Jumaat, 18 April 2014

Q 51 : TIGA SIFAT PENGHUNI SYURGA

Muhasabah: Tanda-tanda penghuni Syurga yang disebut oleh Baginda s.a.w:-

1-Penguasa yang adil dan diberi Taufiq. Mana-mana pemimpin (Waliyyul Amr) yang Allah s.w.t berkehendak kebaikan kepadanya, maka akan diberikan taufiq untuk berbuat adil kepada rakyatnya, lalu pemimpin itu berbuat baik kepada mereka.

2-Seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada ahli keluarganya dan kepada sesama muslim.


3-Seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha bekerja untuk tidak meminta-minta sedangkan ia mempunyai banyak tanggungan keluarganya.
Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Iyadh bin Himar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ahli syurga itu ada tiga jenis: Penguasa yang adil dan diberi taufiq, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada kerabatnya dan kepada sesama muslim, serta seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk tidak meminta-minta padahal ia mempunyai banyak keluarga.”  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan