8 PUNCA AIDS TERSEBAR DALAM MASYARAKAT ISLAM :
1- Media dunia Islam yang bekerja keras meruntuhkan nilai-nilai murni Islam dan menyebarkan program-program barat.
2- Media dunia Islam mewujudkan fenomena atau budaya atau pemikiran
yang mengharuskan penampilan artis-artis wanita
yang membuka aurat.
3- Dunia Islam turut menyajikan
dadah dan lain-lain ubatan khayal serta video-video seks kepada golongan remaja.
4- Dunia Islam turut menerbitkan majalah-majalah
seks atau majalah wanita
yang mempamerkan tubuh-tubuh wanita sehingga menjadi majalah kegilaan golongan
remaja.
5- Dunia Islam dipenuhi dengan novel-novel
kecintaan remaja
sehingga mereka menjauhi nilai-nilai agama.
6- Dunia Islam membina
kemudahan kelab-kelab atau tempat-tempat maksiat untuk remaja melakukan aktiviti yang menjurus ke arah perlakuan
seks bebas.
7- Media dunia Islam memberi perangsang dan semangat kepada golongan wanita supaya memakai pakaian yang
tidak menutup aurat dan seksi.
8- Dunia Islam menyuburkan perasaan
bercinta di kalangan
remaja tanpa memberi amaran tentang kedudukan hukum yang mengharamkan hubungan
tersebut.
8 RAWATAN AIDS SECARA ISLAM :
1- ALLAH SWT telah menganugerahkan
sistem pertahanan dalam badan manusia untuk menghadapi penyakit AIDS tetapi
manusia sendiri yang telah menghancurkan sitem tersebut.
2- Kembali kepada Sistem ALLAH SWT secara keseluruhan.
3- Menghapuskan penyebaran fitnah atau
menghentikan budaya fitnah memfitnah di kalangan umat Islam dan menyuburkan
saluran-saluran Takwa.
4- Melindungi masyarakat Islam
daripada difitnah dan menghancurkan unsur-unsur yang melalaikan dalam
masyarakat.
5- Memerangi budaya membuka aurat dan seksi di kalangan wanita Islam
dan lelaki dalam semua media milik negara Islam serta mengadakan forum untuk memberi
kesedaran tentang kepentingan menghormati ALLAH SWT.
6- Memudahkan urusan perkahwinan dan
meringankan bebanan kos yang ditanggung untuk membina Keluarga Bertakwa.
7- Mengupas secara terperinci tentang
menahan pandangan mata dan kesan memandang perkara haram terhadap hubungan
dengan ALLAH SWT.
8- Mencegah pergaulan bebas di antara
lelaki dan wanita di kalangan remaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan