Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 16 Ogos 2012

G 127 : WASIAT UWAIS AL QARNI - MEREKA YANG PALING HAMPIR DENGAN NERAKA ALLAH SWT

Uwais Al-Qarni berkata :

1- Orang yang mengenal Allah SWT sebagai sahabat tidak akan bersahabat dengan makhluk.

2- Tidurlah dengan mati di sampingmu (sentiasa anggap mati itu sangat hampir)  dan bila bangun daripada tidur janganlah kamu sangka akan hidup lama lagi.

3- Anggaplah al Quran seperti Nabi Khidir yang memimpinmu dalam perjalanan. Jangan kamu lupa kepada kematian. Sentiasalah solat.

4-Ingatlah,  malam itu untuk beribadat bukan untuk kamu  tidur.

5- Hendaklah kamu khusyuk dalam solat sehingga ketika kamu sujud kamu tidak merasakan kesakitan jika tombak dilontarkan kepada kamu.

6- Siapa berpakaian indah, makan makanan yang lazat, berkawan dengan kawan yang kaya raya, maka dia lebih hampir  ke Neraka daripada urat lehernya sendiri.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 11.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan