Bila mana sampai al-Imam Abu Hanifah
bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat
perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap :
Tak selayaknya seorang ulama besar
berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang
masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini
Semua yang ada di dalam majlis
ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan
di antara mereka. Bila mana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang
disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan
soalan :
Soalan Pertama
“Pada zaman bilakah Tuhan kamu
dilahirkan?”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu
menjawab : Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan
sudah tentu Dia punya bapa, Allah
swt juga tidak melahirkan. Jika Dia
melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.
Soalan Kedua
“Kalau begitu, bilakah pula Tuhan
kamu wujud?”
Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab
:
Allah taala itu wujud sebelum adanya
zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta
wujud selepas makhluk ciptaanNya.
Soalan Ketiga
“Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : Kamu
pandai mengira?
Kelompok Atheis itu menjawab :
Tentu sekali kami pandai mengira.”
Tentu sekali kami pandai mengira.”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan
ucapannya: Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu
memberikan penerangan : Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri
sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah swt
ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta
kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga kelompok Atheis
tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah.
Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada
mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan
mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Persoalan diteruskan.
Soalan Keempat
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu
sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik,
tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa
sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah
manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “Cahaya itu
tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya
itupun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan
pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua hadirin yang mendengar
jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan
kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
“Bolehkah kamu terangkan kepada
kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis
yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Al-Imam sekali lagi tersenyum.
Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali
mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh
debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu
semua tentu pernah duduk di sebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “Tentu sekali.”
Al-Imam meneruskan : “Bila mana
orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Mereka menjawab : “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “Sebelum dia
mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus
jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi
sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan
jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda?
Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak. Ini
kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum
mendengar jawapan mereka lalu berkata: Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya
telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku
sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi,
atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang
berterbangan?
Tertunduk kesemua Atheis tersebut
bila mana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan
mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Mereka menjawab dengan keadaan penuh
malu : “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan
bicaranya: Jika makhluknya seperti ruh itupun kamu tidak mampu untuk
menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku
menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?
Soalan Keenam
“Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Al-Imam Abu Hanifah kembali
bertanyakan soalan kepada mereka :
“Jika kamu membancuh susu, tentu
sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan?
Bolehkah kamu terangkan kepada saya, di manakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Mereka menjawab : “Kami tidak dapat
menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini
kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata :
“Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar
tadi. Jika lemak di dalam susupun tiada tempat yang khusus baginya, masakan
pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk
khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”
Soalan Ketujuh
“Kami pelik bagaimana jika masuk ke
dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di
padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi
pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam
syurga)?”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi
lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara
tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan?
Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam
senarai nombor?
Terkelu kelompok Atheis ini untuk
memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Al-Imam tersenyum melihat kelompok
Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung
bicaranya : Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah
nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.
Soalan Kelapan
“Kami ingin bertanya lagi, bagaimana
mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan
berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak
masuk akal.”
Al-Imam Abu Hanifah tenang
membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : Aku dan kamu sebelumnya pernah
berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam
perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah
kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan
di dalamnya?
Sekali lagi kelompok ini terdiam
membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka
mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya
telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.
Baghdad kembali berseri selepas
peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya
disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau
meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup
di sisi kita. Al Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit
radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan
muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat. Al Fatihah.
Tamat
Soalan Kesembilan
Ada juga kisah yang saya dengar
bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam
bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan :
“Jika kamu terlalu bijak, apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka al-Imam menjawab dengan tenang
:
Sebelum aku memberikan jawapan
kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada
tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan
bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies itu lalu bersetuju dengan
cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas,
manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bilamana al-Imam sudah berada di
atas. Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah
yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang
meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang
Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Rujukan :
http://nazrulnasir.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan