Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 16 Ogos 2012

H 2 Perasaan Rindu Kepada Allah SWT Adalah Penghapus Dosa

Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata :

1- Mati itu rumah ALLAH SWT , jangan biarkan selain ALLAH SWT  mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada ALLAH SWT  ).

2- Rindu kepada ALLAH SWT itu membuang dosa.

3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan ALLAH SWT) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).

4- Orang yang takut kepada ALLAH SWT tidak sentiasa senyum.

5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada ALLAH SWT tidak akan mati kerana ALLAH SWT tidak akan mati.

6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan ALLAH SWT.
Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  ALLAH SWT.
Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat ALLAH SWT.
Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan ALLAH SWT.

7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang ALLAH SWT tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.

8- Orang yang dicintai oleh ALLAH SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali ALLAH SWT.

9- Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.

10- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.

11- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang ALLAH SWT berikan kepadanya.

12- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada ALLAH SWT.

13- Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.

14- Tauhid itu adalah mengenal ALLAH SWT.

15- Perasaan Cinta kepada ALLAH SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dalan jiwa orang mukmin.

16- Sesat lalai daripada mengingati ALLAH SWTmenghapuskan pahala seribu tahun beribadat.

17- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada ALLAH SWT pasti akan menjumpai ALLAH SWT.

18- Orang yang benar-benar  Mukmin adalah orang yang yakin hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.

19- Orang yang berakal waras adalah lebih baik daripada orang sufi yang memiliki perasaan jahat di dalam hati.

20- ALLAH SWT terlebih dahulu mencipta Rahmat daripada mencipta Dunia.

21-  Sesiapa menyebut nama ALLAH SWT pasti namanya akan lenyap bersama nama ALLAH SWT.

22- Kesufian yang ALLAH SWT kurniakan kepada semua insan adalah kesufian yang lari daripada dunia dan menuju kepada ALLAH SWT dengan peribadatan.

23- Rahsia kesufian itu adalah Rahsia yang tersimpan di sisi ALLAH SWT yang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.

24- Jenayah yang paling zalim adalah Tamak haluba.

25- Berfikir dengan ayat-ayat al Quran akan mendapat Cahaya ALLAH SWT, kemuliaan ALLAH SWT dan Takwa kepada ALLAH SWT.
Ayat-ayat al Quran berupaya melahirkan perasaan Cinta kepada ALLAH SWT.

26- Orang yang sentiasa memikirkan Rahmat ALLAH SWT akan dapat menghilangkan dosa kerana orang yang bimbang kehilangan Rahmat ALLAH SWT tidak akan melakukan dosa.

27- Orang yang paling agong di sisi ALLAH SWT adalah orang yang menyerah kehendaknya kepada kehendak ALLAH SWT dan keredhaan ALLAH SWT.

28- Seseorang yang benar-benar Hamba ALLAH SWT tidak akan menyembah selain daripada ALLAH SWT.

29- Buangkan perasaan pentingkan dunia, pasti ALLAH SWT akan membuka Jalan untuk menemuiNya.

30- Membuang hawa nafsu akan menjadikan diri anda pendamping kepada ALLAH SWT yang paling dekat.

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan