“SEDARLAH wahai orang-orang yang lalai.
(Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai
(kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak
menghiraukan (bekalan untuk) Hari Akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”
(Surah Al Qiamah : ayat 20 – 21)
Kelalaian kepada perintah Allah s.w.t.
antaranya kerana harta yang kita miliki, seperti anak-anak dan harta kekayaan.
Harta merupakan satu anugerah kepada
manusia dan menjadikan jiwa mereka tenang dan dapat menjalani kehidupan dengan
sempurna.
Namun Allah s.w.t. mengingatkan kepada
kita apabila memiliki harta dunia ini jangan sampai melalaikan tanggungjawab
kepada Allah s.w.t. seperti solat, puasa, zakat dan ibadah haji.
Begitu juga dengan ibadah sosial
seperti menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan. Amatlah
berdosa jika harta tersebut digunakan untuk perkara yang mungkar dan maksiat.
Sebagai manusia yang tidak terlepas
daripada cubaan-cubaan dunia perlu kembali kepada tujuan kita dihidupkan,
peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. kepada diri, keluarga, masyarakat
dan agama.
Begitu juga peraturan-peraturan dalam
perundangan, muamalah, jenayah, perkahwinan, akhlak mulia yang berkait-rapat
dalam kehidupan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan:
Kejayaan bagi seseorang mukmin ialah
apabila bersungguh-sungguh menguruskan kehidupan mereka mengikut panduan al Quran
dan sunah dan mereka pulang kepada Allah s.w.t. di dalam keimanan dan ketakwaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan