Fudhail
Bin Iyad berkata :
1-
Pada hari Kiamat orang-orang kaya akan terbelenggu dengan jawatan-jawatan yang
dipegangnya dan akan mengalami kesusahan. Mereka akan dibicarakan tentang
perbuatan mereka, oleh itu bersedialah menjawab soalan terhadap perbuatan kamu
pada hari tersebut.
2-
Itulah kasihnya Allah SWT terhadap dosa hambanya sehingga tidak dibalas
sekarang tetapi ditangguhkannya.
3-
Orang yang dikasihi oleh Allah SWT akan ditimpa kesusahan dan orang yang yang
dimurkai oleh Allah SWT akan dikurniakan kesenangan.
4-
Sebagaimana tidak mungkin menangis di Syurga, maka begitulah pula tidak mungkin
ketawa di dunia ini. Syurga itu bukan tempat menangis dan dunia ini bukan
tempat ketawa.
5-
Allah SWT berkata ” Apabila hambaku mengingati Aku, Aku akan mengingati dia,
bila dia lupa kepadaKu, Aku akan lupa kepadanya.“
6-
Selama 30 tahun aku tidak pernah senyum.
7-
Aku ingin jatuh sakit agar dapat aku dapat bersama Allah SWT dan terlepas
daripada solat jemaah.
(
Bermaksud hanya orang sakit sahaja yang terlepas daripada dosa apabila tidak
melakukan solat jemaah ).
Tazkirah Awliya’. m/s: 37.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan