Sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a
bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu Mahjan yang biasanya
membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW merasa kehilangan dia, lantas
beliau bertanya tentangnya. Para sahabat lalu berkata, “Dia telah wafat.”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Mengapa kalian tidak memberitahukan
hal itu kepadaku?”
Abu Hurairah berkata, “Seolah-olah
mereka menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang kecil.”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!”
Maka mereka menunjukkan kuburnya
kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyolatkannya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan
kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah
menyolatkannya.”
HR An-Nasa’i
Semoga ALLAH SWT merahmati Ummu Mahjan
r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau
turut berperan sesuai dengan kemampuannya. Beliau adalah pelajaran bagi kaum
muslimin dalam perputaran sejarah bahawa tidak boleh menganggap mudah suatu
amal sekalipun kecil.
Oleh kerana itu ia mendapatkan
perhatian dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga ia wafat.
Sehingga beliau menyalahkan para sahabat Beliau yang tidak memberitahukan
kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat mengantarkan Ummu Mahjan ke
tempat tinggalnya yang terakhir di dunia. Bahkan tidak cukup hanya demikian
namun beliau bersegera menuju kuburnya untuk mensolatkannya agar ALLAH SWT menerangi kuburnya dengan solat beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan