Abu Said Al-Kharazi berkata:
1- Saya malu menyimpan makanan untuk
malam hari dan menyimpan pakaian lebih daripada satu pakaian.
2- Sesiapa dikasihi segala kemahuannya
akan dimakbulkan tanpa perlu menjadikan ibadat sebagai cagaran.
3- Amal ibadat itu adalah jalan kepada
mengenal ALLAH SWT, tetapi harta kekayaan itu adalah hijab ( pendinding) kepada
mengenal ALLAH SWT.
4- Kebahagiaan sebenar adalah semasa
mengenang ALLAH SWT.
5- Orang yang dikasihi ALLAH SWT pintu
untuk mengenang ALLAH SWTsentiasa terbuka kepadanya.
6- ALLAH SWT akan menzahirkan dirinya
sekadar mana manusia dapat memandang cahayaNya.
7- Kejayaan mendekati ALLAH SWT adalah
terletak pada rahmatNya untuk terletak pada usaha seseorang hamba.
8- Hormatilah masa dengan beribadat
kepada ALLAH SWT.
9- Wali ALLAH SWT yang paling sempurna
adalah wali yang tidak melibatkan dirinya dengan urusan selain daripada ALLAH SWT.
10- Berseronok adalah musuh
ketat mereka yang mencari ALLAH SWT.
11- Bergantunglah kepada ALLAH SWT, jangan sesekali bergantung selain daripada ALLAH SWT.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awlita’. m/s : 120-121.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan