Berkata Yahya bin Muaz al-Razi: “Musuh
manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan
nafsunya.
Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada
keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan
berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat.”
Beliau juga berkata: “Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan orang lain.” Menurutnya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput, bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita-cita.
Berkata Abu Yahya al-Warraq:
“Barangsiapa merelakan anggota-anggotanya dipengaruhi syahwat bermakna dia
telah menanam pohon penyesalan di hatinya.” Jaafar bin Humaid pula berkata; “Para ulama
telah bersepakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali
dengan meninggalkan kenikmatan di dunia.” Wuhaib Ibnul- Ward:
“Barangsiapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka hendaklah ia bersedia
menuju kehinaan.”
Rujukan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan