Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 14 Ogos 2012

G 91 Siti Maryam Insan Suci Dan Mulia Tetapi bukanlah Tuhan

Surah MarIam

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad.

2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.

3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.

4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku – Wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.

5. dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia – Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai”.

7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):”Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun Yang senama denganNya”.

8. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya Aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang Yang mandul dan Aku sendiri pula telah sampai had umur Yang setua-tuanya?”

9. Penyeru itu menjawab: demikian keadaannya – janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; “Hal itu mudah bagiku kerana Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang Engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.”

10. Nabi Zakaria merayu lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”, Allah Taala berfirman: “Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat”.

11. Maka Diapun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat solatnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang”.

12. “Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

13. dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi kami, serta kelebihan Yang kembang manfaatnya; dan ia seorang Yang bertakwa.

14. dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.

15. dan (Kami limpahkan) kepadanya Selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

16. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

17. kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki Yang sempurna bentuk kejadiannya.

18. Maryam berkata: Sesungguhnya Aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah Engkau seorang Yang bertakwa.

19. ia berkata: “Sesungguhnya Aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak Yang suci”.

20. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelakipun, dan Aku pula bukan perempuan jahat?”

21. ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara Yang telah ditetapkan berlakunya.

22. maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri Dengan kandungannya itu ke sebuah tempat Yang jauh.

23. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

24. lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah Engkau berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

25. dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar Yang masak.

26. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan. kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

27. kemudian baliklah ia kepada kaumnya Dengan mendokong Anaknya merekapun menempelaknya Dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya Engkau telah melakukan suatu perkara Yang besar salahnya!

28. “Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang Yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

29. maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana Kami boleh berkata-kata Dengan seorang Yang masih kanak-kanak Dalam buaian?”

30. ia menjawab: “Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

31. dan ia menjadikan daku seorang Yang berkat di mana sahaja Aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan solat dan memberi zakat selagi Aku hidup.

32. “serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang Yang sombong takbur atau derhaka.

33. dan Segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaKu pada hari Aku diperanakkan dan pada hari Aku mati, serta pada hari Aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

34. Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. keterangan Yang tersebut ialah keterangan Yang sebenar-benarnya, Yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

35. tiadalah layak bagi Allah swt mempunyai anak. Maha Sucilah ia. apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.

36. dan Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka Sembahlah kamu akan Dia Inilah jalan Yang betul – lurus”.

37. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa Yang disaksikan pada hari Yang besar huru-haranya.

38. sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka Yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. tetapi orang-orang Yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada Dalam kesesatan Yang nyata.

39. dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan Iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada Dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.

40. Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi bumi dan Segala makhluk Yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

41. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; Sesungguhnya adalah ia seorang Yang amat benar, lagi menjadi Nabi.

42. ketika ia berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?

Nota :
Sila kaji Al-Quran terutama dalm Surah Maryam untuk mengetahui perkara yang Maha Benar di sisi Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan