Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam
Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti
mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia
ditegah oleh Islam.
2.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan
tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan
bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau
alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan
sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah
harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama
bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan
mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan