Kata-kata
Hassan Al-Basri :
1- Kambing
itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi
manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak
iblis.
2- Kawan-kawan
yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT.
3- Mengumpul
harta benda lebih buruk daripada minum arak yang mana adalah dilarang oleh
Al-Quran.
4-Sesiapa
yang memecilkan dirinya akan selamat, sesiapa yang memisahkan daripada dirinya
dan nafsunya akan merasakan kebebasan.
5-Orang
yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ dia membina Bangunan Akhirat
adalah orang yang bijak.
6-Sesiapa
yang mengenal Allah SWT akan mengaggap dunia sebagai musuhnya dan
sesiapa yang cintakan dunia akan memusuhi Allah SWT.
7- Orang
yang membuang amalan Rohaniah dan menggantikannya dengan amalan bermurah hati
kepada dunia adalah orang yang rosak dan jahat.
8- Sesiapa
yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT dan sesiapa
menganggap dirinya pemimpin masyarakat adalah orang yang sesat dan hina.
9-
Allah SWT telah berfirman “Aku akan ampunkan bagimu segala dosa kamu
jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku” Imam Hassaan ditanya,
Bagaimanakah kamu ?
Imam
Hassan menjawab “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu
dan terapung di dalam air.”
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’ . m/s : 17 &
18.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan