
(6).
orang yang jahat berani melawan orang-orang baik (tidak malu berbuat
kemungkaran).”
(Riwayat Thabrani)
Penjelasan dan Pengajaran :
Adakah salah satu dari enam perkara di atas masih belum terjadi kepada kita pada hari ini?
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Akan
datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta,
apakah dari sumber yang halal ataupun haram.”
(Riwayat Muslim)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Manusia zaman akhir telah lupa tujuan hidup mereka atau tujuan mereka diciptakan di muka bumi ini. Mereka salah faham erti kehidupan dan berpegang pada materialisme.
b. Mereka sanggup berbunuhan, memutuskan hubungan kekeluargaan, menipu, menindas, menolak hukum dan pelbagai lagi kemungkaran demi mendapatkan harta.
c. Mereka menganggap harta adalah segala-galanya.
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Akan
tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan
harta riba. Kalau ia tidak makan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran :
Maha Benar Allah dan RasulNya. Kita lihat saja diri sendiri. Di mana kita menyimpan wang, saluran gaji, hutang rumah, kereta dan sebagainya.
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya
ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya
dengan nama lain (Tiger, Anchor dan sebagainya).
(Mereka
meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah
subhana wa taala akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah subhana wa
taala akan merubah mereka menjadi kera dan babi.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Para penyedia atau pengeluar khamar ini merekacipta nama lain bagi khamar dan kononnya mempunyai khasiat, seperti untuk kesihatan dan kesegaran badan.
b. Sudah begitu banyak kelab malam, disko dan seumpamanya yang menghidangkan arak dan diikuti pula dengan nyanyian tidak kira lelaki atau wanita.
c. Penukaran rupa mereka ke dalam bentuk kera atau babi belum lagi terjadi, namun sifat, sikap dan cara hidup mereka sudah menyerupai kera dan babi. Wallahu ‘alam. Manakala kejadian yang menenggelamkan mereka ke dalam bumi sudah banyak terjadi seperti gempa bumi dan lain-lain.
Daripada Anas r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Di
antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak
perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya
seorang lelaki akan mengurus lima puluh perempuan.”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Kejahilan dan
perzinaan sudah biasa benar terjadi seperti yang kita lihat sekarang ini.
b. Nisbah lelaki dan wanita akan sangat ketara pada masa akan datang. Ulama mengatakan, ia akibat dari peperangan yang berlaku dan banyak lelaki yang terbunuh serta Allah yang Maha Agung menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan.
Daripada Anas r.a : Rasulullah saw bersabda,
b. Nisbah lelaki dan wanita akan sangat ketara pada masa akan datang. Ulama mengatakan, ia akibat dari peperangan yang berlaku dan banyak lelaki yang terbunuh serta Allah yang Maha Agung menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan.
Daripada Anas r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Akan
datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang pada agamanya
laksana menggenggam bara api.”
(Riwayat Tirmidzi)
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Orang yang berpegang pada ajaran Islam (mengikuti al Quran dan as Sunnah) akan dipandang hina, jumud dan lain-lain.
b. Mereka tersepit dan cuba dipengaruhi oleh keadaan sekeliling agar meninggalkan al Quran dan as Sunnah, baik dari orang kafir dan lebih teruk lagi dari orang yang mengaku Islam.
c. Akhir zaman juga orang Islam akan menghadapi tentangan yang hebat, sekiranya leka maka terlepaslah Islam dari tangan mereka.
Golongan Ruwaibidhah
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Lagi
akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus.
(a).
Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar
dikatakan berdusta.
(b).
Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan
pengkhianat.
(c).
Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan Ruwaibidhah.”
Sahabat
bertanya, ‘Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Orang
yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran :
Zaman yang tandus tersebut bermaksud zaman orang-orang yang ketandusan ilmu dan pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dijadikan idola.
Orang yang berilmu dan berada pada kebenaran tidak dibenarkan bercakap dan dituduh pula dengan berbagai-bagai tohmahan. Orang yang dibenarkan bercakap pula adalah orang-orang yang hina dan tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengelirukan.
Maha Benar Allah. Melalui hadis ini juga kita lihat zaman ini berapa ramai ahli ilmu yang dibiarkan sepi tanpa mengambil peduli pada apa yang disampaikan oleh mereka. Malah mereka dituduh pula sebagai pengkhianat agama.
Wallahu’alam.
Peperangan Demi Peperangan
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Hari
kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah
(ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’.”
Sahabat
bertanya, ‘Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Peperangan
demi peperangan demi peperangan.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran :
(a). Harta benda melimpah ruah - Kita boleh melihat pada hari ini betapa banyaknya dan mudahnya kita mendapatkan harta. Termasuk harta benda ini adalah dari segi kediaman, pengangkutan, perhiasan dan segala macam bentuk kemudahan serta kekayaan lagi.
(b). Timbul fitnah - Tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana zaman kita ini fitnah terlampau banyak dan berleluasa. Fitnah ini begitu luas maknanya, tetapi secara umum ia adalah sebagai satu ujian kepada keimanan atau satu bencana besar kepada umat Islam.
(c). Peperangan demi peperangan - Pembunuhan dan peperangan seolah-olah telah lali dengan telinga dan mata kita hari ini.
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
“Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),
وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى
Demi siang apabila terang benderang,
وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى
Demi penciptaan lelaki dan perempuan,
إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى
Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam.”
Surah al-Lail: 1-4
Penciptaan malam dan
siang sama seperti Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan. Allah SWT mahu
siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal sebagai malam.
Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza yang ditetapkan
fungsinya bagi menyempurnakan kehidupan dunia ini. Jika dilihat kepada revolusi
feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini
pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya, seolah-olah bulan mahu menjadi
matahari di waktu siang bagi menjadikan ia waktu siang yang terang seperti
sinaran matahari. Allah SWT berfirman:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا
قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu
ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat,
sesat yang nyata.”
Surah Al Ahzab: 36
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى
حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ
أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ
وَلاَ نَصِيرٍ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepada kamu sehingga kamu menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama
Islam itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika kamu menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepada kamu (tentang kebenaran), maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu.”
Surah Al Baqarah: 120
Daripada Abu Sa’id
Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu
akan mengikuti mereka.”
Sahabat
bertanya,
Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?
Nabi
SAW menjawab,
Siapa
lagi kalau bukan mereka.”
(Hadis Riwayat
Muslim)
Benar sekali peringatan Allah SWT di dalam al Quran dan juga sabdaan Rasulullah SAW sejak dari dulu lagi. Ramai orang Islam yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kemasiatan dan hina untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran tetangga dan pengaruh masyarakat sekeliling. Itulah hakikat masa kini, fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya. Sebanyak mana dunia yang dicari, tidak akan habisnya, marilah tingkatkan bekalan amalan kita, menuju destinasi kerana mati memang pasti menghampiri! semoga Allah SWT menambahkan kefahaman ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..
Umat
Islam Melawan Thaghut Internasional
di Akhir Zaman
KITA
saat ini hidup di zaman yang penuh dengan kesyirikan, kekufuran, kemunafikan,
kemungkaran, dan kemaksiatan. Kita saat ini hidup di zaman dominasi sistem thaghut dalam semua lini kehidupan. Di
bidang akidah, sistem thaghut paganisme,
pluralisme, liberalisme, sekularisme, materialisme, humanisme dan lainnya
menancapkan kuku-kukunya dan menyemburkan racun-racunnya untuk merosak akidah
kaum muslimin.
Di bidang
politik, sistem thaghut sekularisme, demokrasi,
dan zionisme menjajah negeri-negeri
kaum muslimin, merosak akidah, akhlak, politik dan tatanan kehidupan kaum
muslimin. Di bidang ekonomi, sistem thaghut
kapitalisme dan sosialisme mencekik
leher kaum muslimin, merompak kekayaan alam negeri-negeri kaum muslimin, dan
memperbudak kaum muslimin dengan belenggu hutang, investasi asing, dan pasar
bebas.
Di
bidang sosial dan budaya, sistem thaghut
liberalisme merosak kaum muslimin melalui musik, film, seks bebas, dan gaya
hidup hedonis. Di bidang militer, aliansi zionis-salibis-paganis-komunis dan
sekuleris internasional bersatu padu memerangi para pejuang Islam lewat
skenario perang global melawan ‘terorisme’.
Kita
saat ini hidup di zaman yang penuh dengan tentangan dan gangguan terhadap
kelurusan akidah, ibadah, akhlak, dan mu’amalah Islam. Beragam bentuk syubahat
dan syahwat datang silih berganti, mendera, mencuba untuk melemahkan komitmen
kita terhadap dien Allah. Bahkan mencuba untuk memurtadkan kita!
Sebuah
zaman yang diumpamakan dengan potongan-potongan malam yang kelam dan gelap
gulita. Sebuah zaman yang boleh merubah keislaman dan keimanan seorang muslim
dengan begitu cepat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «بَادِرُوا
بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ
مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ
دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا»
Daripada
Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Bersegeralah untuk melakukan amal-amal kebaikan sebelum datang
fitnah-fitnah (ujian-ujian) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gulita.
Pada waktu pagi seseorang masih beriman, namun pada waktu petang ia sudah
menjadi orang kafir. Dan pada waktu petang seseorang masih beriman, namun pada
waktu pagi ia sudah menjadi orang kafir. Ia menjual agamanya demi mendapatkan
sedikit kenikmatan dunia.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: ” بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ
سِتًّا: الدَّجَّالَ، وَالدُّخَانَ، وَدَابَّةَ الْأَرْضِ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ
مِنْ مَغْرِبِهَا، وَأَمْرَ الْعَامَّةِ، وَخُوَيْصَّةَ أَحَدِكُمْ “
Daripada
Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda,
“Bersegeralah mengerjakan amal-amal kebaikan sebelum datang enam
perkara: Dajjal, Dukhan (asap tebal yang menyelimuti seluruh bumi), Daabbah
(binatang yang keluar dari perut bumi dan boleh berbicara kepada manusia),
matahari terbit dari tempat tenggelamnya, urusan umum (kesibukan memimpin
rakyat), dan urusan peribadi (kematian) salah seorang di antara kalian.”
Dalam
situasi zaman seperti ini, setiap muslim dituntut untuk meneguhkan iman dan
menguatkan pegangan kepada petunjuk hidup yang Allah SWT turunkan kepada
Rasulullah SAW. Setiap muslim harus memperbarui ilmu, amal, dan niatnya dalam
setiap waktu dan keadaan. Setiap muslim harus memahami dengan baik ajaran dien
Islam sebagai pedoman hidup yang lurus, dan menjauhi semua ajaran dan jalan
yang menyimpang dari Islam. Baik ajaran dan jalan orang-orang yang mengetahui
kebenaran namun enggan mengamalkannya mahupun ajaran dan jalan orang-orang yang
beramal tanpa landasan ilmu kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan