Abu Muhammad Imam Jaafar As-Sodiq
berkata :
1- Di hari
pembicaraan nanti,
anda tidak akan ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang anda
atau pendapatan anda. Anda
akan ditanya tentang amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat yang
telah anda lakukan.
2- Allah SWT tidak akan dicapai sehingga kita benar-benar
mahu bertemu denganNya,
seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.
3- Adalah merupakan satu dosa jika berputus asa dalam Ibadat.
4- Orang yang bertaubat setiap kali tidak sengaja melakukan dosa
adalah Orang Yang Dikasihi oleh Allah SWT.
5-Rahsia
itu dibukakan kepada ku ketika aku tenggelam dalam Cinta Allah SWT.
6- Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua
peribadatannya ke hadrat Allah SWT adalah orang yang menduduki Syurga. Orang yang bergantung ke atas
dirinya sendiri dan menjadi
hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di Neraka.
Rujukan:
Kitab Tazkirah Auliya’. m/s: 10.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan