Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 17 Ogos 2012

H 17 Jauhi majlis orang kaya seperti mana bangkai tidak bernyawa

Abu Muhammad Ruwaiyim berkata :

1- ALLAH SWT  berfirman di dalam al Quran bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan untuk yang lain.

2- Tanda orang yang hampir dengan ALLAH SWT  adalah merasa tidak bahagia apabila memandang selain daripada ALLAH SWT.

3- Meninggalkan perkara haram di dunia adalah Zuhud yang paling tinggi.

4- ALLAH SWT  berfirman semakin kaya seseorang itu semakin jauhlah dirinya dengan ALLAH SWT.

5- Wali ALLAH SWT  yang menghormati orang kaya, akan hilanglah 1/3 daripada kesufiannya.

6- Jauhkanlah diri kamu daripada majlis orang-orang kaya sebagaimana kamu menjauhkan diri daripada bangkai yang tidak bernyawa.

7- Mereka yang mencari perlindungan dengan selain daripada ALLAH SWT, dia akan menderita ditangan orang tersebut.

8- Dunia ini sentiasa menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan di Akhirat.

9- Apabila keseorangan, menangislah kepada ALLAH SWT  sambil berdoa kepadaNya agar hati kita menjadi bersih.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 127.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan