Abdurrahman bin Auf pernah mendengar
bahawa suatu hari Rasulullah saw bersabda :
Wahai Ibnu Auf, engkau termasuk orang
kaya, dan engkau akan masuk ke dalam syurga secara perlahan-lahan (dengan cara
merangkak), maka pinjamkanlah harta kekayaanmu itu kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan meringankan langkah kakimu.
Sejak itu, ia meminjamkan harta
kekayaannya itu kepada ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya, dan ALLAH SWT melipatgandakan hartanya sebanyak-banyaknya. Ia juga menginfakkan lima ratus
ekor kuda untuk pasukan kaum Muslim, dan pada hari yang lain ia menginfakkan
seribu lima ratus haiwan tunggangan bagi kaum Muslim.
Menjelang wafatnya, ia mewasiatkan
lima puluh ribu dinar untuk diinfakkan di jalan ALLAH SWT , empat ribu dinar
bagi setiap orang yang ikut Perang Badar, hingga Khalifah Utsmanpun memperoleh
bahagian wasiatnya. Ketika mengambil (bahagian)nya, Utsman berkata: “Sesungguhnya
harta Abdurrahman ini halal lagi bersih, dan makanan yang diberikannya
mengandung ‘afiyah dan berkah.”
Sedemikian dermawannya Abdurrahman bin
Auf, sampai dikatakan: “Seluruh penduduk Madinah (pernah) bersyarikat dengan
Ibnu Auf dalam kepemilikan hartanya. Sepertiga harta itu dipinjamkannya kepada
mereka, sepertiga lagi digunakan untuk membayar hutang-hutang mereka, dan
sepertiga sisanya diberikan dan dibagikan kepada mereka. “Ia juga meninggalkan
warisan harta berupa emas yang sangat banyak. Harta itu harus dibelah dengan
kapak hingga melepuh tangan orang-orang kerana keletihan membelahnya.
Suatu hari, penduduk Madinah
sibuk menyambut kedatangannya kafilah Abdurrahman bin Auf. Ummul Mukminin ra
berdecak kagum. Ummul Mukminin menggeleng-gelengkan kepalanya dan bergumam:
“Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Aku melihat
Abdurrahman bin Auf masuk syurga secaru perlahan-lahan (dengan cara
merangkak). Maka Abdurrahman bin Auf menemui Aisyah : “Engkau telah
mengingatkanku dengan sebuah hadits yang tiada pernah kulupakan. Lalu ia
melanjutkan kata-katanya: “Sesungguhnya aku memintamu menjadi saksi, bahawa
kafilah ini dengan semua muatan yang ada di dalamnya, berikut haiwan angkut dan
perlengkapannya, aku infakkan di jalan Allah. “
Rujukan :
http://kisahislami.com/abdurrahman-bin-auf-r-a-tak-ingin-merangkak-menuju-surga/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan