Kita telah ketahui bersama bahawa
waktu pagi adalah waktu yang penuh berkah dan di antara
waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita
banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang
seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah,
ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudara dan Saudariku, ingatlah bahawa orang-orang soleh
terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan
Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur iaitu bahawa banyak tidur
dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu.
Beliau rahimahullah mengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan
lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula
yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu
:
[1] tidur ketika sangat perlu,
[2] tidur di awal malam –ini lebih
manfaat daripada tidur di akhir malam,
[3] tidur di pertengahan siang –ini
lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apalagi di waktu pagi
dan petang sangat sedikit sekali manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang
ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika
memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur
ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit, kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah
keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka
melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut
hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah
waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459,
Maktabah Syamilah)
[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk al
Quran dan As Sunnah.
[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan
kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan
perbuatan yang dibenci.
[Ketiga] Tidak mendapatkan berkah(barokah)
di dalam waktu dan amalannya.
[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak
bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari
perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah
berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu
seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah,
2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu
tua. Jadi jika seseorang di awal
pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga
akan malas-malasan pula.
[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang
menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan [4] berkhianat.”
(Zaadul
Ma’ad, 4/378)
[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit
badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Rujukan :
Pembahasan berikut
disarikan dari tulisan Ustadz Abu Maryam Abdullah Roy, Lc yang berjudul
‘Tholabul ‘Ilmi di Waktu Pagi’ dan ada sedikit tambahan dari kami.
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan