Sufian As-Thauri berkata :
1-Jangan kamu jualkan persahabatanmu
dengan ALLAH SWT kerana inginkan persahabatan dunia dan isinya.
2- Aku takut menerima sesuatu daripada
seseorang kerana hatiku mungkin jatuh cinta kepadanya. Aku hanya ingin hidup
bersama ALLAH SWT.
3- Dosa dengan manusia itu lebih besar dosa dengan ALLAH SWT.
4- Bagi ahli dunia, tidur itu lebih
baik daripada berjaga kerana dengan tidur mereka tidak dapat membincangkan
hal-hal keduniaan.
5- Seseorang bertanya kepada As-Thauri
: Jika seseorang pergi berkhalwat ( memencilkan diri kerana ALLAH SWT) Apakah makanan yang akan dimakannya?
Beliau menjawab : “Orang
yang takut kepada ALLAH SWT tidak bimbang dengan perkara berkaitan keduniaan.”
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’ . m/s : 81.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan