Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 17 Ogos 2012

H 11 ALLAH SWT SENTIASA MELIHAT ORANG YANG MENCINTAINYA

Abu Hafs Al-Haddad berkata :

1- Dunia ini adalah sebuah rumah yang sentiasa mengandungi dosa terhadap ALLAH SWT.

2- Fakir adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

3- Jangan terlalu  bergantung kepada ibadat dan latihan kerohanianmu tetapi bergantunglah kepada Rahmat ALLAH SWT.

4- Sesiapa yang merindukan ALLAH SWT, pasti ALLAH SWT sentiasa melihatnya.

5- Orang yang suka dipuji adalah orang sia-sia dalam kegembiraan.

6- Dosa itu membawa kepada bidaah (mencipta perkara yang tidak ada asas dalam agama dan dijadikan sebahagian daripada ibadat/ agama).

7- Orang yang cuba mengenal Khalik (ALLAH Yang Maha Pencipta) melalui makhluknya adalah buta, sepatutnya dia mengenal makhluk melalui Khalik (ALLAH SWT).

8- Sentiasa berada di ambang pintu ALLAH SWT agar ALLAH SWT membuka pintuNya kepada kita.

9- Berharaplah kepada ALLAH SWT sebagaimana berharapnya orang miskin kepada sedekah orang kaya.
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 101-102.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan