1- Tidak berasa gembira walaupun
kekayaan dunia dan Akhirat dikurniakan kepadanya.
(Walaupun diberi seluruh kekayaan
dunia dan Akhirat kepadanya, dia tidak rasa gembira kerana melihat Wajah Allah
SWT lebih menggembirakan hatinya).
2- Tidak merasa kesal walaupun
kerajaan miliknya dilucutkan.
(Seseorang yang telah berjaya
memerintah sesebuah negara tidak akan merasa sedih apabila kerajaan miliknya
hancur, tetapi dia akan merasa sedih apabila tidak berjaya melihat Wajah Allah
SWT)
3- Tidak merasa megah walaupun kamu
dipuji.
(Apa yang lebih membanggakan apabila
dapat melihat Wajah Allah SWT, berbanding dengan kebanggaan apabila dipuji dan
disanjung oleh semua lapisan manusia).
Nota :
Jika seseorang tidak dapat memelihara
hatinya daripada bersifat gembira dan bangga apabila dikurniakan segala
nikmat dunia dan Akhirat, dikurniakan kerajaan dan bermegah apabila dipuji.
Maka orang tersebut tidak akan dapat memandang wajah Allah SWT, sementara
mereka yang mampu mempertahankan sifat berbangga dan gembira apabila
memiliki segala harta dunia, memiliki kerajaan dan tidak makan pujian pasti
Allah SWT akan membuka hijab di antara dia dan Allah SWT sehingga dia dapat
memandang Wajah Allah SWT.
Begitu tinggi sekali penghargaan Allah
SWT kepada mereka yang dapat memelihara hatinya.
Tazkirah Awliya’. m/s : 45.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan