Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 16 Ogos 2012

H 6 TUJUH Cara menyuci diri daripada perasaan hasad

Seorang muslim yang hanif tentulah sedar bahawa penyakit hasad dengki adalah penyakit yang harus diatasi mengingat bahaya yang ditimbulkannya teramat besar. Artikel ini secara ringkas berusaha memberikan beberapa cara untuk mengatasi penyakit hasad tersebut. Semoga bermanfaat

·         Ubat yang paling utama adalah mengakui bahawa hasad itu merupakan sebuah penyakit akut yang harus dihilangkan. Tanpa adanya pengakuan akan hal ini, seorang yang tertimpa penyakit hasad justeru akan memelihara sifat hasad yang dihidapinya. Dan pengakuan bahawa hasad adalah sebuah penyakit yang berbahaya tidak akan timbul kecuali dengan ilmu agama yang bermanfaat.

·         Ilmu yang bermanfaat, hal ini bererti bahawa seorang yang ingin mengubati hasad yang dideritanya harus memiliki pengetahuan atau ilmu, dan pengetahuan ini terbagi menjadi dua jenis, iaitu secara global dan secara terperinci.

Pertama, secara global, maksudnya dia mengetahui bahawa segala sesuatu telah ditentukan berdasarkan qadha dan qadarNya; segala sesuatu yang dikehendakiNya akan terjadi dan segala sesuatu yang tidak dikehendakiNya, tidak akan terjadi. Demikian pula, dia menanamkan dalam dirinya bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan diberikan ALLAH SWT kepada para hambaNya, tidak akan berubah dan tertolak kerana ketamakan dan kedengkian seseorang.

Kedua, secara terperinci, yakni dia mengetahui bahawa dengan memiliki sifat hasad, pada hakikatnya dia membiarkan sebuah kotoran berada di mata air keimanan yang dimilikinya, kerana hasad merupakan bentuk penentangan terhadap ketetapan dan pembagian ALLAH SWTkepada para hambaNya. Dengan demikian, hasad merupakan tindakan pengkhianatan kepada saudaranya sesama muslim dan dapat mewariskan siksa, kesedihan, kegalauan yang berkepanjangan. Demikian pula, hendaklah dia menanamkan kepada dirinya bahawa hasad justeru akan membawa berbagai kesan negatif bagi dirinya sendiri, baik di dunia dan di akhirat. Sebaliknya, orang yang didengki justeru memperoleh keuntungan berupa limpahan pahala akibat hasad yang dimilikinya [Fatawa Syaikh Jibrin 11/69; Maktabah Asy Syamilah].

Jadi bagaimana boleh seorang berakal membiasakan dirinya untuk dengki (hasad) kepada orang lain?
Muhammad ibnu Sirin rahimahullah mengatakan,

“Saya tidak pernah dengki kepada orang lain dalam perkara dunia, kerana apabila dia ditetapkan sebagai ahli jannah, bagaimana boleh saya mendengkinya dalam perkara dunia, sementara dia berjalan menuju jannah. Sebaliknya, jika dia adalah ahli naar, bagaimana boleh saya dengki kepadanya dalam perkara dunia, sementara dia berjalan menuju naar” [Muktashar Minhajul Qashidin 177].

· Dengan amal perbuatan yang bermanfaat, iaitu melakukan kebalikan dari perbuatan-perbuatan negatif yang muncul sebagai akibat dari sifat hasad [Fatawa Syaikh Jibrin 11/69; Maktabah Asy Syamilah]. Hal ini diisyaratkan ALLAH SWT dalam firmanNya,


ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (٣٤)

“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara Dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”
(Surah 41, Fushshilat : ayat 34)

Jika sifat hasad mendorongnya untuk mencemarkan dan memfitnah orang yang didengkinya, maka ia harus memaksakan lidahnya untuk memberikan pujian kepada orang tersebut. Jika sifat hasad mendorongya untuk bersikap sombong, maka ia harus memaksa dirinya untuk bersikap tawadhuk (rendah hati) kepada orang yang didengkinya, memuliakan, dan berbuat baik kepadanya. Jika di kali pertama dia boleh memaksa dirinya untuk melakukan berbagai hal tersebut, maka in sya Allah selanjutnya dia akan terbiasa melakukannya, dan kemudian hal itu menjadi bahagian dari karakternya.

·         Meneliti dan menelusuri sebab-sebab yang membuat dirinya menjadi dengki kepada orang lain, kemudian mengubatinya satu-persatu. Misalnya, sifat sombong diubati dengan sifat tawadhuk (rendah hati), penyakit haus kedudukan dan jabatan diubati dengan sifat zuhud, sifat tamak (rakus) diubati dengan sifat qana’ah dan berinfak, dan sebagainya.

·         Di antara ubat hasad yang paling mujarab adalah sebagaimana yang telah diterangkan ALLAH SWT dalam firmanNya,


وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا (٣٢)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan ALLAH kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain, (kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada ALLAH sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui segala sesuatu.”
(Surah 4, An Nisa : ayat 32)

Dalam ayat ini, ALLAH SWT melarang hambaNya iri hati (dengki) terhadap rezeki yang berada di tangan orang lain, dan Dia menunjukkan gantinya yang bermanfaat di dunia dan akhirat iaitu dengan memohon kurniaNya kerana hal tersebut terhitung sebagai ibadah dan merupakan perantara agar permintaannya dipenuhi apabila ALLAH SWT menghendakinya [Fatawasy Syabakah Al Islamiyah 7/278; Maktabah Asy Syamilah].
· Bersandarlah kepada ALLAH SWT, bermunajat serta memohon kepadaNya agar berkenan mengeluarkan penyakit yang kotor ini dari dalam hatinya.

·    Banyak mengingat mati. Abud Darda radhiallahu ‘anhu mengatakan,

من أكثر ذكر الموت قل فرحه وقل حسده

“Seorang yang memperbanyak mengingat mati, nescaya akan sedikit girangnya dan sedikit pula sifat hasadnya.”
[Hilyatul Auliya 1/220].

Penulis: Muhammad Nur Ichwan Muslim
Artikel www.muslim.or.id

Tiada ulasan:

Catat Ulasan