1. Nabi Khidhir a.s.
Ulama’ Ahlus Sunnah wal Jama`ah
memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti
sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Berdasarkan tulisan Imam an-Nawawi
dalam “Syarah Muslim” juzuk ke–15, mukasurat 135–136 pada Bab min Fadhail
al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-
Jumhur Ulama’ berpendapat bahawasanya
dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud
di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati
oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan
ma’rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan
mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda
di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak
daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup.
Dan telah berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar
bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan
orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini”.
Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada
sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits
mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas
menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir
a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah
sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda
sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama
umat. Bagi sesiapa yang percaya bahawa Nabi Khidir masih hidup tidaklah menjadi
masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan bagi sesiapa yang ingin percaya
bahawa baginda telah wafat juga tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama
dan ahli Hadith berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari.
Wallahua’alam
2. Nabi Ilyas a.s.
Ketika sedang berehat datanglah
malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya.
Mendengar berita itu, Nabi Ilyas a.s menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya
malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan
meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali
kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara
yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah,” jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu
kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada
Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup
semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas
sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk
berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.
3. Nabi ‘idris a.s.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik
ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini,
telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Surah Maryam : ayat 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya
adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca,
mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT. Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis
(baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya,
beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian
itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah.
Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar
untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi
menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan
berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah
malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan
tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai tuan, marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan
ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit
matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau
berkata:
“Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar
bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab:
Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam
persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya
ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi
Idris as.:
“Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya
untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah,
mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan
sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris
meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah
bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui
beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza
dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan
hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan,
bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua
nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama
empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini
banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan
hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap
makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan
datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan
Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu
permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan
kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah
Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab:
“Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya
dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada
Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris
saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu. Di waktu
Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan
perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan
kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun
dihidupkan oleh Allah SWT kembali. Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris,
dan ia bertanya:
“Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan
merasakan kesakitan maut itu?”
“Bila seekor binatang dilapah kulitnya
ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit
daripadanya.
“Padahal-kelembutan yang saya lakukan
terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan
terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”
“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai
permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat
Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah
saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.”
“Wahai Idris as. saya tidak dapat
pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada
Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka
berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang
diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuhNya. Seperti rantai-rantai yang
panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih,
pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan
Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada
Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar
tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat
melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya.
Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya
tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.”
Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan
kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata:
“Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya
telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka.
Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku
memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati
dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada
Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian
harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan
kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga.
Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, aku telah
meninggalkan kasutku di dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke
dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau
tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya:
“Ya Idris, keluarlah! Tidak, wahai
Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan
mati.”
(Ali-Imran: 185)
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian.
Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka
itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:
“..Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada
Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali,
bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga. Allah menceritakan tentang kisah
Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firmanNya bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada
mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam al Quran. Sesungguhnya ia adalah
seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya
ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
Wallahua’alam
4. Kisah Nabi ‘isa a.s.
Seorang lagi Nabi Allah yang
diceritakan dari kecil di dalam alQuran ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani
Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al Quran. Di dalam al Quran,
Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera
Mariam, dan al-Masih. Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia
memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya,
“Dan ketika malaikat-malaikat berkata,
‘Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu
di atas semua perempuan di semua alam’” (3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh
satu ujian yang amat berat daripada Allah swt. Dia dipilih untuk melahirkan
seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang
perempuan yang suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Quran. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah swt. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Quran. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah swt. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
“Aku berlindung pada Yang Pemurah
daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!’
Dia (malaikat) berkata, ‘Aku hanyalah
seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang
anak lelaki yang suci.’
(19:18-19)
(19:18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan
bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal
dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di
dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
“Wahai Mariam, Allah menyampaikan
kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripadaNya, yang namanya
al Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada
orang-orang yang didekatkan.”
(3:45)
(3:45)
Kemudian Mariam bertanya,
“Bagaimanakah aku akan ada seorang
anak lelaki sedang tiada seorang manusiapun menyentuhku, dan bukan juga aku
seorang jalang?”
(19:20)
(19:20)
Malaikat menjawab,
“Dia (Allah) berkata, ‘Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagiKu; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan’”
(19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih
enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan
ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan
kebesaranNya.
(23:50).
(23:50).
Kerasulan dan Kenabian
Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:
“Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami
melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah
berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa
putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus
(Suci).”
(2:253)
(2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh
Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
“Katakanlah, ‘Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepadaNya kami muslim.’”
(2:136)
Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul
dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak
sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang
berhak membuat hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda
diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi
pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan
mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya.
Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:
“Dan Kami mengutus, menyusuli
jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang
sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya,” (5:46)
dan,
“Aku (Isa) hanya mengatakan kepada
mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah,
Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’”
(5:117)
(5:117)
Turut disebut di dalam Injil (dan
Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau
ummiy
(7:157),
(7:157),
dan janji dikurniakan Taman atau
Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111).
Janji itu juga didapati di dalam
Taurat dan al-Qur’an.Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal
agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang
diperselisihkan. Firman Allah:
“dia (Isa) berkata, ‘Aku datang kepada
kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian
apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah
kepadaku.’”
(43:63)
(43:63)
Baginda juga memberitahu tentang
kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang
mengisahkannya berbunyi:
“Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku
(Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi
berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad
(dipuji).”
(61:6)
(61:6)
Pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain,
baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau
yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan
kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
“Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepadaKu, dan rasulKu’; mereka berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.’” (5:111)
“Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepadaKu, dan rasulKu’; mereka berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.’” (5:111)
Pengikut-pengikut yang setia pula
menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:
“Berkatalah pengikut-pengikutnya yang
setia, ‘Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah,
dan saksilah kamu akan kemusliman kami.’” (3:52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut
setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong
Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang percaya,
jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata
kepada pengikut-pengikut yang setia, ‘Siapakah yang akan menjadi
penolong-penolong aku bagi Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia berkata, ‘Kami
akan menjadi penolong-penolong Allah.’” (61:14)
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut
Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan
supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja
hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
“Dan apabila pengikut-pengikut yang
setia berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan
kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?’
Dia (Isa) berkata, ‘Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.’
Mereka berkata, ‘Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.’” (5:112-113)
Dia (Isa) berkata, ‘Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.’
Mereka berkata, ‘Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.’” (5:112-113)
Justeru itu, baginda memohon kepada
Allah, “Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan
dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang
akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki
untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.” (5:114)
Allah mengabulkan permintaannya.
Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan
ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur’an, iaitu surah kelima,
al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran yang luar
biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat
lain. Ayat berikut menjelaskannya:
“Ketika Allah berkata, ‘Wahai Isa
putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu,
apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada
manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ….. dan apabila kamu mencipta daripada
tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan
ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu
menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu
mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku’ lalu orang-orang yang tidak
percaya antara mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.’”
(5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi
satu mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih
mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan
membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah.
Diangkat Ke langit
“Apabila Allah berkata, ‘Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya..” (3:55)
“Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas
mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku,
Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala
sesuatu.” (5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum
Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah
mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja.
Firman-Nya:
“Ucapan mereka, ‘Kami telah membunuh
al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.’ Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan
tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada
mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan
terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti
sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.” (4:157)
Di akhir zaman Nabi Isa a.s akan turun
kembali ke bumi, bukan sebagai nabi tapi sebagai umat nabi muhammad SAW.
(mengikut syariat nabi muhammad) akan menentang dajjal.
Wallahu’alam.
Rujukan :
http://murabbiy.com/?p=1814
Tiada ulasan:
Catat Ulasan