Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada
waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat.”
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat
sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.” Kemudian beliau menyebutkannya:
“Asap, Dajal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa
bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali
adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia
kepada Padang Mahsyar mereka.”
H.R
Muslimi
Keterangan
Sepuluh
tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah
tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat.
Sepuluh
tanda itu ialah:
1. Dukhan
(asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di
kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajal
yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai
orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang
besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari
akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi
menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang
berdosa.
5. Turunnya
Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan
Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala
salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajal.
6. Keluarnya
bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini,
iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa
bumi di Timur.
8. Gempa
bumi di Barat.
9. Gempa
bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar
yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari
arah negeri Yaman.
Mengikut
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau
mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan
hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului
segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku di
permukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa
alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari
dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang
akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi
dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya
binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu
itu terbit dari tempat tenggelamnya.”
SUBHANALLAH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan